Jumaat, 6 Julai 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Keputusan terkini SUKMA ke-15 Pahang

Posted: 06 Jul 2012 02:46 AM PDT


KUANTAN: Berikut ialah keputusan akhir temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 di sini hari ini:
TAEKWANDO --------- LELAKI:
Bawah 54kg
EMAS: James Tee Chow Sheng (SEL)
PERAK: Syahmi Ahmad (PER)
GANGSA: Amirul Safuan Suhaimi (PRK), Muhamad Hanif Fahmi Roslan (NS)

63-68kg
EMAS: Mohd Yusrie Mohd Yusoff (TER) PERAK: M.Dinesh Kumar (PRK)
GANGSA: P.Thinagaran (KED), Muhammadal-Hadi Nuarzami (SEL)

WANITA:
Bawah 46kg
EMAS: Fitriya Abu Mansur (TER)
PERAK: T.Shakila (PRK)
GANGSA: Elinna Nik Pon (KEL), Brenda April Jim (SAB)

53-57kg
EMAS: Siti Fatimah Remey (PRK)
PERAK: Ng Shu Xian (MEL)
GANGSA: Phuang Jin Wen (SAR), Munirah Bokti (PER). - BERNAMA

Suami isteri bebas pertuduhan tipu penerbit tv Taiwan

Posted: 06 Jul 2012 02:27 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan menipu seorang penerbit stesen televisyen Taiwan membabitkan wang berjumlah AS$269,000 tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Mahmud Abdullah membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap warga Nigeria Francis Chinedu Eberendu, 37, dan isterinya, M. Neermaladevi, 48, seorang rakyat tempatan. "Berdasarkan keterangan saksi, mahkamah memutuskan tiada keterangan yang mencukupi untuk membuktikan tertuduh pertama dan kedua bersalah. Tiada sebab untuk mempercayai wang itu adalah harta curi," katanya dalam penghakiman.
Pasangan itu didakwa menipu warga Taiwan Hsing Chieh Chen sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang tersebut di CMC Center, Pasaraya Giant, Jalan Connaught, Cheras antara 5 Mei hingga 1 Jun 2011 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun, dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Seramai 13 saksi memberi keterangan pada perbicaraan yang dikendalikan Timbalan Pendakwaan Raya Nabilah Ahmad Poad.

Eberendu dan Neermaladevi, yang juga ahli perniagaan, diwakili peguam T.James Selladurai. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan