Isnin, 26 Disember 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


'Usah cuba runtuh perpaduan'

Posted: 26 Dec 2011 02:31 PM PST

Nasional

MUHYIDDIN menikmati kek dihidangkan Ah Kow dan isteri, See Moi ketika mengunjungi keluarga berkenaan sempena Majlis Rumah Terbuka Krismas 2011 di Taman Sungai Jelok, Kajang, semalam.

MUHYIDDIN menikmati kek dihidangkan Ah Kow dan isteri, See Moi ketika mengunjungi keluarga berkenaan sempena Majlis Rumah Terbuka Krismas 2011 di Taman Sungai Jelok, Kajang, semalam.

Keharmonian kaum perlu diperkukuh sebagai landasan kemajuan negara

KAJANG: Kekuatan Malaysia yang dibina berasaskan kefahaman antara agama harus diperkukuh dan dipertahankan supaya cita-cita melihat Malaysia menjadi negara maju dalam tempoh 10 tahun menjadi kenyataan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata sebagai negara yang mempunyai rakyat pelbagai latar belakang kaum, etnik dan agama, perkara paling asas yang tidak boleh diabaikan adalah mewujudkan perpaduan yang kukuh.

Semua agama menekankan kepentingan membantu golongan miskin, si kaya membantu yang miskin dan yang memerlukan kerana ia menjadi asas bagi mengukuhkan lagi semangat perpaduan dan mewujudkan perasaan saling menghormati antara kaum serta agama. - Tan Sri Muhyiddin Yassin

"Asas yang kita bina sejak 54 tahun lalu perlu kita perkukuh, jangan ada pihak yang cuba untuk meruntuhkan atau meleraikan segala asas yang dibentuk ini.

"Asas ini dibina di atas kesepakatan dan kerjasama pimpinan yang datang daripada pelbagai kaum, keturunan dan agama khususnya menerusi konsep Barisan Nasional (BN) dalam merangka perjuangan masa depan," katanya berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2011 di Sekolah Menengah Tinggi Kajang di sini, semalam.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, kerajaan ketika ini memberi tumpuan terhadap usaha membangunkan masyarakat menerusi program transformasi besar-besaran selain menyelesaikan masalah rakyat seperti yang dipupuk semua agama.

"Semua agama menekankan kepentingan membantu golongan miskin, si kaya membantu yang miskin dan yang memerlukan kerana ia menjadi asas bagi mengukuhkan lagi semangat perpaduan dan mewujudkan perasaan saling menghormati antara kaum serta agama.
"Ia selaras dengan Gagasan 1Malaysia dan dasar kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengukuhkan negara menerusi pelbagai langkah transformasi seperti transformasi kerajaan, pendidikan, ekonomi dan politik.

"Peruntukan lebih RM2 bilion untuk membantu rakyat termiskin yang mempunyai pendapatan isi rumah bawah RM3,000, selain peruntukan RM100 dan RM200 kepada pelajar menerusi kategori yang ditetapkan, membuktikan kerajaan amat prihatin terhadap masalah rakyat," katanya.

Beliau turut menyuarakan rasa bangga dengan kehadiran lebih 20,000 pada majlis itu yang disifatkannya sebagai manifestasi sokongan kuat rakyat terhadap usaha kerajaan selama ini.

"Ia diharap memberi petanda baik bagi masa depan negara," katanya yang disambut tepukan gemuruh hadirin.

Sambutan Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2011 yang bertemakan 'Harmoni 1Malaysia' dianjurkan Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Turut hadir Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim (kiri); dua Timbalannya, Datuk Joseph Salang Gandum dan Datuk Maglin Dennis D'Cruz serta Paderi Poraki Katolik Holy Family, George Harrison.

Terdahulu, Muhyiddin dan isteri, Puan Seri Norainee Abd Rahman mengunjungi rumahpasangan warga emas, Peter Ng Ah Kow, 70 dan Wong See Moy, 71, di Taman Sungai Jelok, Kajang.

"Ini kali pertama saya jadi VIP kerana TPM datang ke rumah saya. Saya tidak sangka sebelum pulang beliau turut bagi wang raya. Ini baru betul kerajaan tolong rakyat," kata pengumpul barangan lusuh yang menganggap ia sambutan Krismas paling bermakna dalam hidupnya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full content generated by Get Full RSS.

Datuk dibebas SPRM kena reman

Posted: 26 Dec 2011 02:17 PM PST

Nasional

Suspek cuba sogok polis siasat isu NFC ditahan kes tipu RM280,000

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan bergelar Datuk yang direman lima hari minggu lalu kerana cuba merasuah pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menyiasat dakwaan penyelewengan dana Pusat Fidlot Nasional (NFC) ditahan semula pagi semalam, sejurus tempoh remannya berakhir.

Lelaki berusia 45 tahun itu yang mempunyai agensi pekerja asing dan syarikat teksi ditahan sepasukan pegawai dan anggota JSJK Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur jam 11 pagi di Pusat Tahanan Reman Bukit Jalil, sejam selepas suspek dibebaskan.

Merasakan dirinya ditipu ahli perniagaan itu mangsa membuat laporan polis, yang membawa kepada penahanan suspek pagi tadi (semalam) untuk membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan penipuan. - Izany Abdul Ghani, Ketua JSJK Kuala Lumpur

Difahamkan, penahanannya dibuat bagi membantu polis menyiasat satu lagi kes jenayah komersial membabitkannya.

Ketua JSJK Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghani yang mengesahkannya, berkata penahanan semula suspek susulan laporan dibuat seorang wanita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, 7 Ogos 2009 yang mendakwa ahli perniagaan itu terbabit dalam kegiatan penipuan membabitkan kerugian RM280,000.

"Pada 27 Oktober 2007, pengadu bersama sepupunya dikatakan bertemu suspek bagi meminta bantuan mendapatkan kiosk stesen minyak di Lembah Klang, dan membayar RM280,000 kepada ahli perniagaan itu sebagai kos khidmat perundingan. Bagaimanapun, pengadu gagal memperoleh projek itu walaupun selepas dua tahun kos perundingan dibayar.

"Merasakan dirinya ditipu ahli perniagaan itu, mangsa membuat laporan polis, yang membawa kepada penahanan suspek pagi tadi (semalam) untuk membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan penipuan," katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Izany berkata, pihaknya menahan semula suspek sebaik saja ahli perniagaan itu dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas direman lima hari mengikut Akta SPRM 2009, Khamis lalu.

Peguam ahli perniagaan itu, Datuk Ahmad Damanhuri Mohd Yusof ketika ditemui di luar pusat tahanan berkata, perintah reman ke atas anak guamnya akan diperoleh hari ini berikutan cuti umum semalam.

Media sebelum ini melaporkan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang dipercayai mempunyai kaitan dengan penyelewengan dana NFC ditahan reman pada 21 Disember lalu apabila beliau cuba menyogok RM1.7 juta kepada empat pegawai penyiasat yang mengendalikan siasatan kes itu.

Sementara itu, Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan ketika dihubungi memaklumkan siasatan lanjut berhubung penyelewengan dana NFC sedang dilakukan dengan mengambil kira semua aspek dan dijangka disiap dalam sedikit masa lagi.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas perkembangan hasil siasatan setakat ini, termasuk pembabitan ahli perniagaan terbabit dalam kes berkenaan kerana bimbang ia akan mengganggu siasatan.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan