Jumaat, 6 Julai 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Bot karam di Sandakan, dua murid lemas

Posted:

Kelab asah minat fotografi

HOBI Mohd. Azam Mohd. Alwi sebelum ini ialah bermain permainan kawalan jauh (RC) seperti miniatur kereta atau kapal terbang. Ketika berkumpul dengan rakan-rakan yang turut bermain RC, terdapat beberapa temannya membawa kamera lensa refleks tunggal digital (DSLR) untuk merakam saat-saat menarik sepanjang acara. Lagi...

Tidak sampai tiga peratus semak daftar pemilih

Posted:

Tidak sampai tiga peratus semak daftar pemilih

06/07/2012 8:06pm

KUALA LUMPUR – Tidak sampai tiga peratus atau hanya 354,436 daripada 12.9 juta pemilih berdaftar membuat semakan pendaftaran mereka sepanjang Kempen Bulan Semakan Daftar Pemilih 2012 bulan lepas.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, daripada jumlah itu 234,592 membuat semakan melalui laman web SPR, Sistem Pesanan Ringkas (106,238), telefon (6,884), hadir sendiri (6,578), faksimili (402) dan selebihnya melalui surat.

"SPR amat menghargai mereka yang membuat semakan kerana prihatin dengan status pendaftaran mereka. Bagi SPR, hanya pemilih berkenaan yang mengetahui maklumat sebenar pendaftaran mereka, jika berlaku kesilapan, mereka boleh membuat pembetulan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semakan boleh dibuat menerusi lawan web SPR di www.spr.gov.my atau melalui sistem pesanan ringkas dengan menaip "SPRSEMAKNO KAD PENGENALAN" dan hantar ke 15888 atau menelefon ke ibu pejabat SPR di talian 03-88856565. – BERNAMA

Arak: Tindakan salah guna jualan Ramadan diselar

Posted:

Arak: Tindakan salah guna jualan Ramadan diselar

06/07/2012 7:22pm

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menyelar tindakan sebuah pasar raya di ibu negara yang mengeksploitasi istilah "Ramadhan Sale" untuk jualan minuman keras.

Beliau berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) boleh mengambil tindakan terhadap premis berkenaan mengikut peruntukan yang ada.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas penyiaran di Internet gambar jualan murah minuman keras sebuah pasar raya tertera perkataan "Ramadhan Sale", selepas menyampaikan amanat khas kepada warga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di Kompleks Pusat Islam di sini hari ini.

Sementara itu, difahamkan Bahagian Hab Halal Jakim telah memeriksa premis berkenaan semalam dan tanda harga "Ramadhan Sale" di pasar raya tersebut telah ditanggalkan. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan