Khamis, 24 Mac 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Terengganu terus cemerlang SPM

Posted:

Terengganu terus cemerlang SPM

Terengganu terus cemerlang SPM

oleh Radhuan Hussain
utusanterengganu@utusan.com.my


Ahmad Said (tengah) bersama pelajar terbaik SPM negeri Terengganu di Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 23 Mac - Terengganu terus cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 dengan pencapaian gred purata 5.03 berbanding 5.17 pada 2009.

Pengecilan gred itu menunjukkan prestasi yang semakin meningkat dalam pelbagai aspek termasuk jumlah calon yang memperoleh A+ dalam semua subjek melonjak kepada 17 daripada lima orang tahun sebelumnya.

Seramai 23,561 calon menduduki SPM di negeri ini dan peratusan calon memperoleh A iaitu kombinasi A+, A dan A- dalam semua subjek meningkat 0.57 peratus kepada 405 orang berbanding 283 pada tahun sebelumnya.

Pencapaian itu diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tok Jiring di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah Pelajaran negeri, Razali Daud.

Pada majlis itu, Ahmad turut menyampaikan sumbangan komputer riba kepada 17 pelajar cemerlang tersebut.

Sebanyak tujuh buah sekolah muncul sekolah cemerlang di negeri ini yang mencapai gred purata sekolah (GPS) 2.25 ke bawah berbanding hanya enam sekolah pada 2009.

Sekolah-sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah (SM) Sains Kuala Terengganu, SM Imtiaz Kuala Terengganu, Sekolah Menengah Agama (SMA) Atas Sultan Zainal Abidin, SM Imtiaz Dungun, Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Batu Rakit, SM Sains Dungun dan SM Sains Sultan Mahmud.

Sekolah Menengah Agama (SMA) Tok Jiring pula muncul sebagai sekolah terbaik di Terengganu bagi kategori pencapaian calon paling ramai memperoleh A+ dalam semua subjek yang diambil iaitu seramai empat orang.

Empat pelajar SMKA Tok Jiring itu ialah Wan Nuraisyah Azzaharah Wan Zuki @ Wan Zubir, Nurul Shahirah Putih, Nur Zulaikha Ismail dan Faizah Omar yang mendapat 11A+ dan merupakan antara 17 pelajar yang dapat A+ dalam semua subjek.

Seramai 13 lagi pelajar cemerlang ialah Nurliyana Athirah Azmi dari SMA Atas Sultan Zainal Abidin memperoleh 11 A+.

Enam pelajar dapat 10A+ iaitu Nurain Nabilah Mat Rawi dari SMK Tengku Lela Senggara, Raja Akif Raja Zahirudin dari SMK Rantau Petronas dan Fatin Fazzrini Marzuki dari SMK Lembah Bidong .

Mohd. Firdaus Abd. Rashid, Damian Liew Wen Xian dan Wong Yujing dari SMK Sultan Sulaiman .

Dua pelajar SM Sains Kuala Terengganu iaitu Norshahiratul Atiqah Mohd. Zaidi dan Yusuf Abdullah Azman turut mendapat keputusan yang sama.

Empat pelajar mendapat 9A+ mereka ialah Nurul Diyana Mat Zaidi dari SM Sains Sultan Mahmud, dua pelajar SMK Sultan Ismail 2 iaitu Chong Hui Ken dan Lim Fang Sheng serta Goh Chow Ching dari SMK Tengku Mahmud.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hadiah kepada dermawan KL - Tuan Norazwani

Posted:

Hadiah kepada dermawan KL - Tuan Norazwani

Hadiah kepada dermawan KL - Tuan Norazwani


Tiga daripada lima pelajar terbaik Maahad Muhamadi Perempuan Kota Bharu (dari kiri) Ulfah Mohammad, Tuan Norazwani Tuan Ibrahim dan Nik Aisyah Najwa Nik Mustaffa Shapri menunjukkan slip keputusan cemerlang SPM 11A di Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 23 Mac - Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohamad Kamal menjadi bayangan kejayaan Tuan Norazwani Tuan Ibrahim, 18, yang memiliki keputusan SPM 9A+ dan 2A.

Pelajar Maahad Muhammadi (P) itu merupakan salah seorang daripada lima pelajar terbaik sekolah tersebut yang mendapat 11A dalam keputusan SPM 2010 yang diumumkan hari ini.

Seramai 381 daripada 385 calon sekolah itu yang mengambil peperiksaan SPM tahun lalu mendapat sekurang-kurangnya satu A.

Tuan Norazwani mencatat A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Syariah Islamiah dan Pendidikan al-Quran dan As-Sunnah manakala A dalam Fizik dan Biologi.

Anak kedua daripada lapan beradik kepada petani, Tuan Ibrahim Tengku Omar, 40, dan surirumah Rohayu Mat Daud, 38, itu percaya, keputusan yang didapatinya adalah rezeki yang sudah ditetapkan Allah.

"Saya tidak berasa tertekan apabila menggalas harapan guru untuk mendapat A+ dalam kesemua mata pelajaran diambil, yang penting saya sudah berusaha bersungguh-sungguh dan dalam masa sama gembira dengan pencapaian rakan lain.

"Allah itu adil, walaupun berada dalam keluarga kurang berkemampuan dan adik-beradik yang ramai, setiap kali saya duduk belajar suasana dalam rumah tenang sahaja tanpa ada gangguan.

"Saya anggap keputusan ini sebagai hadiah kepada seorang dermawan dari Kuala Lumpur yang menyumbang RM400 sebulan kepada saya sejak tingkatan empat," katanya.

Tuan Norazwani bercita-cita menjadi pensyarah dan berhasrat menyambung pengajian di luar negara.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Islam dan Dakwah negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, peratus kelulusan SPM sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) meningkat daripada 95 peratus pada 2009 kepada 96.8 peratus tahun lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

SMK Lembah Bidong antara terbaik

Posted:

SMK Lembah Bidong antara terbaik

SMK Lembah Bidong antara terbaik

SETIU 23 Mac - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lembah Bidong di sini muncul sebagai salah sebuah sekolah terbaik di negeri ini dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini.

Sekolah elit kerajaan negeri itu yang berada pada kedudukan teratas di peringkat daerah Setiu mencatat keputusan 100 peratus dengan 11 daripada pelajarnya mendapat semua A.

Pengetuanya, Sa'diah Morshidi memberitahu, salah seorang pelajarnya, Fatin Fazzrini Marzuki memperoleh semua A+ dan merupakan salah seorang pelajar terbaik peringkat negeri.

Lain-lain pelajar cemerlang ialah Nur Saraya Nabeela Abdul Hamid, Khairul Maisrah Kahar, Norlida Abdul Ghani dan Zul Hafifi Abdul Gahani.

Ayuni Badihah Che Ishak, Siti Nur Hanie Embong, Noor Syakirah Mohd. Rashid, Amirul Hisyam Abdul Manaf dan Nurain Shahirah Mohd Asri.

''Pada tahun lalu tiada pelajar yang mendapat semua A+. Daripada 14 calon yang mendapat semua A di daerah ini, sebahagian besarnya dari sekolah ini.

''Daripada keseluruhan 113 orang calon sekolah ini, tiga orang mendapat 10A, 9A (9), 8A (5), 7A (7), 6A (6) dan 5A (26)," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan