Khamis, 10 Mac 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Pusat Internet Desa lesu

Posted:

Pusat Internet Desa lesu

Pusat Internet Desa lesu

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my


Penolong Pengurus Pusat Internet Desa, Zamila Omar Mohammad menampal notis rosak pada komputer di pusat itu di Tanjung Kling, Melaka, semalam.


MELAKA 9 Mac – Lapan tahun lalu Pusat Internet Desa (PID) Tanjung Kling yang diwujudkan kerajaan bertujuan mengurangkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar mendapat sambutan menggalakkan daripada ribuan penduduk di sekitarnya.

Ketika itu, semua golongan seperti warga emas, pendidik, usahawan, belia, pelajar dan suri rumah berlumba-lumba menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang disediakan secara percuma di pusat itu.

Bagaimanapun, kemudahan disediakan itu tidak kekal lama apabila hari ini pusat itu hampir tidak dapat berfungsi gara-gara segala kemudahan itu tidak diselenggara dengan baik.

Jika dahulu PID itu mempunyai enam komputer, kini yang tinggal hanya dua komputer, itu pun dalam keadaan daif dan tidak dapat berfungsi dengan sempurna.

Agak mengejutkan tinjauan Utusan Malaysia di pusat itu hari ini mendapati dua komputer itu terpaksa dikongsi oleh kira-kira 2,442 ahli PID Tanjung Kling sejak kira-kira dua tahun lalu.

"Keadaan ini menimbulkan kemarahan ahli kerana mereka selalu tidak dapat menggunakan komputer sedangkan mereka memang layak menggunakan kemudahan ini secara percuma.

"Walaupun selalu dikutuk dan dimarahi ahli, kami hanya mampu meminta mereka supaya bersabar," kata Pengurus PID Tanjung Kling, Nor Arifah Che Wahab.

Menurut Nor Arifah, PID itu mula dilanda masalah sejak tiga tahun lalu apabila kerja-kerja penyelenggaraan enam unit komputer tidak dilakukan dengan sempurna.

Beliau berkata, pada masa itu PID berkenaan yang turut menawarkan kelas komputer mempunyai 60 pelajar iaitu 12 pelajar pada empat sesi pembelajaran sehari selama lima hari.

"Namun, lama kelamaan semakin banyak komputer rosak akibat tidak diselenggara dengan baik sehingga akhirnya hanya satu komputer boleh digunakan pada Januari tahun lalu sehingga November lalu.

"Akibatnya, bukan sahaja pembelajaran pelajar terganggu, malah pekerja di sini puas dimarahi penduduk kerana mereka tidak dapat menggunakan komputer," jelasnya.

Tambahnya, sehingga hari ini hanya dua komputer meja dapat digunakan di PID tersebut manakala tujuh lagi dibiarkan berlonggok akibat rosak.

Pelajar kelas komputer di pusat itu, Siti Nur Shafiqah As Saad, 18, berkata, dia tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya pada kelas kerana ketiadaan komputer.

"Saya simpati apabila melihat penduduk hampa kerana tidak dapat menggunakan komputer di sini setiap kali saya menggunakannya pada kelas dua kali seminggu, selama dua jam bermula pukul 9 pagi," katanya.

Bagi Normah Abdul Yasin, 52, dia kecewa kerana tidak dapat menggunakan kemudahan di pusat itu setiap kali berkunjung ke situ.

"Jika masalah ini berlarutan, sia-sia sahaja usaha kerajaan selama ini mahu membuka minda masyarakat luar bandar terhadap dunia Internet.

"Sebagai peniaga makanan, saya ingin menyahut seruan kerajaan supaya memperluaskan perniagaan secara dalam talian tetapi bagaimana saya hendak melakukannya sekiranya kemudahan ini tidak dapat digunakan sebaiknya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Negeri Sembilan bakal penyumbang tenaga solar negara

Posted:

Negeri Sembilan bakal penyumbang tenaga solar negara

Negeri Sembilan bakal penyumbang tenaga solar negara

JELEBU 9 Mac - Negeri Sembilan bakal menjadi pusat penghasilan tenaga solar terbesar negara apabila tapak pelupusan sampah seluas 26 hektar di Pajam, Nilai dibangunkan sebagai kawasan tenaga elektrik berteknologi baru.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek berkenaan yang merupakan sebahagian dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) juga akan memperlihatkan pembangunan loji janakuasa biogas 2-Megawatt (MW), selain kemudahan tenaga solar berkuasa 8-MW.

''Projek ini sebenarnya di bawah Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksana (Pemandu) yang dibuat di satu tapak pelupusan sampah di Pajam yang kini telah pun ditutup sebahagian bagi pelaksanaan projek tersebut.

''Oleh kerana ia menjadi satu kawasan pelupusan sampah, tiada projek pembangunan dapat dibuat di situ untuk tempoh 20 tahun akan datang, selain ia dibangunkan untuk tujuan tenaga elektrik dan elektronik yang baru," katanya di sini hari ini.

Mohamad ditemui pemberita selepas mengadakan majlis pemimpin bersama kepimpinan masyarakat di sini.

Tambahnya, hasil tenaga berkenaan akan dijual kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk disalurkan kepada pengguna.

''Ini merupakan satu konsep hijau yang menyaksikan penggunaan teknologi tinggi. Kita percaya lebih 100 panel solar dapat didirikan di kawasan tersebut, selain satu logi janakuasa biogas dibina di situ," tegasnya.

Projek berkenaan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada satu tarikh yang akan dimaklumkan.

Semalam Najib mengumumkan, syarikat Cypark Resources Bhd. melabur RM94.29 juta untuk membina kawasan tenaga diperbaharui di Pajam, Nilai.

Apabila siap kelak, kawasan berkenaan dijangka menjana Pendapatan Negara Kasar (PNK) sebanyak RM12.16 juta pada tahun 2020.

Projek perintis yang dijalankan di Pajam ini akan dijadikan pemangkin kepada projek sama di 31 tapak pelupusan sampah lain di negara ini.

Mohamad juga memberitahu, kawasan di Pajam itu akan ditutup sepenuhnya selepas tapak pelupusan baru di Jimah dekat Bukit Nenas, Seremban dibuka sebaik sahaja mendapat kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Katanya, selain Pajam, tapak di Bukit Palong dekat Port Dickson, juga akan ditutup supaya ia dapat diselaraskan di kawasan baru pelupusan sampah di Jimah.

''Tapak pelupusan sampah dengan sistem teknologi pelupusan yang efisien seluas 40.5 hektar di Jimah itu akan menampung kepadatan sampah di kawasan Seremban, Port Dickson serta Nilai," katanya.

Kata Mohamad, kawasan itu nanti akan mempunyai mesin pembakaran bertutup bersaiz sederhana atau insinerator bagi tujuan melupuskan sisa pepejal dengan lebih cekap.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tugas pertama ADUN Merlimau

Posted:

Tugas pertama ADUN Merlimau

Tugas pertama ADUN Merlimau

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.mu


MOHD. Ali Rustam bersama Roslan Ahmad (tengah) bermesra dengan orang ramai di Pekan Merlimau, Jasin, kelmarin.


JASIN 9 Mac - Projek menaik taraf hentian teksi di Pekan Merlimau di sini yang menelan belanja RM200,000 akan menjadi tugas pertama dipantau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau yang baru, Roslan Ahmad sebaik sahaja mengangkat sumpah sebagai ADUN itu Isnin lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, Roslan bertanggungjawab memantau projek yang dimulakan sejak semalam itu melalui peruntukan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

"Selepas ini, beliau akan melawat projek-projek pembangunan yang sedang berjalan termasuk hentian teksi ini.

"Saya jangkakan, kerja-kerja menaik taraf hentian teksi ini boleh siap dalam tempoh dua bulan," kata beliau selepas mengetuai aktiviti turun padang bersama Roslan untuk menemui rakyat pada Program Walkabout sekitar Pekan Merlimau di sini semalam.

Turut menyertai program itu, Pengerusi MCA negeri, Datuk Gan Tian Loo, Pengerusi MIC negeri, Datuk R. Perumal dan ADUN Serkam, Datuk Ghazale Muhammad.

Mohd. Ali menambah, antara kemudahan yang akan dinaik taraf di hentian teksi itu ialah tempat letak teksi, tempat rehat dan surau.

"Projek ini akan diuruskan oleh Majlis Perbandaran Jasin," katanya sambil menambah peruntukkan di bawah bajet 2011 itu telah diluluskan KPKT pada awal tahun ini.

Pada Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau Ahad lalu, Roslan yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jasin memperoleh majoriti 3,643 undi menewaskan calon Pas, Yuhaizad Abdullah, 38.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen