Khamis, 29 Disember 2011

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Demonstrasi tak akan ubah keputusan perundangan

Posted:

Demonstrasi tak akan ubah keputusan perundangan

Demonstrasi tak akan ubah keputusan perundangan

KUALA LUMPUR 29 Dis. - Perjalanan atau keputusan sebarang kes berkaitan perundangan negara tidak boleh diubah dan disangkal dengan cara berdemonstrasi, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Beliau berkata selain memikirkan tanggungjawab kepada masyarakat, mereka yang ingin berdemonstrasi juga perlu sedar tindakan sedemikian tidak akan mempengaruhi dan menggetarkan pihak mahkamah dalam membuat keputusan.

"Demonstrasi tidak mampu mengubah aliran atau aluran perundangan negara, jika itu yang mereka tuntut, maka kenegaraan kita akan hancur," katanya mengulas mengenai ura-ura bahawa pihak tertentu cuba mengadakan demonstrasi sempena keputusan mahkamah berhubung kes liwat melibatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari depan.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan program Istana Budaya tahun 2012 di Istana Budaya di sini hari ini, Rais berkata, seharusnya pihak yang berkenaan menerima hakikat dan menjadikan kes seorang bekas Menteri Besar yang didapati bersalah oleh mahkamah baru-baru ini sebagai rujukan bahawa keputusan perundangan tidak terbatas kepada golongan tertentu sahaja.

"Jadi barangsiapa yang terkena pada masa depan, mereka atau beliau-beliau harus terima sebagai hakikat...takkan dengan mengadakan demonstrasi jalanan maka semua hakim takut," kata Rais.

Beliau berharap masyarakat memberi dokongan kepada pembuat keputusan seperti Peguam Negara dan barisan hakim supaya tidak gentar membuat keputusan berdasarkan undang-undang yang telah sama-sama dihormati, didirikan dan dilaksanakan sekian lama.

"Tinggal lagi jika mereka masih hendak berdemonstrasi itu adalah tujuan politik, bukan dalam bidang perundangan tanah air," katanya. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Zaid, Tony Pua dipelawa bertemu

Posted:

Zaid, Tony Pua dipelawa bertemu

Zaid, Tony Pua dipelawa bertemu

KUALA LUMPUR 29 Dis. – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini mempelawa Datuk Zaid Ibrahim untuk 'duduk semeja' menjelaskan isu pembelian enam kapal peronda generasi kedua (SGPV) yang didakwa dibuat melalui orang tengah.

Selain Zaid selaku Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) itu, turut dipelawa ialah Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang sebelum ini lantang mempertikai keputusan kerajaan dalam pembelian aset pertahanan negara.

Ahmad Zahid berkata, kedua-dua individu berkenaan perlu tampil bertemu beliau bersama bukti agar mereka serta rakyat tidak mendapat maklumat yang salah mengenai isu berkenaan.

Katanya, Kementerian Pertahanan terbuka untuk menjawab apa jua persoalan termasuk dakwaan Tony Pua yang mengatakan kos membina kapal tempur pesisir pantai (LSC) melambung kepada RM9 bilion daripada RM6 bilion.

''Dari mana dia (Tony Pua) dapat jumlah itu? Dari Dr. Kua Kia Soong (Pengarah Suara Rakyat Malaysia-Suaram)? Dia sepatutnya jumpa saya. Jangan takut dengan saya. Saya bukannya singa atau buaya.

''Begitu juga dengan Zaid. Boleh datang jumpa dan saya akan terangkan,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Bersama Pelanggan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di Dataran Coliseum, Jalan Tuanku Abdul Rahmah, di sini hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan