Sabtu, 27 Ogos 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Jangan buat pembelian panik

Posted:

Jangan buat pembelian panik

Jangan buat pembelian panik

Oleh FARABI SHEIKH SAID Al JABRI
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 26 Ogos - Jangan buat pembelian panik bagi barangan keperluan sempena Aidilfitri di saat-saat akhir.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Hasim Rusdi yang memberi jaminan bekalan barangan keperluan untuk sambutan Aidilfitri mencukupi bagi negeri ini.

''Jangan tunggu disaat-saat akhir untuk berbelanja dan pengguna perlu menyusun strategi dalam perbelanjaan mereka supaya tidak kelam-kabut dan berbelanjalah mengikut kepada keperluan," katanya di sini baru-baru ini.

Hasim berkata, permintaan terhadap barangan akan meningkat apabila ramai pengguna membeli di saat-saat akhir.

''Untuk itu, Pejabat Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) akan sentiasa berwaspada dan bersedia terhadap jangkaan-jangkaan tersebut sebagai strategi untuk mengatasi kekurangan bekalan.

''Kita juga akan segera atasi sekiranya berlaku kekurangan bekalan barangan tertentu dikawasan- kawasan yang dikenal pasti," katanya.

MB ziarah ADUN Johol cedera tulang belakang

Posted:

MB ziarah ADUN Johol cedera tulang belakang

MB ziarah ADUN Johol cedera tulang belakang


Mohamad Hasan menziarahi Roslan Md. Yusof di Kuala Pilah, baru-baru ini.


KUALA PILAH 26 Ogos - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johol, Datuk Roslan Md. Yusof menerima kunjungan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menziarahi beliau di rumahnya di Kampung Berambai, Johol dekat sini, baru-baru ini.

Roslan mengalami kesukaran untuk bergerak berikutan kecederaan yang dialaminya di bahagian tulang belakang akibat terjatuh ketika mengadakan latihan badminton di Dewan Kampung Baru Cina, Tampin pada 27 April 2009.

Keadaan Roslan ketika ini beransur pulih dan beliau sudah dapat berdiri walaupun pergerakannya agak terbatas kerana memerlukan tongkat ketika berjalan.

Roslan yang mengalami masalah saraf pada bahagian kaki terpaksa berehat di rumah untuk tempoh yang agak lama di samping menjalani fisioterapi dan rawatan susulan apabila kakinya terasa lemah setelah setahun menjalani pembedahan tulang belakang.

"Pada awal Januari lalu, kaki saya tiba-tiba terasa kebas dan tidak mampu untuk berdiri," katanya.

Menurutnya, keadaan itu berlaku kerana kesilapan beliau sendiri yang tidak menepati tempoh rehat diarahkan oleh doktor sebaik sahaja menjalani pembedahan.

"Selepas pembedahan tulang belakang pada 14 Oktober 2009, doktor menasihatkan saya supaya berehat dalam tempoh enam bulan, tetapi saya tidak menghiraukannya dan kembali aktif menjalankan tugas sebagai wakil rakyat sebaik sahaja boleh berjalan," katanya.

Menteri Besar yang meluangkan masa kira-kira satu jam di rumah Roslan, menasihatkan agar beliau banyak berehat dan tidak terlalu agresif dalam pergerakan serta tidak memandu kenderaan kerana dikhuatiri kesakitan yang dialami akan berulang.

Hotel dicaj cukai warisan 5%

Posted:

Hotel dicaj cukai warisan 5%

Hotel dicaj cukai warisan 5%

MELAKA 26 Ogos - Seluruh hotel berstatus satu hingga enam bintang di negeri ini perlu akur dengan peraturan yang mengkehendaki semua pengusaha premis itu membayar caj warisan sebanyak 5 peratus bermula 1 September ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (gambar) berkata, peraturan itu turut dikuatkuasakan kepada pengusaha hotel bajet, calet, resort dan inap desa yang beroperasi di negeri ini.

Menurutnya, mengikut peraturan tersebut, setiap pengusaha hotel perlu menjelaskan bayaran caj warisan dua bulan sekali dan dibayar kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).

''Semua pengusaha hotel mengetahui mengenai caj warisan yang perlu mereka bayar. Taklimat, perbincangan dan rundingan telah diadakan dan sepatutnya tidak timbul sebarang masalah.

''Oleh itu, saya harap semua pengusaha hotel mematuhi peraturan tersebut dan telah diputuskan Mesyuarat Exco baru-baru ini. Peraturan itu akan diwartakan," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra dan sumbangan Aidilfitri di Rumah Amal Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI)di Bukit Katil semalam.

Mohd. Ali berkata, kerajaan negeri telah mengarahkan semua PBT iaitu Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) untuk mengutip caj warisan.

Jelas beliau, kutipan daripada caj warisan itu akan digunakan untuk membaiki infrastruktur, membangunkan produk pelancongan dan pemuliharaan warisan negeri.

Sementara itu, Datuk Bandar MBMB, Zainal Abu berkata, pihaknya menghadapi masalah kerana masih terdapat pengusaha hotel di sekitar bandar raya ini meminta agar caj warisan itu ditangguhkan.

''Tidak kurang pula pengusaha hotel yang masing tidak faham dengan keputusan kerajaan negeri untuk mengenakan caj warisan," katanya.

Zainal bersama pegawai MBMB membuat lawatan singkat dan menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri di pejabat Utusan Malaysia di sini semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan