Selasa, 22 Mac 2011

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Mahasiswa usah pinggir kokurikulum

Posted:

Mahasiswa usah pinggir kokurikulum

Mahasiswa usah pinggir kokurikulum

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my

TEMERLOH 22 Mac – Golongan mahasiswa diingatkan tidak meminggirkan aspek kokurikulum kerana ia merupakan sebahagian daripada persediaan untuk memasuki alam pekerjaan.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, penglibatan secara aktif dalam kokurikulum merupakan merit kepada majikan dan prasyarat sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

''Ini kerana aktiviti kokurikulum mengajar mahasiswa erti kesulitan, kecekalan, persefahaman, setiakawan, semangat juang dan keterampilan diri,'' katanya selepas menyampaikan hadiah kepada pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat Parlimen Temerloh di Mentakab baru-baru ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata, majikan dalam pelbagai sektor akan memilih graduan serba boleh dari segi kelayakan akademik, keterampilan dan bijak berkomunikasi kerana elemen itu boleh memberi keuntungan berganda kepada jabatan atau syarikat.

Oleh itu, tambah beliau, setiap universiti awam menyediakan peluang kepada mahasiswa membabitkan diri dalam aktiviti kokurikulum termasuk sukan, kemasyarakatan dan pengurusan organisasi.

Saifuddin berkata, dasar Kementerian Pelajaran yang memperuntukkan 10 peratus markah yang diambil kira untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sangat tepat bagi menyediakan generasi muda yang menguasai semua bidang.

''Oleh itu dalam pemilihan ke IPTA, hanya mereka yang berdaya saing dalam akademik dan kokurikulum mempunyai lebih peluang kerana tempat di universiti awam adalah terhad.

''Akibat markah kokurikulum yang rendah ramai pelajar cemerlang di peringkat SPM gagal mendapat tempat ke IPTA pada pengambilan pertama sedangkan mereka layak dari segi akademik,'' katanya.

Tegasnya, ramai pelajar memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan hasil penyediaan prasarana pendidikan bertaraf dunia.

Tambah beliau, semangat pelajar dengan dorongan ibu bapa dan guru yang berdedikasi merupakan antara faktor kecemerlangan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

17 pelajar dari dua kolej peraga fesyen

Posted:

17 pelajar dari dua kolej peraga fesyen

17 pelajar dari dua kolej peraga fesyen


Dua pelajar memperaga fesyen pada Majlis Peragaan Fesyen Karpet Merah di Raub baru-baru ini.


RAUB 22 Mac - Seramai 17 'pereka fesyen' dari dua Kolej Komuniti bergabung tenaga menampilkan rekaan masing-masing pada majlis Peragaan Fesyen Karpet Merah di Dewan Jubli Perak di sini baru-baru ini.

Program julung kali melibatkan pereka muda dari Kolej Komuniti Temerloh dan Raub itu mendapat sambutan menggalakkan daripada orang kenamaan dan pengusaha butik serta pakaian tempatan.

Ia dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Shahiruddin Ab. Moin dan turut dihadiri Pengarah Kolej Komuniti Temerloh, Abdul Razak Sabtu dan Pengarah Kolej Komuniti Raub, Abu Bakar Mat Tai.

Menurut Abdul Razak, program itu merupakan 'platform' untuk menampilkan kreativiti dan bakat pelajar kolej komuniti dalam rekaan fesyen kepada masyarakat.

''Ia secara tidak langsung dapat memasarkan produk kolej komuniti di kalangan pengusaha butik dan pakaian," katanya.

Selain itu, menurut beliau, program itu dapat menggiatkan aktiviti peragaan fesyen di kawasan luar bandar yang kebiasaannya diadakan di tempat-tempat eksklusif.

''Pada tahun hadapan, kami merancang akan mengadakan program sedemikian di kawasan Parliman Temerloh pula," katanya.

Abdul Razak berkata, para pelajar kolej terbabit mengambil masa selama dua minggu untuk menghasilkan rekaan tersebut melalui bimbingan daripada para pensyarah masing-masing.

Katanya, proses rekaan bermula daripada mendapatkan konsep, memilih fabrik, membuat pola, menggunting dan menjahit yang perlu dilaksanakan oleh setiap pereka.

Jelasnya, setiap pereka juga dikehendaki menyediakan dua jenis rekaan untuk dipadankan dengan konsep karpet merah yang ditonjolkan pada persembahan tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Seminar MATRES tingkat pemahaman pelajar dalam bidang bioteknologi

Posted:

Seminar MATRES tingkat pemahaman pelajar dalam bidang bioteknologi

Seminar MATRES tingkat pemahaman pelajar dalam bidang bioteknologi


Lebih 100 penuntut matrikulasi dan pelajar berkampung di UMP bagi mengikuti seminar MATRES '11 di Kuantan, baru-baru ini.


KUANTAN 22 Mac - Lebih 100 penuntut matrikulasi dan pelajar sekolah sekitar daerah ini berkampung di Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini bagi mengikuti seminar Kejuruteraan Kimia (MATRES '11) bertujuan meningkatkan pemahaman dalam bidang bioteknologi dan kejuruteraan kimia baru-baru ini.

Program selama tiga hari itu merupakan anjuran Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli (CHEST) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA).

Seminar yang diadakan di Dewan Astaka UMP itu dirasmikan Timbalan Pengarah Bahagian Matrikulasi, Awang Hambali Awang Hamdan dan turut dihadiri Dekan Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli (FKKSA), Prof. Mayda Zulkafli Hasan.

Menurut Zulkafli, seminar bertemakan Kejuruteraan Kimia untuk Pengalaman di dunia itu bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan bioteknologi dalam kehidupan seharian.

"Ia juga sebagai usaha menambah minat pelajar mendalami bidang bioteknologi dengan memberi gambaran dan sumber rujukan yang jelas agar mereka lebih mudah faham terhadap bidang itu," katanya.

Sementara itu, menurut Awang Hambali, program sedemikian amat digalakkan untuk memupuk minat pelajar terhadap jurusan kejuruteraan kimia.

"Terdapat segelintir pelajar yang kecundang menyambung pengajian ke menara gading adalah berpunca daripada ketidaksesuaian kursus yang dipilih berbanding kelayakan mereka," katanya semasa merasmikan program MATRES 11' di Dewan Astaka.

"Peserta dapat dibantu dalam menyelesaikan kekeliruan dengana memilih jurusan yang bersesuaian untuk menyambung pengajian.

Sementara itu, seorang peserta, Nurul Hafizah Sarimon, 18, dari Kolej Matrikulasi Melaka berkata, dia amat gembira kerana berpeluang mengikuti seminar yang banyak memberi pengetahuan baru mengenai bioteknologi.

Selain itu, dia tidak menyangka dapat melihat sendiri kemudahan makmal UMP yang terbesar di Pantai Timur.

Pelajar tingkatan empat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan, Ahmat Aizat Ahmad Zaki, 16, berkata, seminar itu memberi peluang kepadanya menjejakkan kaki ke universiti.

Dengan mengikuti seminar itu katanya, cita-cita untuk menjadi jurutera seperti bapanya semakin berkobar-kobar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen