Berita Harian: Nasional |
| Iktiraf Najib 'Bapa Transformasi' Posted: 18 Dec 2011 02:32 PM PST Nasional NAJIB bersama Yin Huah (kanan) menunjukkan isyarat 1Malaysia pada majlis pecah tanah Menara 12 tingkat HuaZong di Seri Kembangan, semalam. SERI KEMBANGAN: Gabungan Persatuan Cina Malaysia (HuaZong) mencadangkan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dianugerahkan gelaran 'Bapa Transformasi' sebagai bukti dan pengiktirafan kepada zaman pemerintahan yang cukup istimewa dan dinamik. Presiden HuaZong, Tan Sri Pheng Yin Huah, berkata pengalaman politik lebih 33 tahun menyaksikan Najib berjaya melakukan banyak transformasi serta pembaharuan untuk negara.Malaysia sudah melalui perjalanan penuh cabaran dan halangan, tetapi berjaya tanganinya gunakan konsep dan acuan sendiri berteraskan semangat 1Malaysia. - Najib Razak, Perdana Menteri "Perdana Menteri mempamerkan perkhidmatan cemerlang dalam senario global yang kian bergolak serta persaingan politik tempatan yang cukup kompetitif. Rakyat dan negara dapat menyaksikan perubahan digerakkan untuk faedah semua lapisan masyarakat," katanya pada majlis pecah tanah Menara 12 tingkat HuaZong oleh Perdana Menteri di Seri Kembangan di sini, semalam.Menara HuaZong dengan kos RM55 juta, bakal dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk muzium kebudayaan, dewan bankuasi, perpustakaan, bilik penyelidikan serta kemudahan persidangan moden. Yin Huah berkata, HuaZong yang menaungi lebih 1,000 persatuan perniagaan Cina dengan keahlian lebih 1.5 juta orang, berikrar terus menyokong kerajaan melaksanakan semua agenda transformasi. Sementara itu, Najib ketika berucap pada majlis berkenaan berkata, falsafah 1Malaysia dibentangkan kerajaan bukan slogan kosong, tetapi mampu mentransformasikan pemikiran rakyat ke arah pembentukan negara maju dan makmur. "Falsafah 1Malaysia yang sudah diterima ramai ketika ini, adalah yang terbaik untuk rakyat dan negara," katanya sambil mengumumkan bantuan kerajaan RM5 juta untuk tabung pembinaan Menara HuaZong yang bakal dibayar dalam tempoh dua tahun, selain mengumumkan kesediaan kerajaan meluluskan pelepasan cukai kepada penyumbang dana itu. Najib berkata, Malaysia sudah melalui perjalanan penuh cabaran dan halangan, tetapi berjaya menanganinya menggunakan konsep dan acuan sendiri berteraskan semangat 1Malaysia, selain dasar jangka panjang disusun bagi memastikan kestabilan dan kemakmuran berkekalan di negara ini. |
| Pengguna tak asing sisa pepejal akan didenda Posted: 18 Dec 2011 02:29 PM PST Nasional PUTRAJAYA: Orang ramai akan diwajibkan untuk mengasingkan sisa pepejal masing-masing yang boleh dikitar semula dalam tempoh tiga tahun lagi dalam usaha kerajaan mengurangkan jumlah sisa pepejal di negara ini.Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung, berkata bagi merealisasikan hasrat itu, kementerian akan mewujudkan sistem kutipan sisa pepejal yang boleh dikitar semula sekali seminggu bermula 1 September 2012 di semua negeri di Semenanjung kecuali Selangor, Pulau Pinang dan Perak. "Kementerian menyasar untuk mewujudkan peraturan pengasingan sisa pepejal dari sumber secara mandatori dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang. Apabila kita sudah mewajibkan kitar semula ini, mereka yang tidak melakukannya, akan didenda. "Bagaimanapun, sebelum dapat melakukan langkah mandatori, orang ramai perlu diberi kesedaran dan diminta mengamalkan proses kitar semula ini di rumah, sebab itu kita mewujudkan sistem kutipan sisa pepejal ini."Kita turut menyediakan tong kitar semula untuk semua isi rumah bagi memudahkan mereka mengasingkan sisa pepejal masing-masing," katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan di sini, semalam. Pada majlis itu, beliau melancarkan talian bebas tol, 1-800-887-472 untuk orang ramai membuat aduan berhubung masalah sampah di rumah masing-masing. Tiga syarikat konsesi iaitu Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) akan bertanggungjawab melaksanakan pengurusan sisa pepejal di Zon Tengah dan Timur Semenanjung; Environment Idaman Sdn Bhd (Environment Idaman) di Zon Utara dan SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) di Zon Selatan.
"Kita percaya dengan menyediakan infrastruktur dan sistem kutipan boleh dipercayai, ia dapat menjadi pemangkin untuk menyemarakkan hasrat masyarakat mengitar semula," katanya. Beliau berkata, sebanyak 11 tapak pelupusan sampah sanitari kini dibina di seluruh negara bagi menggantikan tapak pelupusan konvensional yang berpotensi mencemarkan alam sekitar terutama sumber air dan udara. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan