Isnin, 19 Disember 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Calon PRU-13 tak boleh tarik diri

Posted: 19 Dec 2011 04:54 PM PST

Nasional

ABDUL Aziz ketika mengadakan sidang media di Putrajaya, semalam.

ABDUL Aziz ketika mengadakan sidang media di Putrajaya, semalam.

Masa sejam selepas penamaan calon kemuka bantahan turut dimansuh

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan seseorang yang sudah dicalonkan tidak lagi diberi tempoh tiga hari untuk menarik diri melainkan pegawai pengurus pilihan raya sendiri membatalkannya kerana calon berkenaan tidak layak berdasarkan peruntukan Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof, berkata keputusan itu adalah antara 10 perkara yang disyorkan dan dipersetujui dalam perjumpaan antara SPR dengan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya di Pulau Pinang pada 15 Disember lalu. "Selaras keputusan itu, tempoh sejam selepas penamaan calon yang diperuntukkan bagi calon mengemukakan bantahan berhubung kelayakan pencabar masing-masing juga dimansuhkan di bawah pindaan Peraturan-Peraturan (Perjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya 1981," katanya pada satu sidang media, di sini, semalam.

Mengenai dakwat kekal, beliau berkata dakwat kekal 'silver nitrate' akan digunakan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Abdul Aziz berkata, dakwat itu adalah berlainan dengan dakwat kekal yang disyorkan pada Pilihan Raya Umum 2008, tetapi tidak digunakan ketika itu selepas keberkesanan kaedah itu dipersoalkan pelbagai pihak.

Beliau berkata, dakwat kekal yang mengandungi 'silver nitrate' itu telah dihantar ke Jabatan Kimia pada 9 Disember untuk diteliti kandungan dan kesesuaiannya digunakan di negara ini dan seterusnya akan dihantar ke Majlis Fatwa Kebangsaan untuk memastikan ia sesuai digunakan orang Islam.
"Dakwat itu juga dihantar ke Kementerian Kesihatan untuk memastikan ia tidak menjejaskan kesihatan pengguna secara umum," katanya.

Beliau berkata, sekiranya contoh dakwat kekal yang dipilih ini tidak sesuai, SPR ada banyak lagi negara sumber sebagai alternatif, termasuk pengeluar dakwat kekal yang diiktiraf selamat dan suci dicalit pada jari pengundi beragama Islam, yang tidak membatalkan wuduk atau sembahyang.

"SPR kini sedang buat persiapan dari segi perolehan untuk mendapatkan dakwat kekal dan menguruskan latihan selepas peraturan berkaitan dipinda kerana SPR perlu sediakan tatacara penggunaan dakwat kekal ini," katanya.

Bercakap mengenai pengundi awal pula, beliau berkata ia hanya dikhususkan untuk anggota tentera dan Pasukan Gerak Am (PGA) dengan pasangan masing-masing serta polis.

"Pasangan anggota polis tidak dibenarkan mengundi awal kerana dianggap tidak akan menghadapi kesulitan mengunjungi pusat mengundi," katanya.

Abdul Aziz menjangkakan, undian awal ini akan membabitkan lebih 200,000 anggota pasukan keselamatan yang layak manakala hanya sebilangan kecil saja menggunakan undi pos dan pihaknya sedang mempertimbangkan sama ada kemudahan yang sama boleh dipanjangkan kepada pihak lain seperti kakitangan SPR serta anggota media.

Beliau berkata, pindaan Peraturan-Peraturan (Perjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya itu, termasuk pengundian awal, penggunaan dakwat kekal dan memansuhkan kebenaran untuk calon menarik diri atau membuat bantahan, hanya perlu dibentangkan di Dewan Rakyat dan diluluskan tanpa dibahas kerana hanya membabitkan peraturan, bukan undang-undang.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full content generated by Get Full RSS.

Hospital mansuh caj RM1

Posted: 19 Dec 2011 04:52 PM PST

Nasional

Warga tua 60 tahun ke atas tak perlu bayar ketika pendaftaran

KOTA BHARU: Mulai 1 Januari ini, Kementerian Kesihatan akan melaksanakan pengecualian caj pendaftaran pesakit sebanyak RM1 kepada semua warga emas berusia 60 tahun ke atas, di Jabatan Pesakit Luar Am, semua hospital atau klinik kerajaan.

Setiausaha Bahagian Kewangan kementerian, Wong Foong Lai, berkata pelaksanaan itu bagi merealisasikan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang diumumkan dalam Bajet 2012 bertujuan menghargai jasa warga emas menikmati kemudahan awam terutama perkhidmatan kesihatan. "Semua hospital dan klinik kerajaan dikehendaki melaksanakan pengecualian caj pendaftaran itu, sebagaimana ditetapkan mengikut Jadual A, Bahagian 1, Perintah Fi (Perubatan) 1982 kepada semua warga berusia 60 tahun ke atas," katanya dalam Pekeliling Bahagian Kewangan, Bilangan 4 tahun 2011, yang dikeluarkan dalam laman sesawang kementerian, semalam.

Ketika membentangkan belanjawan bertemakan 'Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara' baru-baru ini, Najib mengumumkan, semua warga berumur 60 tahun ke atas tidak perlu lagi membayar caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital dan klinik kesihatan.

Foong Lai berkata, bagi membolehkan pesakit menikmati pengecualian itu, mereka perlu mengemukakan dokumen pengenalan diri iaitu MyKad bagi membolehkan pihak klinik atau hospital terbabit membuat pengesahan.

"Bagi membolehkan pesakit terbabit mendapatkan perkhidmatan itu nanti, mereka perlu mengemukakan MyKad bagi membuat pengesahan kewarganegaraan dan umur berdasarkan tarikh lahir pesakit," katanya.
Sementara itu, kementerian mengumumkan 60 klinik kesihatan melaksanakan waktu bekerja selepas waktu pejabat di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

Kenyataan itu berkata, rakyat menyambut baik perkhidmatan yang mula dilaksanakan sejak 2008 itu, menyaksikan perkhidmatan dilanjutkan dari jam 5 petang hingga 9.30 malam setiap hari bekerja, manakala hari Sabtu daripada jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Antara klinik terbabit ialah Klinik Kesihatan Kuala Perlis, Perlis; Alor Setar, Kedah; Seberang Jaya, Pulau Pinang; Taiping, Perak; Shah Alam, Selangor; Putrajaya; Masjid Tanah, Melaka; Seremban, Negeri Sembilan dan Batu Pahat, Johor.

Turut dilanjut masa rawatan Klinik Kesihatan Kuantan, Pahang; Kuala Terengganu, Terengganu; Bandar Kota Bharu, Kelantan; Miri, Sarawak dan Lahat Datu, Sabah.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Nor Baieah

kenape untuk 60 tahun ke atas shj..??mcm x adil je...

aini bt abdullah

Pelaksanaan pengecualian caj pendaftaran RM1 kepada warga emas amatlah menepati masanya sesuai dengan saranan PM mengutamakan kebajikan kpd rakyat.Diharapkan caj pendaftaran RM 5 bagi temujanji pakar juga perlu dihapuskan sama.(Kesihatan terjaga Sejahtera Warga)

roosni

memang bagus tapi ramai sangat pesakit di HKL.kenapa tak buat pengasingan dari segi no warganegara dan bukan warganegara..tiada keistimewaan kita sebagai warganegara.tunggu berjam2 sama dengan dia orang.

shahrul nizam

warga emas sahaja ke??? OKU dan kanak kanak cam ner pulak???

mira

langkah pengecualian rm1 bagi pendaftaran warga asing sangat berbaloi kepada warga emas apa salahnya kalo caj perubatan dikurangkan separuh daripada kos perubatan tersebut..seperti mana yang kita tahu kos perubatan sekarang semakin meninggkat dan apa bila warga emas masuk hospital banyak caj dan rawatan yang dikenakan sangat mahal,

hanafi

Satu langkah prihatin oleh kerajaan. Namun lebih bermakna kepada rakyat sekiranya caj 1% TNB dimansuhkan kerana ia memberi kesan lebih besar kepada warga emas. Caj RM1 yg dikecualikan hanyalah untuk pendaftaran semata2 dan bukan pengecualian kos perubatan secara total.


Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan