Selasa, 22 Mac 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Jenazah bonda Yang di-Pertuan Agong selamat disemadi

Posted:

Jenazah bonda Yang di-Pertuan Agong selamat disemadi

Jenazah bonda Yang di-Pertuan Agong selamat disemadi


Tuanku Mizan Zainal Abidin menyiram air mawar di makam bondanya, Almarhum Tengku Ampuan Bariah Sultan Hisahmuddin Alam Shah sambil diperhatikan Tuanku Nur Zahirah dan anaknya, Tengku Muhammad Mua'az di pekarangan Masjid Ladang Kuala Terengganu, semalam. – Utusan/Shaifudin Mohd. Nor


KUALA TERENGGANU 21 Mac – Jenazah bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Ampuan Bariah Sultan Hisahmuddin Alam Shah selamat disemadikan di Makam Diraja Masjid al-Muktafibillah Shah, Ladang di sini petang ini dengan penuh penghormatan diraja.

Turut berangkat memberi penghormatan terakhir ialah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah serta kerabat-kerabat diraja dari beberapa negeri.

Hadir sama, para pembesar negeri, orang kenamaan dan rakyat jelata daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Tuanku Mizan Zainal Abidin yang turut diiringi dua anakandanya, memasuki ruang Istana Maziah pukul 2.05 petang untuk penghormatan terakhir.

Tengku Ampuan Bariah mangkat pukul 1.07 pagi tadi di Pusat Rawatan Seri Kota, Klang, Selangor.

Jenazah almarhum diterbangkan ke sini menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud kira-kira pukul 11.45 pagi ini.

Jenazah kemudiannya ditempatkan di Istana Maziah bagi memberi peluang kerabat diraja, orang kenamaan dan rakyat jelata memberi penghormatan terakhir.

Kerajaan negeri mengarahkan semua program dan aktiviti berbentuk hiburan di seluruh negeri dibatalkan berkuat kuasa serta-merta bagi menghormati kemangkatan almarhum.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) Datuk Wan Ahamad Wan Muda berkata, semua jabatan dan agensi kerajaan serta swasta di negeri ini diarah mengibarkan bendera negeri separuh tiang sebagai tanda berkabung.

Almarhum yang dilahirkan pada 31 Ogos 1933 di Klang Selangor berkahwin dengan almarhum Sultan Mahmud yang pada masa itu bergelar Yang Teramat Mulia Yang Di-Pertuan Muda pada 22 Mac 1952 di Kuala Lumpur.

Almarhum selepas itu dikurnia gelaran Tengku Puan Muda oleh Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 7 April 1954 dan bergelar Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Besar Terengganu pada 20 September 1979.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kes dandang senjata pemusnah masih disiasat

Posted:

Kes dandang senjata pemusnah masih disiasat

Kes dandang senjata pemusnah masih disiasat

KUALA LUMPUR 21 Mac – Pihak berkuasa belum membuat sebarang keputusan sama ada peralatan berbentuk dandang yang dipercayai digunakan untuk menghasilkan senjata pemusnah akan dilupuskan atau diserah semula kepada China.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihak berkuasa masih belum dapat membuat keputusan berhubung perkara itu kerana siasatan rapi mengenai tujuan sebenar dandang tersebut cuba dibawa ke Iran masih dalam siasatan.

"Kita memerlukan masa dan buat masa ini masih belum ada sebarang keputusan muktamad. Siasatan ini merangkumi semua aspek dengan penglibatan agensi antarabangsa jadi lebih banyak masa diperlukan sebelum sebarang keputusan dibuat.

"Kita sebenarnya masih menyiasat latar belakang barang dalam kontena itu, apakah benar dandang itu hendak digunakan bagi menghasilkan senjata pemusnah atau senjata nuklear, ini memerlukan kemahiran," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Khamis lalu, Hishammuddin dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan bahawa polis menahan sebuah kapal dan merampas dua kontena yang memuatkan peralatan membuat senjata pemusnah di Pelabuhan Utara pada 8 Mac lalu.

Mengulas lanjut mengenai kes itu, beliau berkata, walaupun siasatan mendapati peralatan berkenaan berasal dari China tetapi ia tidak sedikit pun menjejaskan hubungan baik antara Malaysia dengan negara tembok besar tersebut.

Mengenai persiapan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghadapi Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Hishammuddin berkata, seramai 1,000 anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah sudah bersedia untuk dihantar ke Sarawak.

"Kalau jumlah tersebut masih tidak mencukupi kita akan menambah anggota dari Semenanjung tetapi secara realistiknya, ia sudah memadai jika semua pihak yang bertanding mengamalkan budaya politik bertanggungjawab," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerajaan tidak janji kosong

Posted:

Kerajaan tidak janji kosong

Kerajaan tidak janji kosong

Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
pengarang@utusan.com.my


Mohd. Shafie Apdal beramah mesra bersama peserta seminar ketika hadir merasmikan Seminar Pembangunan Daerah 2011 di Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/RASHID MAHFOF


KUALA LUMPUR 21 Mac – Usaha membangunkan kawasan luar bandar bukan satu perkara yang hanya boleh dilakukan dengan menabur janji-janji kosong seperti selalu dilakukan pihak pembangkang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, segala janji yang dibuat kepada rakyat harus diterjemahkan melalui pelaksanaan dan rancangan yang konsisten.

"Ia tidak semudah yang kita fikirkan. Kita memang sedar dan tahu bahawa parti lawan ini akan menjanjikan segala-galanya, sehingga syurga pun dijanjikan kepada rakyat tetapi pelaksanaannya tidak berlaku," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Pembangunan Daerah 2011 di sini, hari ini.

Beliau mengulas sikap pembangkang yang hanya tahu menabur janji-janji kosong kepada rakyat kerana mahu memenangi pilihan raya.

Mohd. Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, rakyat kini semakin sedar bahawa pihak pembangkang telah gagal melaksanakan pembangunan dijanjikan pada pilihan raya umum yang lalu.

"Di Selangor, Kedah dan Kelantan mereka gagal, inikan pula di Sarawak yang begitu jauh jaraknya. Bukan mudah untuk melaksanakan apa yang dirancangkan terutama pembangunan di Sarawak tetapi kerajaan selama ini berjaya melakukannya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan