Berita Harian: Wilayah |
| Posted: 18 Dec 2011 01:34 PM PST Wilayah TERMINAL Makmur yang kini berubah wajah. KUANTAN: Kompleks Terminal Makmur, di sini, kini berubah wajah selepas Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) membelanjakan lebih RM230,000 bagi memperindahkan dan menambah baik beberapa kerosakan di terminal pengangkutan awam itu. Terminal yang wujud sejak 1995 itu kali pertama dinaikkan taraf besar-besaran sekali gus menyediakan persekitaran lebih ceria, selamat dan selesa kepada orang ramai sekali gus mampu menarik perhatian orang ramai termasuk pelancong asing. Bahagian luar terminal empat tingkat itu dihiasi dengan lukisan mural bermotifkan gambar ikon pelancongan seperti pusat perlindungan gajah di Kuala Gandah, pusat peranginan Cherating, pusat pelancongan Bukit Fraser.Ia dihasilkan gabungan pelajar Kolej Universiti Shahputra, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Chempedak, SMK Paya Besar dan SMK Air Putih. Turut dinaikkan taraf ialah sistem pendawaian elektrik di semua aras, mengecat semula dinding di medan selera sertai menggantikan kerusi dan meja yang rosak, menyusun atur semula kiosk jualan, menaik taraf tandas serta menyediakan lebih banyak tong sampah di ruang menunggu. Yang Dipertuanya, Datuk Zulkifli Yaacob, berkata MPK turut menempatkan 10 anggota penguat kuasa setiap hari di terminal itu bagi memastikan orang ramai tidak membuang sampah sesuka hati dan akhirnya mengotorkan terminal berkenaan.
Sementara itu, penumpang bas ekspres dari Johor, Shahrul Nasran Sharif, 27, menyifatkan imej baru kompleks berkenaan dapat mengubah persepsi orang ramai terhadap keadaan di terminal itu. Beliau yang sering berulang alik ke sini berkata, sebelum ini, keadaan persekitaran terminal bas itu selalu mengundang rasa tidak selesa kerana banyak kerosakan berlaku seperti kebocoran pada saluran paip, berbau, tandas uzur dan ruang niaga yang tidak tersusun. Warga bandar ini, Mazlan Nor, 26, berkata, usaha MPK menambah baik terminal perlu dipelihara oleh semua pihak kerana ia menjadi pintu 'gerbang' pantai timur apabila semua syarikat bas dari seluruh negara menggunakan kompleks berkenaan untuk mengambil dan menurunkan penumpang.
|
| Posted: 18 Dec 2011 01:30 PM PST Wilayah LONGGOKAN sampah yang lewat diangkut di Taman Balakong Jaya. KAJANG: Keupayaan pihak berkuasa tempatan (PBT) menguruskan kerja pembersihan dan pengurusan sisa pepejal di Selangor dipertikai penduduk di sekitar Taman Balakong Jaya, di sini, apabila sampah lewat dikutip, selain jadual kutipan tidak menentu. Beberapa penduduk ditemui mendakwa, jarak kutipan mengambil masa tiga hari dan ada kalanya lebih seminggu sebelum sampah dikutip di kawasan perumahan berkenaan menyebabkan persekitaran menjadi busuk akibat bau kurang menyenangkan dengan longgokan sampah yang menyakitkan mata.Saya juga meminta MPKj memendekkan jarak hari kutipan kerana ada kalanya sampah tidak dikutip lebih seminggu. - Fatimah Abdullah, Penduduk Penduduk juga mendakwa sejak kerja pembersihan dan pengurusan sisa pepejal diambil alih Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) pada 16 Oktober lalu, hari dan waktu kutipan sampah tidak sistematik seperti diuruskan Alam Flora dan ada kalanya, lori sampah datang awal pagi atau pada waktu lain tanpa ada jadual tetap.Tinjauan dilakukan antara jam 11 pagi hingga jam 12 tengah hari di kawasan berkenaan mendapati sampah sudah dikutip kontraktor dipertanggungjawabkan MPKj selepas tiga hari dibiarkan dengan bau meloyakan serta mencacatkan pemandangan. Penduduk, Fatimah Abdullah, 62, berharap waktu kutipan sampah ditetapkan antara jam 9 pagi hingga jam 10 pagi bagi memberi peluang penghuni mengeluarkan sampah, manakala jarak kutipan dipendekkan iaitu dua hari sekali bagi mengelak sampah bertimbun sehari sebelum dikutip terutama pada hujung minggu. "Sejak pengambilalihan kutipan sampah oleh MPKj Oktober lalu, banyak perubahan berlaku terutama jarak kutipan sampah berbanding sebelum ini. Bagaimanapun, saya berharap waktu kutipan sampah tidak terlalu awal kerana kebiasaannya pada waktu itu, penduduk terutama yang bekerja dan suri rumah, turut sibuk. Penduduk, Azman Ali, 33, mendakwa kontraktor tidak mematuhi jadual kutipan apabila sering lewat mengutip sampah terutama pada cuti umum, menyebabkan penduduk tidak selesa dengan bau kurang menyenangkan dan meminta MPKj mengatasi masalah berkenaan dengan segera. "Kutipan sampah di kawasan ini kadangkala mengikut masa tetapi biasanya lewat. Jarak kutipan sebelum diambil-alih PBT adalah tiga kali seminggu, namun kini ada kalanya lebih seminggu dan membuktikan mereka tidak prihatin dengan kebajikan penduduk setempat yang membayar cukai pintu. "MPKj harus memantau masalah ini dengan segera dan mengambil tindakan tegas kepada kontraktor yang melanggar perjanjian. Jarak kutipan harus dipendekkan seperti dua hari sekali dengan ketetapan waktu yang jelas bagi memudahkan penduduk," katanya. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Wilayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan