Rabu, 4 Julai 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Jadi gay kerana ayah

Posted: 03 Jul 2012 03:30 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Hubungan saya dengan ayah renggang sejak kecil kerana dia garang dan tanpa saya sedari, kekurangan kasih sayang ayah menyebabkan saya meminati lelaki lain," kata lelaki homoseksual mahu dikenali sebagai Badrul yang kini insaf dan kembali ke pangkal jalan.

Badrul, 50, berkata, disebabkan kurang komunikasi dengan ayahnya yang sering bercakap dengan suara tinggi, dia menjadi takut dan selalu menjauhkan diri.

"Ketika kecil, hanya ibu menjadi tempat saya bergantung kasih sayang sebab takutkan ayah. Banyak perkara yang sepatutnya ayah beri, tetapi saya minta melalui ibu kerana takut disergah ayah.

"Keadaan itu terbawa-bawa sehingga ke sekolah apabila saya selesa berkawan dengan perempuan, tetapi dalam masa sama, saya 'jatuh cinta' dalam diam terhadap guru lelaki," katanya.


Menurutnya, hubungan seks songsang kali pertama dilakukannya pada usia 19 tahun ketika bekerja sambilan di sebuah restoran.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Bukan sebarang angau

Posted: 03 Jul 2012 03:30 PM PDT

SHAH ALAM: Angau dengan panahan cinta Awang Hitam selain mahu hidup mewah tanpa perlu bersusah-payah, wanita tempatan sanggup dipergunakan sebagai 'keldai akaun' oleh sindiket jenayah komersial antarabangsa yang didalangi warga Afrika.

Ini terbukti apabila polis menahan enam wanita tempatan dalam Ops Tiong, malam kelmarin disyaki membenarkan akaun bank atas nama mereka digunakan untuk melakukan transaksi wang hasil penipuan siber.

Wanita berusia 20 dan 30 tahun itu ditahan bersama lelaki Nigeria di sebuah apartmen dalam operasi bersepadu di sekitar Petaling Jaya, Subang Jaya dan Puchong bermula jam 11.30 malam kelmarin hingga 3 pagi, semalam.

Operasi bersepadu yang turut membabitkan Jabatan Imigresen, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Pelancongan itu menahan 102 orang kebanyakan warga Afrika dari Nigeria dan Cameroon berusia 20 dan 30 tahun selain warga Filipina dan New Zealand.


Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, siasatan awal mendapati wanita terbabit mempunyai hubungan dengan lelaki yang ditahan dipercayai menjalankan kegiatan penipuan menggunakan Internet.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan