Selasa, 27 Disember 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Lencongan berhampiran KLIA mulai esok

Posted: 27 Dec 2011 03:23 AM PST

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Pengguna jalan raya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang perlu memberi perhatian bahawa lencongan akan dibuat di kedua-dua arah Lebuhraya KLIA di Kilometer 10 dan Kilometer 11 mulai esok hingga Jumaat.

Malaysia Airports, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan lencongan itu akan dilakukan secara berperingkat bagi melancarkan pembinaan 'launching beam' dalam projek KLIA2.

Lencongan ke arah Kuala Lumpur akan dilakukan antara 11 malam Rabu hingga 6 pagi Khamis, manakala bagi arah ke terminal KLIA, ia akan bermula 11 malam Khamis hingga 6 pagi Jumaat. "Malaysia Airports sudah merancang masa lencongan lalu lintas itu dibuat bukan pada waktu puncak bagi penerbangan di KLIA untuk meminimumkan kesannya," menurut kenyataan itu.

Malaysia Airports juga menasihati pengguna agar memperlahankan kenderaan mereka ketika menghampiri kawasan yang terjejas akibat hujan lebat baru-baru ini. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Dua warga Nigeria ditahan, polis rampas dadah bernilai RM50,000

Posted: 27 Dec 2011 02:06 AM PST

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Dipercayai aktif mengedar dadah di sekitar Lembah Klang sejak beberapa bulan lalu, dua lelaki warga Nigeria berjaya diberkas polis yang turut merampas dadah bernilai hampir RM50,000.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, berkata dua lelaki terbabit termasuk seorang penuntut sebuah pusat pengajian tinggi swasta ditahan pada 22 Disember lalu.

Bercakap pada sidang media di sini, hari ini, Mohmad berkata suspek pertama berusia 27 tahun ditangkap kira-kira 10.30 malam di sebuah restoran di Taman Melati, Wangsa Maju selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan. "Pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan 15 ketulan tumbuhan kering disyaki dadah jenis ganja dan satu paket plastik berisi dadah disyaki syabu yang diletakkan di dalam kereta suspek.

"Kita percaya suspek sedang menunggu pelanggan bagi mengedar dadah tersebut," katanya.

Beberapa jam kemudian suspek membawa polis ke sebuah unit kondominium di Cheras di mana suspek kedua berusia 29 tahun ditahan serta penemuan dua ketulan mampat dipercayai dadah jenis ganja.

Katanya, kedua-dua lelaki itu juga disahkan positif dadah.
"Siasatan lanjut mendapati suspek pertama seorang penuntut institut pengajian tinggi swasta dalam bidang kejuruteraan manakala suspek kedua tidak mempunyai dokumen," katanya.

Kedua-dua lelaki itu ditahan reman sehingga 29 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya, katanya. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan