Harian Metro: Mutakhir |
| 2 warga Brunei maut dalam kemalangan jalan raya Posted: 20 Dec 2011 02:45 AM PST TUARAN: Dua penumpang bas ekspres warga Brunei, seorang lelaki dan seorang wanita, maut dalam kemalangan jalan raya dekat sini petang ini, menurut Ketua Polis Daerah Tuaran DSP Zaharuddin Rasip. Beliau berkata mangsa lelaki itu berusia 50 tahun dan seorang wanita itu berumur dalam lingkungan 50-an, maut akibat terhimpit dalam kemalangan itu yang berlaku pada kira-kira jam 3.05 petang.
Kemalangan itu berlaku apabila pemandu bas yang dinaiki itu, dipercayai hilang kawalan dan terbalik di selekoh tajam lalu melanggari sebatang pokok besar di KM8.9 Jalan Ranau-Tamparuli dekat Kampung Koporingan. Bas ekspres itu yang membawa 40 warga Brunei yang kini sedang melancong ke Sabah dari Jumaat lalu sehingga esok, dalam perjalanan dari Tawau ke Kota Kinabalu, katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
|
| Astro lancar satelit TV percuma pertama Malaysia Posted: 20 Dec 2011 01:52 AM PST KUALA LUMPUR: Astro melancarkan televisyen satelit percuma pertama Malaysia, NJOI, sebagai sebahagian daripada aspirasi untuk menyediakan pembelajaran sepanjang hayat, maklumat, hiburan, termasuk sukan, secara percuma untuk rakyat Malaysia. Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Rohana Rozhan berkata Astro akan memperkenal NJOI menerusi tiga fasa.
Beliau berkata menerusi fasa pertama, Astro akan mengagihkan 50,000 dekoder dan piring satelit NJOI kepada peserta program eKasih. "Fasa kedua pula membabitkan usaha menjadikan perkhidmatan NJOI disediakan kepada semua, menjelang suku pertama 2012, dengan pelanggan boleh membeli dekoder dan piring, memasangnya dan mula menikmati perkhidmatan berkenaan.
Rohana berkata pelanggan NJOI boleh menonton 37 perkhidmatan TV dan radio seperti Astro Tutor, Astro Vanavil, Astro Prima, Astro Oasis, Astro Awani, Bernama TV, Astro AEC, Jia Yu, Makkal TV, iView, iMus, TVi, TV1 dan TV2. Beliau juga berkata Astro merancang menawarkan perkhidmatan atau pilihan perkhidmatannya menerusi peranti pintar dalam kalangan pelanggan sedia adanya. "Perkhidmatan ini akan disediakan pada suku kedua tahun depan," katanya. - Bernama Full content generated by Get Full RSS. |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan