Isnin, 2 Julai 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Saham Felda Global catat untung dalam dagangan aktif

Posted: 02 Jul 2012 03:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Felda Global Ventures, syarikat kedua terbesar di dunia yang diapungkan selepas Facebook Inc, mencatatkan kenaikan dalam dagangan aktif di Bursa Malaysia Derivatif, hari ini.

Sehingga 4.32 petang tadi, kaunter berkenaan pada RM5.38, naik enam sen daripada Jumaat lepas, dengan 24.72 juta saham diniagakan. Kaunter berkenaan mula disenaraikan pada Khamis pada RM5.39, dengan premium 84 sen berbanding harga tawaran permulaan RM4.55. - BERNAMA

Hamilton sertai larian obor Olimpik

Posted: 02 Jul 2012 02:10 AM PDT

LONDON: Bekas juara dunia Formula Satu (F1) 2008, Lewis Hamilton dipilih untuk membawa obor menjelang sukan Olimpik London 2012, dan pada masa sama beliau akan bersaing pada perlumbaan GP Silverstone sehari sebelumnya.

Isnin depan adalah detik bersejarah bagi Hamilton apabila beliau diberi mandat untuk membawa obor Olimpik walaupun tidak memenangi perlumbaan GP Britain yang akan berlangsung pada Ahad. Hamilton, 27, dipelawa untuk membawa obor dengan merentasi tempat kelahirannya di Stevenage. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan