Sabtu, 26 November 2011

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Masjid Jamek Serdang dinaik taraf

Posted:

Masjid Jamek Serdang dinaik taraf

Masjid Jamek Serdang dinaik taraf

Oleh OPAT RATTANACHOT
uspetani@utusan.com.my


MUHYIDDIN Yassin menyampaikan replika cek bantuan persekolahan RM100 untuk pelajar kepada wakil Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Kulim Bandar Baharu ketika majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia di Dataran Serdang, Bandar Baharu Kulim, Kedah, kelmarin.


BANDAR BAHARU 25 Nov. - Kerajaan semalam mengumumkan peruntukan RM5 juta bagi menaik taraf Masjid Jamek Serdang sejajar dengan pertambahan penduduk dan pembangunan di kawasan pekan Serdang dekat sini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, masjid berkenaan akan menjadi ikon serta lambang kepada Serdang yang merupakan pekan utama di selatan negeri Kedah.

"Ini adalah usaha kerajaan untuk memastikan kebajikan rakyat sentiasa terjaga. Saya dimaklumkan bahawa keadaan masjid sedia ada tidak dapat menampung jemaah setiap kali solat Jumaat dan diharap apabila siapnya projek menaik taraf, ia memberi manfaat besar kepada penduduk di sini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Jamuan Rakyat 1Malaysia di Dataran Serdang dekat sini.

Lebih 3,000 rakyat pelbagai kaum hadir memeriahkan majlis jamuan berkenaan.

Turut serta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah; Timbalannya, Datuk Mukhriz Mahathir dan Penyelaras Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.

Pada majlis itu, Timbalan Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan wang bantuan sekolah berjumlah lebih RM6.5 juta untuk diagihkan kepada pelajar di 61 sekolah dalam kawasan Parlimen Kulim/Bandar Baharu.

Sementara itu, Muhyiddin juga berjanji akan meminta Kementerian Kesihatan memasukkan rancangan pembinaan Hospital Bandar Baharu ke dalam pelan Rancangan Malaysia seterusnya.

Katanya, langkah itu penting kerana sudah tiba masanya bagi penduduk daerah berkenaan mendapat kemudahan kesihatan lengkap.

Dalam perkembangan berkaitan Abdul Aziz berkata, hospital itu amat diperlukan bagi menampung keperluan lebih 20,000 penduduk di daerah Bandar Baharu.

"Sekarang ini ibu mengandung menghadapi kesulitan kerana terpaksa menggunakan perkhidmatan di Hospital Parit Buntar, Perak.

"Apabila bayi dilahirkan di sana, anak itu secara automatik akan menjadi warga Perak sedangkan ibu atau bapanya tinggal dan menetap di Kedah," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Sasaran Perak Maju dicapai 2018

Posted:

Sasaran Perak Maju dicapai 2018

Sasaran Perak Maju dicapai 2018

IPOH 25 Nov. - Sasaran Perak Maju 2015 mungkin hanya dapat dicapai pada 2018 berdasarkan jangkaan terbaru oleh Jabatan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER).

Menteri Besar, Datuk Seri berkata, sasaran tersebut memerlukan kajian semula di setiap separuh penggal supaya pelan memajukan negeri dapat dilaksanakan seperti yang dirancang.

"Namun, ia hanya sasaran yang diberikan dan sekiranya ia tidak dibuat, maka kita sekadar membuat perancangan biasa bersifat ad-hoc.

"Kita juga berharap suasana ekonomi dunia yang sentiasa berubah tidak akan memberi impak yang besar kepada Perak dalam mencapai matlamat yang ditetapkan," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Ahamad Pakeh Adam (BN-Lintang) pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (BN-Kubu Gajah), beliau berkata, konsep pembangunan tidak akan tertumpu kepada satu-satu kawasan sebaliknya akan diperluas ke seluruh daerah dengan penekanan ke arah pembangunan lestari.

Full content generated by Get Full RSS.

Harussani puji Perak asingkan hasil tidak tepati prinsip syariah

Posted:

Harussani puji Perak asingkan hasil tidak tepati prinsip syariah

Harussani puji Perak asingkan hasil tidak tepati prinsip syariah

IPOH 25 Nov. – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan tindakan kerajaan negeri mengasingkan akaun hasil yang tidak menepati prinsip syariah mulai tahun depan sebagai amat tepat dan wajar diamalkan.

Beliau berkata, langkah itu sekali gus mampu menghilangkan syak wasangka rakyat ke atas hasil kerajaan negeri termasuk sumber gaji yang diterima oleh mereka.

"Wajiblah kita bersyukur kerana ia merupakan satu kejayaan yang dicapai oleh masyarakat Islam. Mudah-mudahan hilanglah keraguan orang ramai dan prasangka buruk yang dilemparkan kepada kerajaan," katanya di lobi Dewan Undangan Negeri hari ini.

Harussani berkata, hasil pendapatan yang tidak menepati prinsip syariah boleh disalurkan kepada projek-projek pembangunan termasuk kerja-kerja penambahbaikan infrastruktur di negeri ini.

"Bagi memastikan cadangan tersebut tercapai, Jabatan Agama Islam Perak akan bertindak sebagai pakar rujuk supaya pelaksanaannya nanti berlandaskan hukum syarak," katanya.

Isnin lalu Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir ketika membentangkan Bajet Perak 2012 berkata, satu akaun khusus akan dibuka untuk hasil tidak menepati syariah yang dianggarkan sebanyak RM16 juta.

Zambry berkata, antara hasil tersebut termasuk cukai, lumba kuda, snuker, permit hiburan, tiket pawagam serta lesen dan pendaftaran bayaran kelab malam.

Tambah beliau, keuntungan yang diterima melalui pinjaman dan pelaburan secara konvensional akan turut dimasukkan ke dalam akaun khas itu yang juga merupakan sebahagian daripada Akaun Hasil Disatukan.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan