Utusan Online - Politik |
Posted: 27 Jun 2013 12:02 PM PDT Oleh SOFIAN BAHAROM Jusuf Kalla KUALA LUMPUR 27 Jun - Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang mempunyai imaginasi sangat melampau kerana masih ingin menjadi Perdana Menteri meskipun parti pimpinannya kalah dalam pilihan raya umum lalu. Menurutnya, dalam satu pertemuan bersama Ketua Pembangkang tersebut selepas pengumuman keputusan pilihan raya, beliau telah memberitahu Anwar bahawa Malaysia mengamalkan sistem undi elektoral, yang mana parti menang akan membentuk kerajaan dan melantik Perdana Menteri. "Malangnya, Anwar ego, imaginasinya sangat melampau-lampau, beliau tetap mahu jadi Perdana Menteri. Saya memberitahunya, kamu sudah gila? Mana mungkin menjadi Perdana Menteri sedangkan hanya menang 89 kerusi Parlimen walhal Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) menang 133. "Tolong beri saya jawapan atas dasar apa kamu boleh jadi Perdana Menteri kerana kamu sendiri tahu hanya menang 89 walhal Najib menang 133. Kami bertengkar dan akhirnya Anwar berfikir juga," katanya seperti dipetik daripada portal berita Merdeka Online di http://merdeka-online.com/home/wawancara- penuh-jusuf-kalla/ baru-baru ini. Mengulas lanjut, Jusuf mendedahkan, perhimpunan Blackout 505 yang digerakkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dibiayai beberapa pihak, khususnya dari Turki, Washington, Amerika Syarikat; Filipina serta kemungkinan Thailand dan China. Katanya, pemberi dana yang besar itu datang dari sebuah syarikat besar di Filipina dan Turki untuk membantu aktiviti perhimpunan bantahan tersebut. "Mereka tidak boleh menyembunyikan diri kerana rakan-rakan bisnes kita ketahui siapa mereka. Isunya untuk apa membuat perhimpunan tersebut jika hanya memberi keuntungan kepada musuh-musuh Islam dan orang Melayu? "Saya sendiri bertanya kepada Anwar, apakah kamu boleh mengawal parti DAP?. Anwar terdiam dan tidak dapat memberikan jawapan dengan jelas, ternyata beliau ada masalah untuk mengawal ahli-ahli Parlimen dari parti lain," katanya. Menurut Jusuf, beliau terfikir bahawa tindakan Anwar mengadakan perhimpunan haram itu hanya sia-sia, melainkan menguntungkan sebelah pihak iaitu musuh-musuh Islam. Berhubung pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah, beliau berkata, terdapat campur tangan daripada pihak-pihak tertentu di Filipina, kawan-kawan Anwar seperti Joseph Estrada dan sebuah syarikat besar di negara itu yang memberikan sokongan kewangan dalam pencerobohan tersebut. "Tujuan mereka satu sahaja iaitu untuk melemahkan kerajaan Malaysia. Mereka yang menceroboh itu mahu menunjukkan kepada dunia luar bahawa kerajaan Malaysia lemah dan gagal menangani isu tersebut," katanya. |
Posted: 27 Jun 2013 12:02 PM PDT Oleh SHEILA RANI CHANDRASEKARAN A. David Das KUALA LUMPUR 27 Jun - Dakwaan DAP memindahkan aset bernilai jutaan ringgit kepada pemimpin dalaman parti seolah-olah menunjukkan Dinasti Lim 'mengharapkan' pendaftarannya dibatalkan. Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, Seremban, A. David Dass berkata, perkara itu bertentangan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang belum lagi menyatakan keputusan untuk membatalkan parti berkenaan. "Kita sedia maklum bahawa ROS belum lagi memberikan keputusan muktamad sama ada untuk membatalkan pendaftaran parti atau mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC), namun kenapa isu itu timbul sekarang? "Kalau benar proses pemindahan pemilikan aset sedang berlaku, ini jelas menunjukkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Penasihat, Lim Kit Siang sudah bersedia dengan pembatalan parti itu. "Sehubungan itu, Guan Eng perlu tampil menafikan dakwaan tersebut sekiranya tuduhan itu adalah tidak benar," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini. Semalam, aktivis MIC, Datuk R. Ramanan mendakwa bahawa DAP sedang dalam proses memindahkan pemilikan aset bernilai jutaan ringgit kepada beberapa individu paling dipercayai dan lama dalam parti itu. Katanya, rancangan itu dipercayai berkait rapat dengan tekanan yang sedang dihadapi oleh DAP supaya diadakan semula pemilihan CEC. Beliau turut mendakwa, hanya dengan pembatalan pendaftaran parti oleh ROS, Guan Eng berkemungkinan besar akan dapat menyingkirkan sejumlah besar kumpulan yang tidak menyokongnya, khususnya berketurunan India. Jelas David, perkara itu dilihat sangat praktikal kerana sekiranya pemilihan semula CEC diadakan, dikhuatiri banyak pemimpin DAP yang menduduki kedudukan teratas akan kalah teruk. Oleh itu katanya, bagi mengelakkan perkara itu berlaku, proses pindah milik aset pada peringkat awal dapat menyelamatkan harta parti itu. Dalam pada itu, Ketua Cawangan DAP Jalan Bagan Luar, Pulau Pinang, G. Asoghan mempertikaikan pemindahan milik aset yang jelas menunjukkan tidak berada dalam bidang kuasa kepemimpinan tertinggi DAP kerana pemilihan CEC yang diadakan pada 15 Disember lalu adalah tidak sah. Malah, tambah beliau, parti berkenaan tidak boleh memindah milik sebarang aset tanpa pengetahuan ahli parti berkenaan kerana itu adalah milik mereka. "Difahamkan, semua ahli CEC adalah tidak sah seperti diumumkan ROS, jadi bagaimana mereka mempunyai kuasa untuk memindahkan aset terbabit? Jika perkara ini adalah benar, maka kepimpinan tertinggi parti itu telah membuat kesilapan yang besar," ujarnya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan