Khamis, 10 Mac 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


AZRB akan siapkan baki projek Lebuh Raya Pantai Timur

Posted: 10 Mar 2011 03:16 AM PST

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Ahmad Zaki Resources Bhd (AZRB) menerima surat penerimaan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menyiapkan baki kerja Fasa 2 projek Lebuh raya Pantai Timur, Terengganu, bernilai RM145.38 juta.

Dalam satu kenyataan hari ini, AZRB berkata, kerja berkenaan dijangka siap pada 26 Ogos, 2012.

Ia dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset ketara bersih bagi tahun kewangan berakhir 2011 dan 2012. - BERNAMA
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

600 orang Asli Kampung Pasu boleh mengukir senyuman

Posted: 10 Mar 2011 03:12 AM PST

Mutakhir

PUTRAJAYA: Seramai 600 orang Asli dari suku Jahut di Kampung Pasu, Pahang kini boleh tersenyum lebar.

Ini berikutan bekalan air dan elektrik bagi dewan serbaguna di kampung mereka disambung semula selepas mencapai penyelesaian di luar mahkamah dengan kerajaan negeri.

Penyelesaian yang mengandungi syarat-syarat yang dipersetujui kedua-dua pihak itu direkodkan tiga panel hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Datuk Jeffrey Tan Kok Wha, Datuk Mohamad Apandi Ali dan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamad Ariff Md Yusof. Dengan penyelesaian itu, perayu, Wet Ket, 60, dan anaknya Yaman Ket, 34, bersetuju menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Temerloh bagi menolak permohonan mereka untuk semakan kehakiman berhubung keputusan Pejabat Tanah dan Daerah Temerloh memotong bekalan air dan elektrik kepada dewan itu.

Masyarakat di kampung itu menggunakan dewan serba guna itu sebagai dewan komuniti, pusat jagaan harian dan pusat tuisyen untuk anak-anak mereka.

Ia juga berfungsi sebagai sebuah gereja kepada 70 penganut Kristian.

Perayu, Pejabat Daerah dan kerajaan negeri bersetuju dengan penyelesaian di luar mahkamah selepas mereka diminta berbuat demikian oleh Hakim Apandi yang menyatakan abahwa perkara itu boleh diselesaikan kerana ia membabitkan kemudahan asas.
Peguam Steven Thiru memberitahu panel berkenaan beliau dimaklumkan oleh anak guamnya bahawa Tenaga Nasional Bhd dan Jabatan Bekalan Air, masing-masing, mengembalikan semula bekalan elektrik dan air.

Thiru juga berkata, syarat lain yang dipersetujui oleh suku kaum itu dan Pejabat Tanah dan Daerah Temerloh dan kerajaan negeri Pahang adalah berhubung status tanah mereka dikekalkan.

Suku kaum itu mempertahankan bahawa ia adalah tanah adat tetapi Pejabat Tanah dan Jajahan Temerloh menegaskan bahawa ia adalah tanah negeri.

Mahkamah Tinggi Temerloh semasa menolak semakan semula permohonan Wet Ket dan Saman Ket, memutuskan bahawa ia merupakan tanah kerajaan negeri.

Thiru juga memaklumkan mahkamah bahawa jika satu pertikaian berbangkit berhubung status tanah itu, perkara itu akan dibawa dalam prosiding berasingan.

Beliau juga berkata, anak guamnnya akan memohon dengan Pejabat Daerah untuk menetapkan bekalan air dan elektrik kerana wujud keperluan untuk mereka mendapat kebenaran daripada Pejabat Tanah untuk kemudahan bekalan itu.

Penasihat Undang-undang Negeri Pahang, Datuk Mat Zaraai Alias berkata, beliau akan melihat dalam aspek formaliti berhubung bekalan air dan elektrik.

Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk mengetepikan kos perundangan dalam prosiding mahkamah di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Wet Ket dan anaknya Yaman Wet, menamakan Pejabat Tanah dan Daerah Temerloh dan kerajaan negeri Pahang sebagai reponden dalam permohonan semakan kehakiman yang difailkan pada Disember 2007.

Pada Julai 2003, perayu membina dewan itu tetapi mereka kemudiannya menerima notis daripada Pejabat Daerah menyatakan bahawa ia dibina secara haram atas tanah kerajaan negeri.

Pada Dis 2006, kedua-duanya membuat laporan polis dan mengadu kepada kerajaan.

Berikutan rundingan, mereka diberi pampasan RM35,000 untuk membina semula tempat itu.

Selepas dewan itu siap pada April 2007, mereka mendakwa, Pejabat Daerah enggan memasukkan bekalan air dan elektrik ke dewan itu atas alasan bahawa ia dibina atas tanah yang tidak diwartakan manakala bangunan itu dibina tanpa kebenaran pihak berkuasa. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan