Selasa, 22 Mac 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


Polis tahan penjenayah tegar bersama heroin RM35,000

Posted:

Polis tahan penjenayah tegar bersama heroin RM35,000

Polis tahan penjenayah tegar bersama heroin RM35,000

22/03/2011 8:52pm

KOTA TINGGI - Polis menahan seorang lelaki bersama peket berisi serbuk dipercayai heroin seberat 1,055 gram dalam satu rondaan cegah jenayah di Simpang Waha di sini hari ini.

Ketua polis daerah, Supt Osman Muhammad Sebot berkata, lelaki berusia 30 tahun yang ditahan kira-kira pukul 8 pagi itu dikenal pasti sebagai seorang penjenayah tegar yang amat dikehendaki oleh pihak polis.

"Semasa kejadian, pasukan polis menjumpai sebuah kereta bercermin gelap terbabas di kiri jalan dengan enjinnya masih hidup.

"Ketika pihak polis menghampiri kenderaan, lelaki berkenaan cuba mengundurkan keretanya sehingga memaksa polis memecahkan cermin kereta itu untuk menahannya," katanya kepada pemberita.

Selain dadah yang dianggarkan bernilai RM35,000 itu, turut dijumpai ialah sebuah penimbang digital serta wang tunai RM9,409, S$78 dan Rupiah 2,100, sebilah pedang samurai bersarung, peralatan pecah rumah dan pelbagai plat kenderaan termasuk pendaftaran Singapura. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Minta pengenalan diri penguat kuasa DBKL

Posted:

Minta pengenalan diri penguat kuasa DBKL

Minta pengenalan diri penguat kuasa DBKL

22/03/2011 7:15pm

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menasihati orang awam yang didekati oleh anggota penguat kuasa DBKL supaya meminta kad pengenalan diri anggota berkenaan.

Pengurus Komunikasi Korporat DBKL, Anwar Mohd. Zain berkata, ini kerana terdapat kegiatan penyamaran oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sebagai anggota penguat kuasa DBKL terutama di sekitar kawasan Chow Kit.

"Mereka didapati bertindak memeras ugut orang awam yang didapati melakukan kesalahan dengan meminta wang dan merampas telefon bimbit. DBKL telah bertindak dengan menangkap individu terbabit. Dia telah pun dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhi denda RM1,500," katanya dalam satu kenyataan. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mangsa jatuh laut ditemui mati lemas di Pangkor

Posted:

Mangsa jatuh laut ditemui mati lemas di Pangkor

Mangsa jatuh laut ditemui mati lemas di Pangkor

22/03/2011 6:14pm

LUMUT - Seorang lelaki yang dilaporkan terjatuh ke dalam laut semasa memancing di Sungai Pinang Kecil di Pulau Pangkor di sini semalam ditemui mati kira-kira 10 meter dari tempat kejadian itu hari ini.

Mayat Leo Ding Khoon, 54, ditemui pada 8.30 pagi tadi dan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin di Kampung Acheh di sini sebelum dihantar ke Hospital Seri Manjung (HSM) untuk bedah siasat.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PGM Wilayah Satu, DSP Shaari Ariffin berkata, mangsa dilaporkan terjatuh ke laut ketika sedang memancing di pelantar ikan Hai Seng Hing.

"Kejadian itu kemudian dilaporkan kakak mangsa, Leo Poh Chu, 58, di Balai Polis Pulau Pangkor kira-kira 6.10 petang sebelum sepasukan anggota PGM dikejarkan ke situ lima minit kemudian untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan