Khamis, 29 Disember 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Kontraktor diminta pantau kawasan projek

Posted:

Kontraktor diminta pantau kawasan projek

Kontraktor diminta pantau kawasan projek


Seorang pekerja di kawasan tapak pembinaan memaku semula zink-zink penghadang projek yang boleh membahayakan pengguna jalan berikutan fenomena angin kencang di Bukit Baru, Melaka, semalam.


MELAKA 28 Dis. - Semua syarikat kontraktor pembinaan di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) diminta meningkatkan pemantauan keselamatan khususnya zink-zink penghadang projek di kawasan tapak pembinaan mereka.

Datuk Bandar MBMB, Zainal Abu berkata, turut digesa berbuat demikian ialah kontraktor-kontraktor pembersihan dan landskap bagi mengelakkan dahan atau ranting pokok tumbang di jalan raya sehingga membahayakan pengguna jalan raya.

Zainal mengeluarkan arahan itu ekoran fenomena angin kencang di pantai barat Semenanjung yang turut melanda negeri ini sejak beberapa hari lalu sehingga menyebabkan banyak kejadian dahan dan ranting pokok yang patah akibat ditiup angin.

Jabatan Meteorologi sebelum ini juga telah mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di beberapa kawasan di seluruh negara berikutan tiupan angin Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan sehingga 29 Disember ini.

"Dalam musim angin kencang ini, mungkin ada zink-zink yang menghadang projek pembinaan tercabut dan sebelum ia mencederakan orang ramai yang lalu lalang, lebih baik syarikat kontraktor memantau tapak projek mereka.

"Kontraktor-kontraktor yang dilantik MBMB untuk memantau pokok-pokok awam juga perlu peka dengan fenomena ini. Kita menerima lebih 10 kejadian dahan pokok patah akibat ditiup angin kencang walhal dahan itu tidak reput," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Isnin lalu, seorang pemuda, Tan Yong Wee, 21, mati setelah dihempap dahan sebatang pokok akasia yang tiba-tiba patah di Jalan Ayer Salak di sini ketika mangsa sedang menunggang motosikal.

Full content generated by Get Full RSS.

Haramkan penyembur buih aerosol

Posted:

Haramkan penyembur buih aerosol

Haramkan penyembur buih aerosol

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 28 Dis. - Kerajaan negeri bercadang mengharamkan penggunaan penyembur buih aerosol di negeri ini yang kebiasaannya digunakan untuk meraikan sesuatu majlis terutamanya Krismas ataupun tahun baru.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, ia akan diputuskan pada mesyuarat Exco hari ini atau minggu depan setelah mendapati penggunaannya boleh mengganggu ketenteraman awam.

Menurut beliau, cadangan itu ekoran sebelum ini pihaknya banyak menerima aduan terutamanya di kalangan penduduk kawasan perumahan yang terganggu dengan penggunaan penyembur buih itu pada sambutan Krismas lalu.

"Kerajaan negeri memandang serius perkara ini dan akan membawanya ke mesyuarat Exco esok atau minggu depan untuk diputuskan supaya penyembur buih ini diharamkan di Melaka," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Lawatan Tapak dan Mengecat Rumah Pangsa Pantai Peringgit, di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan dengan kerajaan negeri berhubung cadangan itu.

Bagaimanapun katanya, terpulang kepada pimpinan kerajaan negeri sekiranya mahu mengharamkan penyembur buih aerosol

"Perkara ini memang belum dibincangkan dengan pihak polis tetapi ia terpulang kepada kepada kerajaan negeri jika merasakan perkara itu wajar dilakukan.

Full content generated by Get Full RSS.

Kedai terbiar, usang undang bahaya

Posted:

Kedai terbiar, usang undang bahaya

Kedai terbiar, usang undang bahaya

TELOK KEMANG 28 Dis. - Sebuah kedai terbiar dan usang di bandar Port Dickson (PD) dekat sini mengundang bahaya kepada orang ramai sekiranya dibiarkan tanpa tindakan dan pengawasan oleh pihak berkuasa.

Ia bukan hanya merosakkan imej bandar itu, tetapi struktur bangunan yang telah usang mendedahkan kepada risiko runtuhan.

Pengerusi Persatuan Penjaja Kecil daerah, Lee Chi Bing, 48, berkata, rumah kedai yang terletak di Jalan Lama, Port Dickson itu sudah tidak berpenghuni sejak beberapa tahun lalu.

"Keadaan kedai itu yang sudah rosak boleh mengundang padah kepada orang ramai yang berjalan berhampiran lokasi itu.

"Batu simen di kedai ini sering jatuh dan mungkin terkena orang awam yang lalu lalang di sini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang peniaga, Noor Fazila Md. Zin, 36, berkata, batu simen yang jatuh dari kedai itu bukan sahaja berbahaya, tetapi menyebabkan longkang di situ tersumbat.

"Batu yang terjatuh ke dalam longkang akan menyebabkan pengairan tidak lancar dan air akan melimpah keluar.

"Kedai ini telah lama dibiarkan berkeadaan begini. Pihak berkuasa perlu memainkan peranan demi keselamatan semua pihak," katanya.

Penduduk, R. Balan, 50, berkata, kedai yang terbiar hampir 15 tahun itu mengundang padah kepada orang ramai yang meletakkan kenderaan berhampiran dengan premis itu.

Peniaga, Lee Ah Foon, 56, berkata, kedai itu sebelum ini adalah kedai kain sebelum bertukar kepada kedai kopitiam tetapi tidak lama beroperasi.

"Ia pernah runtuh dan setiap hari retakan di kedai itu semakin besar dan hanya menunggu runtuh sepenuhnya," katanya.

Peniaga, Wong Ah Kong, 56, berkata, peristiwa yang meragut nyawa seorang pemuda di Melaka akibat dihempap dahan sebatang pokok akasia baru-baru ini perlu diambil pengajaran.

"Jangan hanya apabila sudah mengorbankan nyawa manusia, baru berpusu-pusu mahu mengambil tindakan," tegasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan