Berita Harian: Mutakhir |
| Borang BR1M yang difotostat boleh digunakan: Ahmad Husni Posted: 17 Dec 2011 01:57 AM PST Mutakhir IPOH: Borang skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang difotostat daripada borang asal boleh digunakan orang ramai untuk membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan RM500 melalui inisiatif berkenaan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini."Borang asli yang telah difotostat boleh digunakan, selagi format borang tidak diubah, maka ia sah digunakan," katanya kepada pemberita di sini. Beliau berkata pihaknya banyak menerima pertanyaan berikutan kekeliruan orang ramai berhubung penggunaan borang permohonan BR1M yang difotostat bagi tujuan mendapatkan bantuan itu. Ahmad Husni berkata orang ramai tidak perlu panik dan menasihatkan mereka supaya mendapatkan borang tersebut yang diedarkan melalui agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan.Katanya sehingga Khamis lalu, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah menerima dua juta borang permohonan BR1M daripada orang ramai dan sudah mula memproses permohonan berkenaan. Tarikh akhir menghantar borang permohonan BR1M ialah 10 Jan 2012. Ahmad Husni berkata borang BR1M akan diiklankan di akhbar-akhbar utama pada Isnin ini selain boleh didapati melalui laman web Kementerian Kewangan.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya membuat laporan polis jika didatangi pihak tidak bertanggungjawab yang mengenakan bayaran selain meminta nombor akaun bank bagi mendapatkan bantuan berkenaan. - BERNAMA |
| Seorang maut, empat cedera pesawat terhempas di Indonesia Posted: 17 Dec 2011 12:44 AM PST Mutakhir JAYAPURA: Sebuah pesawat ringan terbakar ketika mendarat di kawasan terpencil di Wilayah Papua, hari ini, mengorbankan seorang juruterbang manakala empat penumpang dilaporkan cedera.Nahas berlaku di Daerah Pegunungan Bintang apabila pesawat PAC-750 XL terbabas dari landasan ketika mendarat dipercayai akibat cuaca buruk dan angin kencang. "Juruterbang pesawat rentung manakala empat penumpang cedera dengan kesan melecur. Dua daripada penumpang terbabit bagaimanapun dalam keadaan kritikal," kata Pegawai Kementerian Pengangkutan, John Rettob. Beliau berkata, semua penumpang yang menaiki pesawat terbabit adalah warga Indonesia.Ketika kejadian, pesawat terbabit dalam penerbangan balik ke ibu negeri Jayapura selepas menghantar barang ke kawasan perkampungan terpencil. - AFP |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan