Rabu, 28 Disember 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Mayat reput ditemui dalam rumah kosong

Posted: 28 Dec 2011 04:02 AM PST

KANGAR: Mayat seorang lelaki yang reput ditemui di sebalik timbunan sampah sarap dalam sebuah rumah kosong di Kampung Kubang Arang dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, mayat lelaki dewasa itu ditemui seorang pesawah pada 10.30 pagi yang terhidu bau busuk dari arah rumah yang separuh terbakar dua tahun lepas.

Polis belum mengenal pasti identiti lelaki itu yang dipercayai telah meninggal dunia lebih seminggu lalu.

"Setakat ini, kes itu dikategorikan sebagai mati mengejut tetapi siasatan akan turut dijalankan sama ada terdapat unsur jenayah," kata Abdul Rahman. - Bernama



Full content generated by Get Full RSS.

Beberapa jalan utama sekitar Dataran Merdeka tutup Jumaat sehingga Ahad ini

Posted: 28 Dec 2011 03:18 AM PST

KUALA LUMPUR: Beberapa jalan utama di sekitar Dataran Merdeka akan ditutup mulai 9 malam Jumaat ini sehingga 5 pagi Ahad (1 Jan, 2012) depan sempena sambutan Tahun Baru 2012.

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur ACP Ruslin Mohd Noor berkata penutupan itu bagi memastikan acara seperti pertunjukan pentas dan pertunjukan bunga api yang diadakan di Dataran Merdeka berjalan dengan lancar.

Katanya, penutupan jalan itu membabitkan Jalan Tuanku Abdul Rahman/Jalan Raja, Jalan Hishamuddin/Jalan Raja dan Jalan Mahkamah Persekutuan. -- BERNAMA



Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan