Berita Harian: Nasional |
| Posted: 17 Dec 2011 01:34 PM PST Nasional NAJIB memberi makan ikan tilapia yang diusahakan siswazah ketika melawat projek ternakan sebelum merasmikan Kelab MyAgrosis serta Perhimpunan Perdana Usahawan Siswazah dan Belia Tani, di UiTM Merbok, semalam. - Foto Shahrizal Md Noor SUNGAI PETANI: Datuk Seri Najib Razak yakin ikatan di kalangan parti pembangkang tidak akan kekal lama kerana gabungan yang diwujudkan itu rapuh, lebih-lebih lagi hanya berteraskan satu matlamat, iaitu kebencian kepada Barisan Nasional (BN). Sebaliknya, Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata, konsep ikatan parti komponen BN lebih utuh, diikat satu dasar yang boleh diterima dan dipersetujui semua anggotanya.Pada saya gabungan seperti itu (atas dasar bencikan BN semata-mata) tidak boleh bertahan lama kerana ia bukan suatu asas yang kukuh. - Najib Razak, Perdana Menteri "Pada saya gabungan seperti itu (atas dasar bencikan BN semata-mata) tidak boleh bertahan lama kerana ia bukan suatu asas yang kukuh. Sebab itulah sering wujud perbezaan ideologi serta percanggahan ketara di antara mereka... ia tidak akan kekal lama."Belum lagi pilihan raya dah macam-macam masalah di antara mereka. Itulah jadinya apabila mereka ada perbezaan ideologi yang begitu ketara dan menyentuh soal yang begitu fundamental," katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kepincangan serta kekalutan yang wujud dalam pakatan pembangkang akhir-akhir ini, terutama di negeri pembangkang seperti Pulau Pinang dan Selangor. Terdahulu, Najib melancarkan Kelab MyAgrosis Peringkat Kebangsaan di Universiti Teknologi MARA (UiTM), di sini. "Buat masa sekarang, semangat perwakilan amat tinggi. Justeru, saya harap semangat itu dapat dibawa balik ke kawasan masing-masing untuk meneruskan usaha mengukuhkan jentera pada semua peringkat," katanya. Sementara itu, ketika berucap pada majlis lawatan kerja projek AKR Kampung Ruat, di Yan, Najib mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM3 juta kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi memperkasakan program Agrobazar Kedai Rakyat (AKR) di seluruh negara, menjadikan jumlah keseluruhannya RM6 juta bagi 2011 selepas kerajaan pada awal tahun ini meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta. Perdana Menteri berkata, beliau amat tertarik dengan konsep dan potensi yang ditunjukkan program ini yang banyak memberi peluang kepada rakyat khususnya di kawasan luar bandar untuk meningkatkan tahap ekonomi mereka melalui penjualan hasil pertanian secara terus kepada AKR. Pada majlis itu, Najib menyampaikan lima motor roda tiga (M3R) AKR untuk digunakan bagi meraih hasil pertanian yang dikeluarkan di kawasan berkenaan. Beliau turut mengagihkan tiga batang pokok durian bermutu tinggi 'Musang King' yang boleh memulangkan hasil lumayan kepada penduduk berikutan harganya yang tinggi kepada setiap 2,700 keluarga sekitar Kampung Ruat dan Kampung Singkir di sini. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenahmad zaki pembangkang hanya idamkan putrajaya saja,majoriti suara rakyat yang memilih mereka pada pru 2008 dulu tak dinilai.sedar lah wahai semua rakyat kita jangan tertipu lagi.kemakmuran yang kita kecapi sekarang datangnya dari hasil kerajaan yang memerintah sedia ada. YB Kelantan Baru baru ini berjumpa dengan orang kuat Pas, bila dengar dia bercerita berkaitan perkembangan politik Pas,memang sedih. Pas tidak langsung boleh bersuara dalam Pakatan Rakyat dan Pas tidak mampu untuk mengislamkan DAP.sebaliknya Pas yang terpaksa mengalah dalam semua hal. Isu agam dipermain mainkan dengan mudah oleh DAP dan didalam Pas tiada lagi istilah Perjuangan Islam, sebaliknya hanya slogan sahaja. sedar bagi mereka yang lantang menentang kerajaan, sedarlah dan bersyukurlah dengan nikmat keamanan sejak merdeka hingga ke hari ini. cuba bayangkan anda berada dalam negara yang bergolak dengan kehidupan yang sengsara...berfikirlah sebagai seorang yang waras. myal maramin Bersyukurlah kita dgn pembangunan, kemajuan dan keamanan negara yg sekian lama kita kecapi. Janganlah kita terikut2 dgn perangai dan provokasi luar yg melampau sehingga boleh merosakkan sistem nilai atau budaya kita sendiri. Teruskan perjuangan dan semangat perpaduan di kalangan semua kaum sama ada di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Salam 1MALAYSIA, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. sabri segala apa yang kita sering nikmati di Malaysia ini adalah berpaksikan kepada dasar digubal oleh kerajaan untuk kemudahan dan keselesaan dan kemakmuran rakyatnya. Seliranya tidak berpuas hati sama-sama berusaha untuk menambahbaik sistemnya jangan meminta orang lain untuk mengubahnya yang akhirnya menang sorak kampung tergadai. azra bagilah semangat kpd parti-parti pembangkang kerana suara-suara rakyat juga boleh didengari melalui part-parti pembangkang kerana wakil-wakil parti yang bercakap dipilih oleh rakyat. Di sana terdapat juga kumpulan 'check and balance'. Orang Islam Politik yang bermotivasikan kebencian biasanya akan menghasilkan sesuatu yang tidak baik terutamanya kepada diri sendiri. salampb Sedar-sedarlah golongan yang amat-amat membenci kerajaan. Sedarkan anda semua siapa yang membantu anda selama ini dalam meningkatkan kemajuan pendidikan, ekonomi, keamanan dan kemajuan keselesaan diri, anak-anak dan keluarga anda. Jangan asyik gilakan putrajaya hingga sanggup meruntuhkan kerajaan islam-melayu dengan anda bergabung dengan kaum kafir yang terang-terang mempergunakan anda untuk menentang islam...fikir-fikirkan lah sebelum terlambat....
Full content generated by Get Full RSS. |
| Ahli CUEPACS diugut pegawai atasan: Omar Posted: 17 Dec 2011 01:33 PM PST [unable to retrieve full-text content]SHAH ALAM: CUEPACS yang mewakili 1.4 juta kakitangan awam tidak akan menerima tawaran skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) sehingga satu pertemuan dibuat dengan Datuk Seri Najib Razak. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan