Harian Metro: Mutakhir |
| Ibu tunggal dicederakan perompak terima 34 jahitan Posted: 19 Dec 2011 04:27 AM PST GURUN: Seorang ibu tunggal menerima 34 jahitan selepas dicederakan seorang lelaki yang memecah masuk rumahnya di Kampung Banggol Lalang dekat sini awal pagi ini. Dalam kejadian kira-kira 6 pagi itu, Sharifah Hassan, 57, mengalami kecederaan di lengan kanan, jari kelingking kanan serta kedua-dua paha semasa bergelut dengan lelaki tersebut.
Ketika ditemui pemberita di rumahnya hari ini, wanita itu berkata dia sedang tidur bersendirian dalam biliknya dan terjaga apabila terdengar bunyi pintu rumah ditendang. Katanya tiba-tiba muncul seorang lelaki di depannya dan lelaki itu cuba meragut rantai lehernya tetapi dia melawan dan berjaya menendang penceroboh itu ke dinding.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hashim Ali ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan menurutnya polis sedang menyiasat kes itu. - Bernama Full content generated by Get Full RSS. |
| Ibu tunggal terima 34 jahitan dicederakan perompak Posted: 19 Dec 2011 03:50 AM PST GURUN: Seorang ibu tunggal menerima 34 jahitan setelah dicederakan seorang lelaki yang memecah masuk rumahnya di Kampung Banggol Lalang dekat sini awal pagi ini. Dalam kejadian kira-kira 6 pagi itu, Sharifah Hassan, 57, mengalami kecederaan di lengan kanan, jari kelingking kanan serta kedua-dua paha semasa bergelut dengan lelaki tersebut.
Ketika ditemui pemberita di rumahnya hari ini, wanita itu berkata dia sedang tidur bersendirian dalam biliknya dan telah terjaga apabila terdengar bunyi pintu rumah ditendang. Katanya tiba-tiba muncul seorang lelaki di depannya dan lelaki itu cuba meragut rantai lehernya tetapi dia melawan dan berjaya menendang penceroboh itu ke dinding.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hashim Ali ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan menurutnya polis sedang menyiasat kes itu. -- BERNAMA Full content generated by Get Full RSS. |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan