Sabtu, 5 Mac 2011

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Rumah ibu tunggal terbakar

Posted:

Rumah ibu tunggal terbakar

Rumah ibu tunggal terbakar

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my


MOHD. Hamdani Madon (dua dari kiri) menerangkan kepada Ismail Mohamed Said (tengah) mengenai kebakaran rumah Besah Tahir di Kampung Guntung Kelibang, Temerloh, kelmarin.


TEMERLOH 5 Mac – Hajat seorang ibu tunggal untuk membaik pulih rumahnya dengan bantuan kerajaan negeri tidak kesampaian apabila kediamannya itu di Kampung Guntung Kelibang, di sini, terbakar semalam.

Rumah papan separuh batu itu baru sahaja diluluskan bagi menerima bantuan baik pulih sebanyak RM10,000 selepas dilawati Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, Isnin lalu.

Dalam kejadian pukul 7.30 pagi itu, Besah Tahir, 70, bersama tiga anak dan seorang cucu berada dalam rumah apabila api tiba-tiba muncul lalu membakar bahagian depan rumah mereka.

Seorang saksi yang juga jiran Besah, Siti Aishah Abdul Rahman berkata, dia berada di rumah dan tiba-tiba terkejut dengan bunyi letupan kuat berhampiran rumahnya.

"Saya ingat ada kereta kemalangan, saya buka tingkap nampak api kecil di bahagian depan rumah Besah. Saya dan anak menjerit supaya mereka keluar dari rumah," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Turut hadir melawat, calon Barisan Nasional (BN) Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Guntung Kelibang, Hamid Janal berkata, mangsa dan anaknya dibawa hospital berdekatan untuk menerima rawatan kerana melecur di belakang badan.

Dalam pada itu, Pegawai Bomba dan Penyelamat Daerah, Mohd. Hamdani Madon berkata, dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh dikerahkan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan pada pukul 7.46 pagi.

Menurutnya, anggotanya berjaya mengawal api dalam tempoh tiga minit dan kebakaran dapat dipadam sepenuhnya kira-kira pukul 8.25 pagi.

"Kerugian dianggarkan RM110,000 termasuk rumah, perabot dan peralatan dalam rumah termasuk sebuah motosikal," katanya.

Katanya, punca kebakaran masih belum diketahui dan akan menunggu pihak forensik untuk melakukan siasatan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said yang menziarah keluarga terbabit berkata, kerajaan akan membina rumah baru menerusi Projek Bantuan Rumah (PBR) di bawah seliaan RISDA bagi menggantikan rumah lama milik mangsa yang terbakar.

Menurutnya, nilai rumah baru itu sekitar RM33,000 dan akan dibina sebaik sahaja bomba selesai menjalankan siasatan.

Menurutnya, beliau akan cuba mendapatkan bantuan bencana RM5,000 daripada kerajaan negeri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DPMM lancar kad keahlian Dewanita

Posted:

DPMM lancar kad keahlian Dewanita

DPMM lancar kad keahlian Dewanita

KUANTAN 5 Mac - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pahang melancarkan kad keahlian bagi Kelab Dewanita (Dewanita) Pahang dalam usaha mewujudkan rangkaian perniagaan di kalangan ahlinya.

Pengerusinya, Datin Noraimi Alias berkata, Dewanita Pahang merupakan yang pertama memperkenalkan konsep kad keahlian dalam melicinkan segala urusan ahli.

"Dengan kad tersebut, Dewanita menyasarkan lebih ramai usahawan wanita didaftarkan di bawah DPMM berikutan manfaat dan keistimewaan yang ditawarkan kepada pemegang kad keahlian itu.

"Antara kemudahan yang ditawarkan ialah pinjaman modal perniagaan, skim bimbingan usahawan muda, kemudahan pembiayaan kewangan dan premis di kalangan ahli seluruh negara," katanya di majlis pelancaran kad berkenaan di sini kelmarin.

Seramai 200 ahli Dewanita Pahang hadir di majlis berkenaan termasuk di kalangan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS).

Menurut Noraimi, konsep kad keahlian sudah banyak dilaksanakan di kalangan gabungan ahli perniagaan dan pengusaha IKS di negara maju.

"Kad itu bukan sekadar untuk tujuan pengesahan keahlian, tetapi lebih utama adalah jaringan pemasaran yang dapat diwujudkan di kalangan pemegang kad. Pada masa sama kita dapat mengikuti perkembangan semasa setiap usahawan dan membentuk pangkalan data sistematik," ujarnya.

Tambahnya, pemegang kad berpeluang menikmati potongan harga atau pakej istimewa bagi kadar perkhidmatan atau jualan produk yang ditawarkan oleh pemegang kad yang lain.

"Mereka juga akan diberi keutamaan dalam urusan pembangunan perniagaan seperti pinjaman, pemasaran, premis perniagaan dan khidmat runding bidaan kontrak," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Skuad prihatin Belia 4B Benta

Posted:

Skuad prihatin Belia 4B Benta

Skuad prihatin Belia 4B Benta

KUALA LIPIS 5 Mac - Masyarakat disaran melibatkan diri dalam kegiatan amal dan kebajikan yang dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu golongan memerlukan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Perumahan dan Pertumbuhan negeri, Datuk Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak berkata, masyarakat perlu sedar tentang kepentingan membantu golongan memerlukan termasuk menyertai kempen menderma darah.

Menurut beliau, program seperti menderma darah dapat mengisi bekalan tabung darah untuk membantu mereka yang terbabit dalam kemalangan dan menjalani pembedahan.

"Sumbangan darah sebanyak satu beg sudah memadai kerana nilainya mampu menyelamatkan satu nyawa. Membantu mereka yang sakit sememangnya dituntut oleh Islam serta agama lain," katanya selepas melancarkan Skuad Prihatin Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Benta, di sini baru-baru ini.

Hadir sama Pengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Benta, Azhari Rose.

Kempen itu merupakan anjuran bersama Belia 4B Benta, Hospital Lipis, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Benta dan pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Benta.

Mohd. Soffi berkata, kempen tersebut perlu diteruskan secara berkala di samping mendidik orang ramai mengenai penjagaan kesihatan dan kewajipan membantu pesakit.

Beliau memuji usaha Gerakan 4B Benta menubuhkan Skuad Prihatin sejajar dengan manifestasi NGO berkenaan di Lipis.

"Pelbagai cara Belia 4B dan NGO lain boleh mengaktifkan kegiatan persatuan berkenaan iaitu turun padang bersama pemimpin setempat membantu penduduk," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta.

Dalam pada itu Azhari berkata, kempen tersebut antara kerja amal Belia 4B Benta yang mendapat sambutan penduduk setempat.

"Kami berjaya mengumpul 30 ahli skuad yang bersiap sedia berkhidmat secara sukarela untuk memberi bantuan kepada pasukan beruniform lain di Lipis," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan