Khamis, 29 Disember 2011

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Penyamun naik basikal larikan RM120,000

Posted:

Penyamun naik basikal larikan RM120,000

Penyamun naik basikal larikan RM120,000

SHAH ALAM 29 Dis. - Hanya dengan menaiki basikal, tiga penjenayah dikatakan berjaya melarikan pelbagai mata wang asing dianggarkan bernilai RM120,000 selepas menyamun sebuah kedai pengurup wang di Jalan Pelabuhan, Pelabuhan Klang dekat sini semalam.

Kejadian tidak sampai lima minit itu berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi ketika seorang pekerja berada di dalam premis itu.

Difahamkan, premis tersebut tidak dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) dan pengawal keselamatan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof berkata, siasatan awal mendapati, tiga lelaki terbabit, salah seorang daripadanya membawa objek seperti pistol mengugut pekerja premis terbabit supaya menyerahkan semua mata wang asing yang disimpan.

Beliau berkata, mangsa yang ketakutan terpaksa mengikut arahan ketiga-tiga suspek yang kemudian melarikan diri selepas memperoleh hasil samun.

"Mangsa kemudian membuat laporan polis dan hasil siasatan, ada saksi yang nampak ketiga-tiga suspek bergegas keluar dari premis tersebut dan melarikan diri dengan menunggang basikal.

"Bagaimanapun, polis belum dapat memastikan sama ada maklumat tersebut benar atau tidak," kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Mohamad, pihaknya sedang menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan namun belum ada tangkapan dibuat.

Full content generated by Get Full RSS.

Dadah, ponteng: 8 pegawai bomba dibuang kerja

Posted:

Dadah, ponteng: 8 pegawai bomba dibuang kerja

Dadah, ponteng: 8 pegawai bomba dibuang kerja

KUALA TERENGGANU 29 Dis. - Lapan pegawai bomba di negeri ini dibuang kerja kerana kesalahan tatatertib setelah terbabit dalam penyalahgunaan dadah dan ponteng tugas.

Empat daripada mereka dibuang kerja dalam tempoh 11 bulan tahun ini manakala empat lagi sedang dalam proses dikenakan tindakan serupa.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Md. Salleh Sarbini memberitahu, kesemua pegawai lelaki itu berusia lingkungan 30-an dan ada di antara mereka didapati ponteng kerja selama setahun.

Beliau memberitahu, pembabitan pegawai berkenaan dengan dadah mendorong mereka tidak hadir bertugas selain melakukan kesalahan lain seperti kecuaian dan sebagainya.

"Mulanya, mereka ini terlibat dengan dadah yang kemudiannya menyebabkan mereka tidak datang bertugas, ada yang sampai setahun tak datang kerja.

"Mengikut peraturan, kalau dua hari tak datang kerja, anggota atau pegawai dikehendaki buat laporan, tapi dalam kes ini (buang kerja)," katanya selepas majlis Perhimpunan bulanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, di sini hari ini.

Beliau memberi amaran jabatan tidak teragak-agak mengenakan tindakan tegas ke atas mana-mana anggota atau pegawai yang terbabit dalam sebarang kegiatan negatif khususnya jenayah sehingga menjejaskan imej pasukan itu.

Menurutnya, seluruh warga bomba sepatutnya berusaha meningkatkan prestasi demi masa depan lebih cemerlang sekali gus menghindari daripada terjerumus dalam gejala tidak sihat.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau menarik perhatian dalam tempoh Januari hingga November lalu, statistik kebakaran mencatatkan penurunan iaitu 780 kes di negeri ini tahun ini berbanding 1,027 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

"Bagaimanapun jumlah kerugian (akibat kebakaran) meningkat iaitu RM21.7 juta tahun ini berbanding RM13.2 juta tahun lalu," tambahnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan