Berita Harian: Nasional |
| Posted: 20 Dec 2011 02:47 PM PST Nasional NAJIB bersama Rahimah Majid, 55, menonton siaran ASTRO secara percuma menerusi pakej 'njoi' di Projek Perumahan Rakyat Cochrane, Cheras semalam. Turut kelihatan Raja Nong Chik. KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melipatgandakan usaha menambah produk serta perkhidmatan bertunjangkan falsafah dan panduan konsep 1Malaysia bagi membolehkan rakyat mendapat manfaat pembangunan negara selain mengambil langkah mengurangkan jurang digital bandar dan luar bandar. Datuk Seri Najib Razak berkata, apabila kerajaan memperkenalkan gagasan 1Malaysia, ia untuk kebaikan dan manfaat rakyat. "Ia adalah falsafah untuk kita laksanakan proses membina negara bangsa yang lebih kukuh. Falsafah berteraskan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan ini, menyaksikan banyak produk dan perkhidmatan dapat disediakan untuk memberi manfaat kepada rakyat."Kita boleh senaraikan, kita ada Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Menu Rakyat 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia dan sebagainya. Kita banyakkan lagi produk dan perkhidmatan ini," katanya ketika berucap pada majlis pemberian alat penerima siaran ASTRO secara percuma untuk golongan berpendapatan rendah menerusi pakej 'njoi' di Projek Perumahan Rakyat Cochrane, Cheras semalam. Mengulas mengenai pakej terbaru yang ditawarkan ASTRO kepada 50,000 isi rumah berpendapatan miskin yang tersenarai dalam data e-Kasih Jabatan Perdana Menteri termasuk di Sabah dan Sarawak, Najib berkata, usaha perlu digiatkan bagi merapatkan jurang digital dengan menyediakan kemudahan percuma atau yang mampu diakses semua pihak. Perdana Menteri berkata, pakej 'njoi' dalam program tanggungjawab sosial ASTRO boleh dianggap sebagai produk 1Malaysia kerana ia memenuhi aspirasi kerajaan untuk memastikan rakyat kurang berkemampuan tidak terus tertinggal dalam memperoleh pengetahuan dan maklumat terkini. Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin; Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum dan Ketua Pegawai Eksekutif ASTRO, Datuk Rohana Rozhan. Beliau turut memuji ASTRO kerana memberikan akses pengetahuan, hiburan dan pendidikan menerusi 37 saluran televisyen dan radio menerusi pakej ini. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenFull content generated by Get Full RSS. |
| Pelajar turun gambar PM disiasat Posted: 20 Dec 2011 02:46 PM PST Nasional Polis terima tiga laporan pelbagai pihak berhubung kejadian di PWTCKUALA LUMPUR: Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menurunkan bendera memaparkan gambar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak di Dataran Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara, Sabtu lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata setakat ini pihaknya sudah menerima tiga laporan polis yang dibuat oleh pelbagai pihak di ibu negara berhubung kejadian berkenaan. "Setakat ini kita menerima tiga laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan secara terperinci dari segenap sudut," katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan menjejaskan keamanan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Sabtu lalu, 200 peserta Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) membabitkan penuntut institusi pengajian tinggi ke pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) untuk menyerahkan memorandum berhubung Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU). Mereka kemudian ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk menyerahkan memorandum sama kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, sebelum seorang daripada mereka dikatakan menurunkan bendera memaparkan gambar Najib dan menggantikannya dengan bendera SMM dan BEBAS.
Kelmarin, Saifuddin dilaporkan berkata, Kementerian Pengajian Tinggi tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap pelajar terbabit dan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan kerana insiden berlaku di luar kampus. Pada masa sama, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sudah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat seorang pelajar semester lima Pengajian Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) yang didakwa menurunkan bendera berkenaan. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan