Harian Metro: Setempat |
| Posted: 06 May 2012 10:32 AM PDT PETALING JAYA: Tiga tahun lalu, negara digemparkan dengan kejadian runtuhan bangunan Jaya Supermarket di Seksyen 14 ketika kerja meroboh menyebabkan tujuh kematian pekerjanya. Tragedi yang berlaku pada 28 Mei 2009 turut menyebabkan tiga pekerja cedera selain menjejaskan kehidupan 75 penghuni 12 rumah di Jalan 14/15 kerana terletak bersebelahan bekas tapak supermarket itu.
Wakil penduduk, Chie Seng Han, 54, berkata, penghuni hampir 20 rumah di Jalan 14/15 kini hidup dalam kebimbangan apabila rumah mereka retak sebaik saja pemaju memulakan kerja pembinaan semula projek.
Tambahnya, penduduk ketakutan kerana berdepan risiko rumah runtuh, kerosakan harta benda malah boleh menyebabkan kematian seperti yang berlaku ketika bangunan lama dirobohkan.
"Kami mahukan jaminan daripada pemaju dan MBPJ bahawa rumah ini selamat didiami. Malangnya, jangankan ganti rugi atau kerja membaik pulih, mereka langsung tidak memberikan maklum balas walaupun sudah melihat sendiri kerosakan," katanya.
|
| Dua beradik parah dibelasah jiran, rakan mabuk Posted: 06 May 2012 10:30 AM PDT AMPANG: Akibat meminta jirannya memperlahankan radio kerana mengganggu abangnya sedang solat, seorang lelaki parah dibelasah jirannya dan rakan yang dipercayai `berpesta' arak di satu kawasan rumah pangsa di Tasik Permai, di sini. Mangsa dibelasah dengan kayu dan batang besi selain kakinya turut terkena libasan pisau manakala abangnya yang cuba menyelamatkannya turut cedera.
Menceritakan kejadian itu, sumber itu berkata, mangsa meminta jiran lelakinya yang juga warga asing memperlahankan radio kerana abangnya mahu bersolat, namun, jiran terbabit dan enam rakannya tidak mengendahkannya menyebabkan berlaku pertengkaran. |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan