Sabtu, 7 Julai 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


31 pelajar alami keracunan makanan

Posted:

31 pelajar alami keracunan makanan

07/07/2012 7:43pm

SUNGAI SIPUT — Hidangan ayam masak merah dipercayai punca 31 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Muda Abdul Aziz di sini, mengalami keracunan makanan dalam satu kejadian hari ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon, kejadian membabitkan 20 pelajar perempuan dan 11 lelaki.

Kesemua mereka menerima rawatan pesakit luar selepas mengalami sakit perut, loya, muntah dan pening kepala, katanya menerusi khidmat pesanan ringkas.—BERNAMA

Sembunyi bayi dalam beg galas: Remaja ditahan

Posted:

Sembunyi bayi dalam beg galas: Remaja ditahan

07/07/2012 7:41pm

KUALA TERENGGANU — Polis menahan seorang remaja lelaki untuk membantu siasatan kes pelajar perempuan berumur 16 tahun yang menyembunyikan anak yang baru dilahirkannya di dalam beg galas, Selasa lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata, suspek berumur 19 tahun itu ditahan di rumahnya di Kampung Cherang Guling, Marang kira-kira pukul 4 pagi ini.

Katanya, tangkapan dibuat berdasarkan maklumat yang diberi pelajar perempuan Tingkatan Empat sebuah sekolah menengah di sini.

"Kita terus menahan suspek sebaik maklumat diperoleh. Suspek kini direman sehingga 13 Julai ini untuk membantu siasatan berhubung kes kematian bayi itu," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.— BERNAMA

Warga emas disamun 3 lelaki guna parang

Posted:

Warga emas disamun 3 lelaki guna parang

07/07/2012 7:39pm

KUANTAN — Seorang lelaki warga emas dan keluarganya disamun tiga lelaki bersenjatakan parang di rumah mereka di Taman Rimba, Mentakab.

Dalam kejadian 7.50 pagi tadi, tiga suspek yang menaiki sebuah kereta berhenti di depan rumah mangsa sebelum menyerbu masuk ke kawasan rumah dan mengacukan parang ke lehernya.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP, Mohd. Noor Mansor berkata, ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang menampal pelekat cukai jalan di keretanya.

"Mangsa kemudian dikurung di dalam sebuah bilik bersama isteri dan dua lagi anaknya," katanya hari ini.

Beliau berkata, suspek kemudian menggeledah rumah mangsa dan melarikan sebuah komputer riba serta wang tunai berjumlah RM8,000.— BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan