Khamis, 17 Mac 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Medan selera dinaik taraf

Posted:

Medan selera dinaik taraf

Medan selera dinaik taraf

Oleh NAZARUDIN SHAHARI
nazarudin.shahari@utusangroup.com.my


MOHAMAD Hasan beramah mesra dengan sebahagian peniaga serta pengunjung ketika mengadakan lawatan di sekitar Pasar Tani Ampangan, Seremban, kelmarin. - UTUSAN/Abd. Razak Aid


SEREMBAN 16 Mac - Medan Selera Ampangan dekat sini akan dinaik taraf bagi meningkatkan imejnya dan menawarkan keselesaan yang lebih baik kepada para pengunjung.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sudah sampai masanya kerja naik taraf itu dilakukan memandangkan prasarana sedia ada sudah lama dan uzur serta tidak sesuai dengan perkembangan semasa.

Beliau berkata, kerajaan negeri telah berbincang dengan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) mengenai usaha itu dan berharap kerja menaik taraf dapat dilakukan secepat mungkin.

"Struktur kawasan itu tidak akan diubah kerana kerajaan negeri tidak bercadang membina bangunan yang tinggi sebaliknya memadai kawasan sedia ada dinaik taraf seperti membesarkan ruang dan memasang jubin serta beberapa kemudahan tertentu.

"Kerja-kerja ini akan menjadikan medan selera ini cantik sekali gus menarik kedatangan pengunjung. Apa yang lebih penting ialah ia dapat menjamin kualiti dan kebersihan yang lebih baik," katanya di Pasar Tani Mega Ampangan di sini semalam.

Mohamad berkata, sementara kerja naik taraf itu dilakukan, lebih 20 peniaga yang beroperasi di medan selera itu akan dipindahkan ke tapak yang sesuai.

Beliau berharap para peniaga berkenaan akan memberi kerjasama kerana projek tersebut adalah untuk kebaikan mereka sendiri dan masyarakat setempat di Ampangan.

Sementara itu, Mohamad berpuas hati dengan keadaan pasar tani itu yang diuruskan dengan baik selain gerai yang tersusun dan bersih.

Beliau berharap tahap kebersihan itu dapat dikekalkan kerana ia akan meningkatkan keyakinan pengguna untuk datang dan membeli-belah di pasar tani.

Katanya, lokasi pasar tani itu yang strategik memudahkan masyarakat membeli aneka jenis keperluan harian seperti sayur-sayuran, ulam-ulaman, ikan, daging, ayam dan rempah ratus.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

24,000 lagi lampu jalan dipasang seluruh NS

Posted:

24,000 lagi lampu jalan dipasang seluruh NS

24,000 lagi lampu jalan dipasang seluruh NS

SEREMBAN 16 Mac - Kerajaan negeri akan melaksanakan projek dasar pencahayaan yang masuk fasa kedua dengan pemasangan 24,000 lagi kemudahan lampu jalan di sekitar negeri ini tidak lama lagi.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, inisiatif itu bertujuan bukan sahaja bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya, malah mampu mengurangkan kadar indeks jenayah di negeri ini.

"Ini terbukti melalui kejayaan pelaksanaannya pada fasa pertama apabila kes kemalangan serta jenayah jalanan seperti ragut dan kecurian menurun daripada statistik yang diterima.

"Contohnya, jika kawasan terang, mungkin tidak lagi menjadi tumpuan penjenayah untuk menjalankan kegiatan haram mereka. Ini juga memudahkan pihak Rukun Tetangga untuk menjalankan rondaan demi memastikan kesejahteraan penduduk," katanya.

Mohamad berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Negeri di sini hari ini.

Jelasnya lagi, buat masa ini, kemudahan itu akan diselaraskan di semua jenis jalan di seluruh negeri ini termasuk jalan persekutuan, perbandaran, negeri, kampung dan juga kawasan penempatan penduduk.

"Projek ini akan dijalankan dalam tempoh terdekat dan kita akan pastikan ia diselaraskan secara menyeluruh di semua laluan berkenaan termasuk persimpangan di kampung," katanya.

Tambah Mohamad, pihaknya kini sedang menjalankan perbincangan dengan pelbagai pihak seperti Majlis-Majlis Perbandaran serta Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bagi mengkaji dan mengenal pasti lokasi pelaksanaannya.

"Ini penting kerana kemudahan ini akan diuruskan dan diselenggara oleh pihak yang bertanggungjawab berpandukan jenis jalan.

"Kita tidak mahu apabila dipasang kelak, ia tidak diselenggarakan dengan baik," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MPHTJ guna kaedah baru tangkap kucing liar

Posted:

MPHTJ guna kaedah baru tangkap kucing liar

MPHTJ guna kaedah baru tangkap kucing liar


PEGAWAI MPHTJ memberi penerangan kepada sekumpulan pengunjung mengenai kaedah Smart Catcher Cat bagi menangkap kucing-kucing liar di Melaka, kelmarin.


MELAKA 16 Mac - Jabatan Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) memperkenalkan kaedah baru dalam menangkap kucing liar yang banyak menimbulkan rungutan di kalangan pengunjung medan selera.

Kaedah yang dikenali Smart Catcher Cat itu merupakan idea kakitangan penguat kuasa, Muhammad Munir Sharabuddin yang menggunakan sebuah tong terpakai bagi memerangkap dua ekor kucing dalam satu masa.

Yang Dipertua MPHTJ, Sapiah Haron berkata, penggunaan kaedah baru itu menunjukkan hasil yang baik malah kucing liar yang ditangkap ditempatkan di kawasan lebih selamat.

Menurutnya, sebagai permulaan, pihaknya menguna pakai alat tersebut di sekitar kawasan Medan Selera Ayer Keroh.

"Kita yakin usaha ini mampu mengurangkan rungutan orang ramai mengenai kehadiran kucing liar yang didakwa sering berkeliaran pada waktu sarapan, tengah hari atau makan malam di kawasan medan selera sekitar MPHTJ," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam.

Menurut Sapiah, pihaknya menyasarkan enam ekor kucing berjaya ditangkap melalui kaedah baru itu dalam tempoh seminggu.

"Kita percaya Smart Catcher Cat ini secara tidak langsung boleh mengurangkan kos, menjimatkan tenaga anggota yang bertugas dan mengurangkan aduan orang ramai mengenai gangguan kucing liar," katanya.

Menurut beliau, dengan reka bentuk Smart Catcher Cat yang dianggap fleksibel itu, alat tersebut dilihat memudahkan anggota penguat kuasa menangkap kucing liar tanpa menganggu ketenteraman orang awam.

Katanya, kucing liar yang ditangkap akan dihantar ke pusat penjagaan di Bukit Jelutong yang berfungsi sebagai lokasi kawasan landskap di bawah pengurusan MPHTJ.

Jelas beliau, anggota MPHTJ yang bertanggungjawab akan menjaga kucing liar yang ditangkap demi memastikan haiwan tersebut hidup dalam persekitaran yang selamat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen