Rabu, 16 Mac 2011

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Tangan ditetak, RM70,000 lesap

Posted: 15 Mar 2011 10:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki bukan saja cedera pada tangan kanan selepas ditetak menggunakan parang, malah dia terpaksa berputih mata apabila wang RM70,000 miliknya dilarikan sekumpulan penyamun di Jalan Loke Yew, di sini, semalam.

Difahamkan, mangsa yang ditemani rakannya berusia 20-an itu mengeluarkan wang berkenaan untuk urusan perniagaan.


Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa yang memandu Honda Civic ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari Jalan Loke Yew menghala pusat bandar itu mengesyaki kenderaannya diekori dua kereta.

Menurut sumber, mangsa memecut kenderaannya, namun gagal meloloskan diri daripada penjenayah apabila dia terlanggar sebuah kereta di hadapannya sebaik tiba di kawasan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini.


"Kesempatan itu digunakan suspek untuk menghalang kenderaannya. Sebuah kereta menghadang di bahagian depan manakala satu lagi kenderaan di belakang.


"Mangsa dan rakannya yang terperangkap didatangi dua lelaki berusia 30-an mengarahkannya membuka cermin. Pada mulanya, mangsa enggan, namun suspek menunjukkan sebilah parang arahnya," katanya.

Sumber berkata, bimbang dengan keadaan itu, mangsa patuh arahan suspek sebelum dua lelaki terbabit mengarahkan mereka menyerahkan beg mengandungi wang berkenaan.


"Tindakan mangsa yang tidak mahu menyerahkan beg berkenaan menyebabkan suspek berang sebelum menetak tangannya.

"Rakan suspek mengambil beg itu sebelum kumpulan penjenayah terbabit melarikan diri," katanya.


Difahamkan, mangsa yang cedera, bagaimanapun dirawat sebagai pesakit luar Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pengawal mati diserang

Posted: 15 Mar 2011 10:13 AM PDT

RAWANG: Seorang pengawal keselamatan mati manakala rakannya parah selepas diserang empat lelaki dipercayai menggunakan senjata tajam berhampiran rumahnya di Jalan 4B, Taman Muhibbah, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu mangsa, S Selva Kumar, 24, putus tangan kiri selain cedera di perut dan kepala dipercayai akibat tetakan senjata tajam oleh penyerangnya manakala rakannya yang cedera belum dikenal pasti identitinya.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata anggota dari Balai Polis Rawang menerima maklumat berlaku pergaduhan kira-kira jam 8.35 malam dan bergegas ke tempat kejadian.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen