Ahad, 8 Julai 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Semakin popular

Posted: 07 Jul 2012 10:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Fenomena membesarkan punggung yang popular di Britain dan Amerika Syarikat kini mula menular di negara ini, terutama di kalangan selebriti, orang kenamaan dan model, supaya kelihatan lebih seksi dan montok.

Trend ini semakin menjadi-jadi selepas personaliti popular Britain, Pippa Middleton secara tiba-tiba dilihat memiliki punggung seksi ketika menjadi pengapit kakaknya, Kate pada majlis perkahwinan dengan Putera William, tahun lalu.

Faktor itu menyebabkan ramai mendakwa dia menjalani pembedahan atau suntikan membesarkan punggungnya yang sebelum itu leper.

Selain pengaruh Pippa dan selebriti Barat lain, trend membesar dan memantapkan punggung turut dikaitkan dengan artis Korea dan Jepun yang makin popular di kalangan remaja negara ini.


Pakar kulit, Dr Ko Chung Beng berkata, selepas penggunaan silikon, teknologi terkini bagi membesar dan mencantikkan punggung yang semakin menjadi pilihan ialah melalui pemindahan lemak dari tubuh ke punggung.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/08


Guna 760 jarum

Posted: 07 Jul 2012 10:20 AM PDT

KUALA LUMPUR: "Saat itu, saya berasa sakit yang tidak tertanggung. Bayangkan, saya dalam keadaan sedar ketika jarum ditusuk ke kulit.

"Sebelah punggung saja memerlukan kira-kira 380 batang jarum dan bayangkan saya suntik kedua-dua belah. Ini bermakna ada 760 batang jarum pada punggung," kata artis kontroversi, Pian Cecupak menceritakan kesakitan ditanggung ketika membuat suntikan kolagen pada punggung.

Selain punggung, Pian atau nama sebenarnya Mohd Rafiq Abdul Rahman, 41, turut melakukan suntikan kolagen pada kedua-dua pipi, dagu dan hidung dengan kos mencecah puluhan ribu ringgit.

"Saya mengaku membuat suntikan itu lapan tahun lalu. Namun, itulah kali pertama dan terakhir saya lakukannya. Disebabkan mahu kulit lebih mulus dan anjal di samping bentuk punggung menarik, saya tak fikir risiko yang bakal ditanggung," katanya kepada Metro Ahad.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/08


Tiada ulasan:

Catat Ulasan