Selasa, 15 Mac 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Pakatan U MOBILE - ZTE, CHINA perluas rangkaian mudah alih

Posted: 15 Mar 2011 04:58 AM PDT

KUALA LUMPUR: U Mobile Sdn Bhd dan ZTE Corporation dari China, hari ini menandatangani perjanjian yang akan menyaksikan pengusaha perkhidmatan mudah alih 3G tempatan meluaskan rangkaian 42 Mbps di Lembah Klang, Negeri Sembilan dan kawasan utara pada setengah tahun kedua 2011.

Perjanjian tiga tahun ini juga menyediakan pemasangan platform LTE (evolusi jangka panjang) seiring dnegan rancangan untuk membawa 100 Mbps rangkaian tanpa wayar di seluruh bandar raya utama di Malaysia.


Hadir menyaksikan pemeteraian itu di sini ialah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim dan Duta Besar China ke Malaysia, Chai Xi.

"Dalam perkongsian strategik ini, U Mobile dilihat mengambil pendekatan ke hadapan dalam menyediakan teknologi tanpa wayar terkini untuk negara.


"Dalam masa 12 bulan akan datang, akan dapat dilihat peningkatan perkhidmatan U Mobile bagi 42 Mbps kepada 84 Mbps. Pengguna internet berkemungkinan mengalami pengalaman 10 kali lebih pantas berbanding kadar semasa," demikian menurut syarikat dalam kenyataan bersama hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Adun Serkam angkat sumpah Exco baru Melaka

Posted: 15 Mar 2011 04:45 AM PDT

MELAKA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Serkam, Datuk Ghazale Muhamad, 55, mengangkat sumpah sebagai anggota Exco kerajaan negeri Melaka yang baru di Istana Melaka di sini hari ini.

Ghazale, Adun penggal pertama dan timbalan pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mengangkat sumpah jawatan dan sumpah kerahsiaan di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob.


Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Othman Muhamad; dan Setiasaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen