Selasa, 22 Mac 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Kongsi teknologi, elemen tekstil

Posted:

Kongsi teknologi, elemen tekstil

Kongsi teknologi, elemen tekstil

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
utusanterengganu@utusan.com.my


Pengunjung memerhatikan kehalusan tekstil batik yang dipamerkan pada Simposium Tekstil Tradisional ASEAN Ketiga di Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU 21 Mac - Benang selembar tidak akan wujudnya kain - perlu dipintal, dijalin dan dihias yang akhirnya mencorak warna tradisi dan menjadi pengenalan suatu masyarakat, bangsa atau negara.

Kewujudan tekstil tradisi di rantau ini yang menjadi kebanggaan setiap negara mempunyai banyak ciri persamaan terutama melalui songket dan batik, di samping kelainan dengan keunikan tersendiri.

Seperti tekstil, hubungan di kalangan pengusahanya dan masyarakat ASEAN umumnya perlu terus dijalin bagi memperkukuhkan lagi perkongsian budaya dalam menghadapi cabaran masa depan.

Usaha ke arah ini dipancarkan melalui Simposium Tekstil Tradisional ASEAN Ketiga yang bermula hari ini, lanjutan daripada program perintis di Jakarta pada 2005 dan Manila 2009.

Terengganu diberikan penghormatan menjadi tuan rumah dan simposium kali ini yang bertemakan Meraikan Perkongsian Warisan Serumpun dianjurkan bersama oleh kerajaan negeri dengan kerjasama ASEAN Foundation.

Ia juga menjadi satu testimoni tentang kesungguhan kerajaan negeri dalam usaha mengekalkan legasi warisannya dan meluaskan potensi dengan mengetengahkan di persada dunia, disesuaikan cita rasa generasi sezaman.

Presiden ASEAN Traditional Textiles Art Community (ASEANTTAC), Prof. Sulaiman Abdul Ghani berkata, simposium itu bukan sekadar untuk mewujudkan kesedaran betapa pentingnya seni warisan.

"Tetapi juga mewujudkan jambatan penyambung di antara generasi serta jambatan budaya di kalangan negara ASEAN," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Institute of Design Excellence (TIDE) berkata, simposium selama dua hari yang berlangsung di Taman Tamadun Islam di sini antara lain bagi menilai dan mengesahkan langkah-langkah yang diputuskan di Manila.

Katanya, ini termasuklah untuk membentuk paradigma bagi pengekalan dan pemuliharaan tekstil tradisi agar ia terus subur dengan penggunaan dan pemakaian yang meluas, sekali gus dapat mengekalkan industri berkaitan.

"Juga untuk mengetengah dan menggalakkan penggunaan teknik dan bahan asal oleh pandai kraf dan tenunan dalam pengeluaran, di samping penekanan soal tanggungjawab etika di kalangan pengusaha dan peniaga dalam dari segi mutu pengeluaran dan pemasaran.

"Lebih 300 peserta dari dalam dan luar negara terdiri daripada pengusaha, pemilik syarikat, pereka tekstil dan fesyen, penyelidik, pencinta seni tekstil hadir," katanya.

Selain peserta dari rantau ini, wakil negara sokongan ASEAN seperti Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, Korea dan Australia di samping Perancis dan Hong Kong turut hadir.

Antara aktiviti sempena simposium adalah pembentangan kertas kerja berkaitan sejarah, perkembangan dan penemuan-penemuan baru di dalam tekstil tradisi oleh wakil negara ASEAN dan dari luar rantau ini.

Juga diadakan pameran, demonstrasi, lawatan ke beberapa pusat penyelidikan dan penghasilan tekstil tradisi serta penampilan fesyen batik dan tenun daripada pereka tempatan juga dari negara ASEAN.

Menurut Prof. Sulaiman, perkongsian teknologi dan elemen tekstil dari sudut seni berkaitan cara penghasilan akan dapat dilakukan lebih meluas, di samping mencari pendekatan baru agar bahan yang menjadi identiti ASEAN akan terus ditunjangi oleh generasi muda rantau ini.

Katanya, simposium itu juga menerokai jalan dalam menyemarakkan penghargaan dan kecintaan terhadap tekstil tradisi, di samping kesedaran betapa pentingnya ia dipelihara sebagai warisan bangsa dan negara.

"Melalui tekstil tradisi, mereka usahakan dengan sepenuh jiwa. Hubungan sesama insan terjalin, kepakaran meningkat, sayang dan hormat semakin menebal dan rasa tanggungjawab semakin mendalam.

"Kita belajar menghargai pengorbanan ini. Ini satu pusaka, satu amanah, satu tanggungjawab yang perlu diteruskan bersama.

"Semoga rupa, jiwa dan gaya tekstil setiap negara ASEAN khususnya, terus mekar segar menghiasi persada dunia. Tekstil tradisi merupakan simbol pada pertemuan dan perkongsian seni yang tiada sempadan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Empat tahun hidu bau busuk

Posted:

Empat tahun hidu bau busuk

Empat tahun hidu bau busuk

Oleh SAMSUL BAHARI MOHAMED
utusankelantan@utusan.com.my


Mohd. Zain Yusoff menunjukkan timbunan sampah di Kampung Bukit Lakota, semalam.


JELI 21 Mac -Kehidupan seharian penduduk di Kampung Bukit Lakota dan Kulim di sini terpaksa diselubungi bau busuk sampah-sarap sejak empat tahun lalu kerana ketiadaan tong sampah dan tapak pembuangan sampah yang strategik disediakan Majlis Daerah Jeli (MDJ).

Tinjauan Utusan Malaysia di kampung itu mendapati, sebuah lubang buatan sendiri di salah satu sudut kampung itu terpaksa dijadikan tempat mengumpulkan semua sampah sehingga ia bertimbun.

Sampah itu bagaimanapun tidak diuruskan dengan baik dan tidak diangkut oleh MDJ sehingga ia mengeluarkan bau busuk amat menjijikkan serta mengganggu kehidupan seharian mereka.

Seorang penduduk, Mohd. Zain Yusoff, 56 berkata, bau busuk itu sudah berlarutan di kawasan itu sejak empat tahun lalu namun tidak ada apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Dulu memang ada tong sampah disediakan tapi bila rosak, MDJ ambil dan selepas itu tiada tong sampah lain yang diletakkan di situ sebagai ganti.

"Sejak itu penduduk terpaksa gali lubang dan kalau tengok sekarang sudah banyak lubang yang penuh dengan sampah sarap busuk digali di sekitar kampung ini," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Sementara itu, seorang pengunjung, Mohd. Suki Awang, 29 berkata, dia pernah singgah di salah sebuah kedai di kampung itu tetapi amat terganggu dengan bau busuk terutama sekali ketika angin bertiup.

Katanya, situasi itu sepatutnya tidak berlaku lebih-lebih lagi kepada pengunjung yang singgah di kedai makan untuk menjamu selera.

"Saya mulanya rasa nak minum air dan makan tapi bila bau busuk macam itu selera saya terus hilang sama sekali malah tekak menjadi loya pula.

"Bila tanya kepada orang kampung mereka kata bau itu berpunca dari sebuah lubang di kawasan berhampiran yang dikorek untuk dijadikan sebagai tempat membuang sampah setiap hari," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

165 polis gotong-royong bersihkan masjid, tanah perkuburan

Posted:

165 polis gotong-royong bersihkan masjid, tanah perkuburan

165 polis gotong-royong bersihkan masjid, tanah perkuburan


Azham Othman (dua dari kiri) dan Shabudin Abdul Wahab (empat dari kanan) menyertai program gotong-royong di Kampung Banggol, Kota Bharu, semalam.
Azham Othman (dua dari kiri) dan Shabudin Abdul Wahab (empat dari kanan) menyertai program gotong-royong di Kampung Banggol, Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 21 Mac - Seorang anggota polis akan kelihatan segak dengan uniform berwarna biru serta lengkap bersenjata.

Itulah pakaian mereka ketika melaksanakan tugas untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini.

Namun, Sabtu lalu, kira-kira 165 anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu bersama pegawai dan anggota Trafik Kuala Lumpur yang menjalani kursus pengiring trafik serta penduduk kampung menyertai gotong-royong membersih masjid dan tanah perkuburan Islam Datuk di Kampung Banggol dekat sini.

Dengan mengenakan pakaian sukan dan 'bertemankan' parang, cangkul dan sebatang penyapu, meskipun sibuk dengan tugas menjaga keselamatan dan ketenteraman awam mereka tetap meluangkan masa dengan menjalankan kerja amal bersama masyarakat.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, program tersebut adalah antara aktiviti yang diatur sempena sambutan Hari Polis ke-204 bagi daerah itu.

Menurutnya, program itu bertujuan merapatkan hubungan polis dengan masyarakat dengan memberi mesej bahawa polis bersedia untuk bekerjasama dalam semua aspek.

"Melalui kerjasama ini, kita dapat menyelesaikan masalah dan sama-sama membantu pihak polis dengan memberikan sokongan mencegah jenayah seperti masalah dadah, sosial serta masalah-masalah lain, sekali gus membantu membendung kegiatan jenayah daripada terus berleluasa.

"Jadi kita minta orang ramai dan masyarakat di luar sana memberikan kerjasama padu kepada pihak polis dengan menyalurkan maklumat melalui Rakan Cop,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas bersama-sama anggota IPD Kota Bharu menjayakan program gotong-royong membersih masjid dan tanah perkuburan Islam Datuk di Kampung Banggol dekat sini.

Turut hadir pada program itu ialah Komandan Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Datuk Shabudin Abdul Wahab.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen