Sabtu, 31 Disember 2011

Berita Harian: Nasional

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: Nasional


PM ajak rakyat realisasi masa depan lebih baik

Posted: 31 Dec 2011 02:38 PM PST

Nasional

Kerajaan tetap iltizam pembaharuan dalam semua bidang

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama dengan kerajaan merealisasikan masa depan yang lebih baik untuk negara.

Perdana Menteri berkata, kejayaan negara bukanlah sekadar mimpi, sebaliknya akan dapat dirangkul sekiranya semua pihak sanggup merancang dengan teliti dan bekerja keras bagi mencapainya.

"Tidak ada yang mustahil jika kita mampu mengimpikannya, sesungguhnya hari-hari yang terbaik kita masih berada di hadapan kita bukannya sudah tinggal dalam lipatan sejarah," katanya di dalam perutusan Selamat Tahun Baru 2012 yang disiarkan dalam blog www.1Malaysia.com.my. Najib menyifatkan 2011 adalah tahun amat monumental kepada negara kerana menyaksikan lengkap pelaksanaan atau 'roll out' inisiatif dasar kerajaan di bawah Dasar Transformasi Nasional (DTN-2011-2020) yang juga siri keempat Rangka Rancangan Jangka Panjang Negara (RRJP) sejak diperkenalkan pada 1971.

Perdana Menteri berkata, bermula dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP) diikuti Program Transformasi Ekonomi (ETP) serta pelancaran Model Baru Ekonomi (NEM), Program Transformasi Politik (PTP) dan Program Transformasi Luar Bandar (RTP), DTN adalah komponen terakhir untuk menjadikan negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

"Semua inisiatif dasar itu jika dilaksanakan dengan betul dan mengikut jadual akan menyaksikan kemunculan Malaysia Baru yang maju dari segi ekonomi dengan kemakmuran dikongsi setiap rakyat serta sebuah watan dengan tradisi demokrasi serta perbezaan pendapat yang membina dan membugar," katanya.

Najib berkata, kerajaan tetap iltizam dengan program islah dan pembaharuan dalam semua bidang dan aspek kehidupan bernegara kerana ia kehendak dan aspirasi rakyat yang mahukan kehidupan yang lebih baik.
"Kerajaan sudah memansuhkan tiga proklamasi darurat, mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Kediaman Terhad, Akta Buang Negeri dan Seksyen 27 Akta Polis yang digantikan dengan Akta Perhimpunan Aman 2011 yang menjamin kebebasan individu untuk berhimpun secara aman.

"Usaha ini akan diteruskan dalam sesi Parlimen seterusnya pada 2012 bagi memansuhkan ISA dan membentang rang undang-undang baru yang akan menggantikannya serta meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak rakyat Malaysia mengimbau segala yang dilalui sepanjang tahun lalu untuk dijadikan iktibar dan panduan supaya berusaha lebih gigih bagi memajukan diri, keluarga dan negara.

Beliau turut mengajak rakyat negara ini terus mengamalkan perpaduan, sikap hormat menghormati antara kaum dan mengukuhkan kerjasama bersesuaian dengan semangat 1Malaysia.

Katanya, rakyat harus berbangga dengan keistimewaan Malaysia yang berupaya mengekal serta mengukuhkan kemerdekaan dan keharmonian di kalangan penduduk pelbagai agama, bangsa dan budaya.

"Sesungguhnya, perpaduan dan keamanan yang dibina di atas semangat persefahaman dan penerimaan antara kaum adalah prasyarat utama untuk negara kita terus berkembang maju," katanya di dalam ucapan sempena tahun baru sini, semalam.

Selain itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga pendidikan kerana berjaya meningkatkan kecemerlangan pendidikan hingga mencatat keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

"Ini membuktikan usaha gigih guru dalam melaksanakan pelbagai inisiatif di bawah NKRA Pendidikan dan Program Pembangunan Sekolah menunjukkan hasil yang membanggakan," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

azra

din meliputi aqidah, syariah dan akhlak. bermula dari ketua keluarga hinggalah pemimpin tertinggi negeri dan negara, ajaklah keluarga serta rakyat beriman kpd ajaran-ajaran agama, akhlak yang berkasih sayang dan tidak berpecah belah, laksana perintah agama dan jauhi yg haram dan sedar akan kesan-akibat setiap tindakan, insyaAllah, negara boleh aman dan makmur.


Full content generated by Get Full RSS.

Harapan tinggi menggunung

Posted: 31 Dec 2011 02:36 PM PST

Nasional

   MUHYIDDIN  dan isteri    hadir di Karnival Sayangi Selangor dan sambutan tahun baru 2012 di i-City, Shah Alam, malam tadi.

MUHYIDDIN dan isteri hadir di Karnival Sayangi Selangor dan sambutan tahun baru 2012 di i-City, Shah Alam, malam tadi.

SHAH ALAM: Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap 2012 akan menjadi tahun yang lebih berjaya dan cemerlang bagi Malaysia, dengan ekonomi terus berkembang bagi kemakmuran dan kesejahteraan hidup rakyat.

Malah, Timbalan Perdana Menteri yakin dengan rancangan yang tersusun rapi diatur pemimpin Barisan Nasional (BN) dan dilaksanakan dengan baik, negara berada di landasan betul untuk mencapai hasrat itu.

"Dengan dasar kerajaan yang pro rakyat, dasar BN yang pro orang muda, pro perpaduan, kita akan dapat selesaikan sebarang masalah. Sambil kita mohon kepada Allah memberi kekuatan, keazaman dan tekad yang lebih kukuh, kita mampu berdepan cabaran lebih besar. "Biarpun dunia penuh persaingan, berkat kerjasama, perpaduan, saling membantu sesama kita, kita akan lebih maju. Tahun depan, kita akan lebih berjaya," katanya yang mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika menutup Karnival Sayangi Selangor, di bandar cahaya digital i-City di sini, malam tadi.

Beliau kemudian memimpin lebih 100,000 pengunjung menghitung detik tahun baru 2012 dengan menghadap ke arah Ferris Wheel, diikuti persembahan bunga api selama tiga minit.

Hadir sama, isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman; Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Mohd Zin Mohamed selaku pengerusi jawatankuasa pengelola karnival serta barisan pemimpin komponen BN.

Hampir 500,000 pengunjung menghadiri karnival empat hari bermula Rabu lalu anjuran Barisan Nasional (BN) Selangor yang bertujuan menterjemahkan sokongan rakyat negeri itu kepada BN.
Antara acara diadakan sepanjang karnival ialah pertunjukan bunga api, belon udara panas, bola sepak jalanan, pertandingan gendang, karakter kartun `Sponge Bob' bertemu peminat, permainan kanak-kanak `Soopa Doopa', muzik belia serta persembahan artis popular Akademi Fantasia.

Pengunjung juga berpeluang menyaksikan tarikan terbaru di i-City seperti `Ferris Wheel' gergasi yang kali pertama ditempatkan di taman tema itu, selain produk lain seperti `Snowhouse', `Spacewalk', `Superswing', `2-tier Carousel', `Circus', `Bumper Car' dan kapal lanun.

Muhyiddin turut mengucapkan syabas kepada BN Selangor kerana berjaya menganjurkan karnival itu yang disifatkan mendapat sambutan amat luar biasa, satu manifestasi rakyat yang mendokong cita-cita kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri.

Katanya, walaupun Selangor tidak dipimpin BN, rakyat masih mahu negeri dipimpin BN dan mereka tahu pembangkang tidak boleh dipercayai, hanya tahu bersandiwara, bergaduh sesama sendiri, tidak sepakat dan tidak mempunyai idealogi yang satu.

Full content generated by Get Full RSS.

0 ulasan:

Catat Komen