Rabu, 2 Mac 2011

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Pegawai kanan dipanggil semula

Posted:

Pegawai kanan dipanggil semula

Pegawai kanan dipanggil semula

Oleh Hamden Ramli
utusanperak@utusan.com.my

IPOH 1 Mac - Tidak puas hati dengan penjelasan, Jawatankuasa Kira- kira Wang Negeri (PAC) Perak akan memanggil semula pegawai kanan Bahagian Pinjaman Pelajaran Negeri bagi memberi penjelasan terperinci berhubung kegagalan jabatan itu mengutip semula tunggakan pinjaman berjumlah RM27.6 juta.

Pengerusinya, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata, maklumat yang diberikan pegawai kanan tersebut mengenai status 181 peminjam yang masih gagal melunaskan hutang pinjaman pelajaran tidak begitu tersusun.

"PAC negeri tidak puas hati dan akan memanggil beliau sekali lagi untuk memberi penjelasan mengenai isu berkenaan dalam mesyuarat 11 Mac ini," katanya.

Beliau menjelaskan demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat PAC Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

PAC Perak sebelum ini dilaporkan akan memanggil pegawai kanan Bahagian Pinjaman Pelajaran Negeri Perak bagi mendapatkan penjelasan berhubung kegagalan jabatan tersebut mengutip semula pinjaman pelajaran berjumlah RM27.6 juta yang tertunggak sejak 1981.

Berdasarkan laporan dan siasatan jawatankuasa tersebut, jabatan itu dikatakan tidak mempunyai maklumat dan senarai terkini peminjam berkenaan selain gagal mengambil sebarang langkah untuk menuntut semula bayaran ter sebut.

Dalam perkembangan lain, PAC Perak memuji langkah yang diambil MBI untuk mengatasi masalah longgokan sampah haram di sekitar bandar raya tersebut.

Raja Ahmad Zainuddin berkata, sehingga bulan lalu, MBI berjaya mengurangkan tapak sampah haram kepada 352 berbanding 14,000 pada 2006.

"MBI juga serius untuk mencapai sasaran tapak sampah haram sifar menjelang sambutan Hari Bandaraya Ipoh pada 27 Mei depan.

"Selain itu, rancangan jangka masa panjang untuk membuka sebuah tapak pelupusan sampah seluas 81 hektar di Lahad di sini dalam masa terdekat seiring dengan komitmen menghapuskan kewujudan tapak sampah haram di bandar raya ini," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kampung Lembah Ria kekal walaupun diapit pembangunan moden

Posted:

Kampung Lembah Ria kekal walaupun diapit pembangunan moden

Kampung Lembah Ria kekal walaupun diapit pembangunan moden


Zainab Mohd. Nor menyapu halaman rumahnya yang masih mengekalkan ciri-ciri kampung tradisional Melayu di di Jalan Air Itam, Pulau Pinang.


PULAU PINANG 1 Mac - Meskipun diapit oleh banyak bangunan moden dan projek pembangunan yang pesat, sebuah kampung tradisional di Jalan Air Itam di sini masih terus mengekalkan ciri-ciri warisan Melayu.

Kampung Lembah Ria yang dikelilingi kawasan penempatan kaum Cina dan Melayu itu juga suatu ketika dahulu dikenali sebagai Happy Valley.

Menurut salah seorang penduduk terawal kampung tersebut, Zainab Mohd. Nor, 78, hubungan di antara penduduknya juga akrab kerana masing-masing saling bermuafakat dalam segala aktiviti yang dijalankan.

Jelasnya, pada setiap bulan, para penduduk akan menjalankan gotong- royong membersihkan kawasan persekitaran.

Selain itu, tambah Zainab, sebarang majlis kenduri-kendara juga dilaksanakan secara gotong-royong khususnya oleh para suri rumah.

"Gotong - royong masih diadakan cuma tidak serancak dahulu kerana ramai yang bekerja.

"Paling meriah di kampung ini pada bulan puasa kerana diadakan pelbagai aktiviti keagamaan selain bertukar juadah," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menceritakan sejarah kampung berkenaan, dia memberitahu, pada asalnya sekitar 1950-an hanya kira- kira 10 keluarga tinggal di situ.

Sejak Perang Dunia Kedua terutama ketika kedatangan Jepun ke negara ini, jelasnya, semakin ramai orang datang menetap di kampung berkenaan.

Dia berkata, rumah yang didiaminya sekarang pada mulanya adalah rumah sewa.

"Ayah saya kemudian dapat membeli rumah ini pada 1959 selepas beberapa lama mengumpul wang dan kini saya menetap bersama dua anak dan cucu.

"Bentuk asal rumah masih saya kekalkan terutama pada bahagian atas," ujarnya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Surau Al-Islah Islamiyah Kampung Lembah Ria, Azizah Basha, 57, menceritakan, jalan masuk ke kampung tersebut suatu ketika dahulu berbukit-bukau.

Jelasnya, dahulu ia dipanggil Kampung Ria dan kerana terdapat sebuah lembah di situ maka kampung tersebut dinamakan Kampung Lembah Ria.

"Orang British pula memanggilnya Happy Valley.

"Akibat timbul kekeliruan, kampung ini secara rasminya dipanggil Kampung Lembah Ria selepas Pilihan Raya Persekutuan 1959.

Menurutnya, kini terdapat kira-kira 200 orang mendiami kampung tersebut.

"Kami tidak menyewakan rumah yang kosong kepada warga asing atau orang bujang kerana bimbang akan mengganggu ketenteraman kampung.

"Selain itu, langkah ini diambil bagi mengelak kejadian jenayah," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bantu kawasan pembangkang bukti BN adil

Posted:

Bantu kawasan pembangkang bukti BN adil

Bantu kawasan pembangkang bukti BN adil


Abdul Raman Suliman menyampaikan sumbangan kepada penduduk miskin semasa sambutan Maulidur Rasul Parit Buntar, Perak baru-baru ini.


PARIT BUNTAR 1 Mac - Barisan Nasional (BN) membuktikan ia sebuah parti pemerintah yang adil apabila memberikan bantuan yang sama di kawasan yang dikuasai pembangkang.

Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar, Datuk Abdul Raman Suliman berkata, BN tidak membezakan kawasan kerana apa yang penting adalah kesejahteraan rakyat di kawasan tersebut.

"Walaupun kita tewas di kerusi Parlimen dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya lalu, kita masih mendapat bantuan sama seperti kawasan lain.

"Jalan-jalan kampung yang rosak dinaik taraf, yang gelap diterangkan dengan dipasang lampu dan pelbagai lagi pembangunan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri sambutan Maulidur Rasul anjuran Zon I, DUN Kuala Kurau di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tanjong Piandang di sini kelmarin.

Abdul Raman berkata, keikhlasan BN dalam menghulurkan bantuan tidak perlu dipersoalkan kerana ia dilakukan demi kesejahteraan rakyat.

Menurut beliau, tindakan pemimpin pembangkang setempat yang lebih mengutamakan ceramah-ceramah termasuk di luar kawasan sehingga mengabaikan kebajikan terhadap rakyat perlu dikecam.

"Mereka bukan sahaja tidak turun padang tetapi sudah mula lupa janji kepada rakyat.

"Ini yang perlu diambil iktibar oleh semua pihak bagi mengelak masa depan yang suram kerana sikap pemimpin yang tidak bertanggungjawab," ujarnya.

Beliau berkata, rakyat sudah bosan dengan sikap pemimpin pembangkang hari ini yang sanggup memburukkan kepimpinan negeri sekarang demi kepentingan politik sempit mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan