Ahad, 18 Disember 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Cubaan wanita seludup diesel ke Thailand gagal

Posted: 18 Dec 2011 01:29 AM PST

Mutakhir

KUALA NERANG: Cubaan seorang wanita Thailand untuk menyeludup keluar 580 liter minyak diesel dengan menggunakan sebuah kereta gagal selepas ditumpaskan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Gubir pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padang Terap, Asisten Superintendan Chang Kut Choy, berkata wanita berusia 27 tahun itu ditahan kira-kira jam 9.30 pagi di Kompleks Kastam dan Imigresen (CIQ) Durian Burung, Padang Terap dekat sini untuk pemeriksaan.

Katanya, ketika ditahan wanita terbabit cuba melarikan diri namun gagal selepas ditahan semula oleh pihak tentera yang bertugas.
Katanya, pihak tentera sudah melakukan intipan selama beberapa hari terhadap
wanita itu yang setiap hari keluar masuk ke negara ini dengan menggunakan kereta
yang sama.

Difahamkan, wanita itu terbabit dengan satu sindiket yang sebelum ini
menggunakan kenderaan jenis pikap untuk menyeludup minyak diesel tetapi mereka menggunakan kereta bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Tinjauan mendapati dalam kereta terbabit diletakkan tangki tambahan pada
tempat duduk belakang dan di bahagian but belakang dalam keadaan terbuka.

Kes tersebut diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk tindakan lanjut. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Liow nafi Hospital Melaka kurang peruntukan

Posted: 18 Dec 2011 01:24 AM PST

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, hari ini menafikan dakwaan kononnya Hospital Melaka kekurangan bekalan ubat berikutan kekurangan peruntukan sebanyak RM3.5 juta daripada pihak kementerian.

Katanya, kesemua jumlah peruntukan itu sudah pun dibayar kepada hospital

tersebut di mana isu kekurangan bekalan ubat tidak sepatutnya timbul sama sekali. "Oleh itu sekiranya ada kekurangan ini, pihak pengarah hospital perlu
bertanggungjawab terhadap penempahan bekalan ubat," katanya selepas merasmikan Karnival Ampang Sihat di Klinik Kesihatan Ampang dekat sini, hari ini.

Katanya, tindakan sudah diambil dan arahan untuk mengambil tindakan yang
serius juga diberikan terhadap mana-mana pihak yang leka untuk membuat
tempahan ubat bagi sesebuah hospital.
"Ini adalah satu isu yang serius...pesakit tidak boleh tunggu untuk dapat
ubat, pesakit perlu diberi ubat segera.

"Malah, ini sepatutnya tidak berlaku lagi kerana peruntukan memang cukup
untuk kita agih-agihkan ke semua negeri dan masalahnya apabila peruntukan
sampai dan pihak hospital tidak mengambil tindakan cepat, maka ada masalah
sebegitu berlaku," katanya.

Liow juga menegaskan, bahawa isu seperti ini tidak akan berulang dan pihak
hospital perlu menyelesaikan masalah ini dalam masa yang singkat sekiranya ia
berlaku.

Pada 8 Disember lalu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mendakwa bahawa Kementerian Kesihatan masih belum menyalurkan baki peruntukan untuk bekalan ubat kepada hospital tersebut dan menggesa kementerian untuk mempercepatkan proses itu.

Mengulas perkhidmatan klinik kesihatan, Liow berkata, sejumlah 60
daripada 800 klinik sudah mula menjalankan perkhidmatan di luar waktu
pejabat di seluruh negara sepanjang tahun ini.

"Perkhidmatan 'extended hours' ini ialah dari jam 5 petang hingga 9.30
malam setiap hari bekerja dan dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari pada hari
Sabtu," katanya.

Tambahnya, rakyat juga dapat membuat permohonan atau permintaan dari
kementerian sekiranya mereka mendapati kawasan perumahan mereka memerlukan
perkhidmatan tersebut. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan