Rabu, 30 November 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Perak mula dilanda banjir

Posted: 30 Nov 2011 04:08 AM PST

[unable to retrieve full-text content]KERIAN: Perak mula dilanda banjir apabila 73 penduduk dari 18 keluarga di tiga kawasan di daerah ini dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Bukit Merah selepas kawasan penempatan mereka dinaiki air sedalam antara satu hingga 1.5 meter mulai jam 2 petang tadi.

Ketua Komunikasi MAS letak jawatan

Posted: 30 Nov 2011 03:20 AM PST

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini mengumumkan perubahan dalam kumpulan pengurusannya dengan peletakan jawatan Raja Zamilia Raja Mansur sebagai ketua komunikasi berkuat kuasa esok.

Berkhidmat dengan MAS bagi tempoh setahun, Raja Zamilia memutuskan untuk meneruskan bidang lain dan memulakan fasa seterusnya dalam kerjaya beliau.

Ketua Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya, berkata memandangkan pengalaman dan pengetahuan meluas beliau dalam syarikat berkaitan kerajaan, syarikat multinasional dan industri hospitaliti, Raja Zamilia telah menerajui kumpulan dalam persekitaran perniagaan yang mencabar. "Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Raja Zamilia di atas komitmen tidak berbelah bagi beliau dan sumbangannya kepada syarikat," katanya.

Buat sementara ini, Naib Presiden Komunikasi, Eda Ahmad akan menyelia pentadbiran bahagian komunikasi. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan