Berita Harian: Mutakhir |
| Dua warga Brunei maut dalam nahas jalan raya Posted: 20 Dec 2011 02:19 AM PST Mutakhir TUARAN: Dua penumpang bas ekspres warga Brunei, seorang lelaki dan seorang wanita, maut dalam kemalangan jalan raya dekat sini petang ini, menurut Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Zaharuddin Rasip.Beliau berkata mangsa lelaki itu berusia 50 tahun dan seorang wanita itu berumur dalam lingkungan 50-an, maut akibat terhimpit dalam kemalangan itu yang berlaku pada kira-kira 3.05 petang. Kemalangan itu berlaku apabila pemandu bas yang dinaiki itu, dipercayai hilang kawalan dan terbalik di selekoh tajam lalu melanggari sebatang pokok besar di KM8.9 Jalan Ranau-Tamparuli dekat Kampung Koporingan. Bas ekspres itu yang membawa 40 warga Brunei yang kini sedang melancong Ke Sabah sejak Jumaat lepas sehingga esok, dalam perjalanan dari Tawau ke Kota Kinabalu, katanya kepada pemberita di tempat kejadian.Setakat ini seramai 11 orang cedera akibat kemalangan itu dan mereka dibawa ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu untuk menerima rawatan. Nama mangsa yang maut belum diketahui dan 21 orang penumpang lain termasuk pemandu bas itu tidak mendapat sebarang kecederaan. - BERNAMA |
| Dasar, syarat proses pemutihan Program 6P mungkin dilonggarkan Posted: 20 Dec 2011 01:25 AM PST Mutakhir PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini dalam proses menyediakan kertas pertimbangan cadangan bagi melonggarkan dasar dan syarat proses pemutihan Program Penyelesaian menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P).Ketua Setiausaha kementerian, Tan Sri Mahmood Adam, berkata jika kertas pertimbangan itu diluluskan, prosedur pemutihan dapat dilaksanakan dengan lebih mudah. "Kertas cadangan itu akan dihantar kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet mengenai Pekerja Asing/Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) untuk kelulusan dan pelaksanaan serta-merta," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata pertimbangan itu dibuat dengan mengambil kira maklum balas pelbagai pihak termasuk majikan, syarikat pengurus dan pejabat kedutaan yang merayu cadangan tersebut dikaji semula.Cadangan lain yang turut dikemukakan ialah kerajaan membuka sepuluh sektor luar dasar dan 11 subsektor di bawah sektor perkhidmatan yang ketika ini dibekukan daripada proses pemutihan. Sektor luar dasar berkenaan ialah krupier, perlombongan/kuari, kayu bakau, gerai/kafe/kantin/katering, restoran, makanan segera, pemotong rumput, vendor akhbar, pencuci rumah ke rumah, pencuci kenderaan dan bengkel kereta. Subsektor perkhidmatan pula terdiri daripada barangan logam/lusuh/terpakai, pengendalian kargo, rumah kebajikan, spa/refleksologi, perhotelan, kedi/padang golf, dobi, tukang gunting, tukang emas, perniagaan runcit/borong dan perniagaan tekstil.
"Setiap PATI yang diputihkan menerusi program itu hanya dibenarkan bekerja bagi tempoh maksimum tiga tahun, dan sebaik tamat tempoh, mereka perlu kembali ke negara masing-masing," katanya. Beliau berkata sehubungan itu, dianggarkan lebih sejuta PATI akan meninggalkan Malaysia menjelang hujung tahun ini. - BERNAMA |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan