Ahad, 6 Mac 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa

The Malaysian Insider :: Bahasa


MTUC minta kerajaan umum statistik sebenar pekerja asing di Malaysia

Posted: 06 Mar 2011 12:36 AM PST

PETALING JAYA, 6 Mac — Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini meminta Kementerian Sumber Manusia mengumumkan statistik sebenar pekerja asing di negara ini serta negara asal mereka dan bukan angka anggaran.

Presidennya Mohd Khalid Atan berkata maklumat yang diterima pihaknya menyatakan terdapat kira-kira dua juta pekerja asing yang mempunyai dokumen sah di Malaysia dan jumlah itu tidak termasuk pendatang tanpa izin.

"Saya berpendapat jumlah ini adalah berlebihan...melebihi jumlah yang diperlukan oleh majikan di Malaysia.

"Kerajaan perlu mendahulukan rakyat Malaysia yang tergolong dalam lepasan sekolah menengah, universiti, menganggur, dibuang kerja akibat masalah yang dihadapi syarikat dan warga miskin sebelum memutuskan untuk mengambil pekerja asing," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Persekutuan Kesatuan Sekerja Nepal (GEFONT) Gamesh Bahadul Gautam, di sini hari ini.

Mohd Khalid turut meminta kerajaan bertindak tegas berhubung isu kemasukan baru pekerja asing ke negara ini memandangkan sebelum ini terdapat keputusan untuk mengurangkan tenaga kerja asing di Malaysia.

Selain itu katanya, pihak berkuasa juga harus meningkatkan penguatkuasaan bagi mengekang kehadiran pendatang tanpa izin yang turut merebut peluang pekerjaan rakyat tempatan.

Isu kemasukan pekerja asing berbangkit apabila Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam baru-baru ini dilapor berkata kerajaan telah meluluskan kemasukan 45,000 tenaga kerja dari India bagi memenuhi keperluan 13 sektor perniagaan.

Bagaimanapun pelbagai pihak termasuk MTUC membantah tindakan itu dan meminta keutamaan diberi kepada pekerja tempatan. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bakar rumah sendiri, lelaki dipenjara lima tahun

Posted: 06 Mar 2011 12:30 AM PST

KUALA TERENGGANU, 6 Mac —Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah membakar rumahnys sendiri pada 26 Februari lepas.

Hakim Azman Mustapha membuat keputusan itu selepas Maliki Mohamed @ Lee See Tee, 39, mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut sebaik sahaja pertuduhan dibacakan kepadanya.

Dia dituduh mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat dengan api menggunakan mancis dengan membakar rumahnya miliknya di Kampung Balik Bukit, Bandar Permaisuri, Setiu kira-kira pukul 12.30 malam pada 26 Februari lepas.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan denda.

Mengikut fakta kes, kebakaran yang berpunca dari sebuah stor membaiki motosikal di rumah itu disedari oleh isteri tertuduh yang ketika itu berada di rumah jiran.

Isteri tertuduh yang bergegas balik selepas itu ternampak suaminya di tempat kejadian, dan beliau melaporkan bahawa sebelum kejadian suaminya pernah menggugut untuk membakar rumah.

Akibat kejadian itu mereka mengalami kerugian RM100,000.

Sebelum dijatuhi hukuman, tertuduh yang tidak diwakili peguam dan kelihatan luka melecur di bahagian kaki ekoran kejadian itu sempat memohon mahkamah supaya meringankan hukuman ke atasnya dengan alasan kejadian itu berlaku secara tidak sengaja.

"Ketika kejadian saya hendak menghidupkan api berhampiran stor untuk halau nyamuk, bagaimanapun ketika bangun saya terlanggar botol berisi petrol yang kebetulan tidak ditutup mengakibatkan api marak dan menyambar rumah saya dengan cepat," katanya.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwaraya Zulfazliah Mahmud berkata tertuduh wajar dikenakan hukuman berat yang setimpal kerana perbuatannya itu mengakibatkan kerugian yang besar sehingga R100,000 selain menyebabkan keluarganya kehilangan tempat tinggal. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan