Rabu, 23 Mac 2011

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


4,413 calon berjaya di Pahang

Posted:

4,413 calon berjaya di Pahang

4,413 calon berjaya di Pahang

Oleh M. SHAHRINNAHAR ABD. LATIB
nahar.latib@utusan.com.my


PELAJAR cemerlang SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad menunjukkan keputusan SPM masing-masing di Kuantan, semalam.


KUANTAN 23 Mac - Segala debaran sejak tiga bulan lalu berakhir bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 apabila keputusannya diumumkan hari ini.

Sebahagiannya bergembira selepas segala usaha gigih mereka berbaloi manakala ada yang berduka apabila keputusan yang diterima agak mengecewakan.

Di Pahang, keputusan SPM diumumkan oleh Pengarah Pelajaran negeri, Datuk Mazlan Mohammad di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad di Bandar Indera Mahkota di sini.

Menurutnya, keputusan SPM bagi negeri ini menunjukkan jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar mengikut nilai Gred Purata Sekolah (GPS) berjaya dirapatkan.

Berdasarkan pencapaian SPM 2010, kata beliau, GPS bagi sekolah bandar adalah 4.73 manakala sekolah luar bandar pula 5.25, berbanding 4.58 dan 5.33 pada SPM 2009.

Menurutnya, keputusan itu menunjukkan jurang antara sekolah bandar dan luar bandar pada SPM 2010 adalah 0.52 iaitu turun 0.23 berbanding 0.75 pada SPM 2009.

"Ia satu pencapaian yang boleh dibanggakan dalam usaha kerajaan negeri merapatkan jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar," katanya kepada pemberita ketika mengumumkan keputusan SPM 2010 peringkat negeri, di sini hari ini.

Mazlan memberitahu, seramai 4,413 atau 19.01 peratus daripada 26,299 calon berjaya mendapat sekurang-kurangnya gred C (A+ hingga C) bagi semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 3,735 atau 15.95 peratus pada tahun sebelumnya.

Menurut beliau, seramai 381 calon berjaya memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran pada keputusan tahun ini berbanding hanya 317 orang calon tahun sebelumnya.

Lebih membanggakan, ujarnya, seramai lima pelajar cemerlang mendapat gred A+ untuk semua mata pelajaran yang diambil iaitu Chan Shu Ren dari SMK Chung Ching, Raub yang mendapat 11A+, Stephanie Mary Anne dari SMK Abdul Rahman Talib di sini (10A+) dan pelajar SMK Mahmud, Raub, Chong Chiu Ching mendapat 10A+.

Ini diikuti oleh Cheong Yi Chen daripada SMK Sultan Abu Bakar di sini yang mendapat 10A+ dan Muhammad Arif Mohd. Najib merupakan pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Temerloh (9A+).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cemerlang walaupun cacat penglihatan

Posted:

Cemerlang walaupun cacat penglihatan

Cemerlang walaupun cacat penglihatan


MUHAMMAD Ammar Ibrahim Astar menerima pujian istimewa daripada ibunya, Wan Mahani Asri di SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad, Kuantan, semalam.


KUANTAN 23 Mac - Walaupun cacat penglihatan sejak berusia sembilan tahun, ia tidak menghalang Muhammad Ammar Ibrahim Astar, 19, untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 yang diumumkan hari ini.

Anak keempat daripada 11 beradik yang bercita-cita menjadi pensyarah dalam bidang Ekonomi Islam itu, mendapat keputusan 7A, 2B dalam peperiksaan tersebut.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad di sini itu merupakan pelajar cemerlang peringkat negeri bagi kategori calon istimewa (cacat penglihatan).

Muhammad Ammar Ibrahim ketika ditemui gembira dengan kejayaan tersebut dan amat bersyukur kerana memperoleh keputusan cemerlang itu.

"Saya amat berterima kasih kepada guru dan rakan-rakan yang banyak membantu dalam pembelajaran dan ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan dan dorongan sehingga boleh mencapai tahap begini," katanya.

Anak peneroka Felda Jengka 24, Maran itu merupakan antara pelajar cemerlang SPM yang diumumkan oleh Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Mazlan Mohammad, di sini hari ini.

Muhammad Ammar Ibrahim berkata, kekurangannya menjadikan dia seorang yang begitu tabah dalam menghadapi pelbagai kesukaran ketika belajar.

"Memang agak susah untuk belajar kerana kebanyakan buku teks masih tidak menggunakan tulisan Braille namun dengan bantuan guru-guru dan rakan-rakan sekolah, saya dapat belajar dengan mudah," katanya.

Sementara itu, ibunya, Wan Mahani Asri, 42, berkata, dia gembira dengan pencapaian anaknya itu walaupun keadaan anaknya tidak seperti pelajar yang lain.

"Saya bangga dengan Muhammad Ammar kerana dia tidak pernah menjadikan kekurangan yang ada pada dirinya sebagai alasan malah saya tidak pernah menggangap dia ada kekurangan," ujarnya.

Bapa pelajar terbabit, Astar Ali, 47, turut mengucapkan terima kasih kepada guru yang mengajar anaknya sehingga berjaya dalam SPM.

"Kami sekeluarga sentiasa memberikan dorongan kepadanya supaya berjaya dalam kehidupan dan menjadi manusia berguna," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Warga emasdisyaki cabul kanak-kanak

Posted:

Warga emasdisyaki cabul kanak-kanak

Warga emasdisyaki cabul kanak-kanak

PEKAN 23 Mac - Polis menahan dua lelaki termasuk seorang warga emas kerana disyaki mencabul kehormatan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di sebuah rumah di Felda Chini Timur pada Khamis lalu.

Ketua Polis daerah, Supritendan Yahaya Othman berkata, tangkapan itu dibuat di rumah masing-masing sebaik sahaja keluarga mangsa membuat laporan polis pada pukul 9 pagi keesokan harinya.

Menurut beliau, suspek yang berusia 71 tahun merupakan rakan bapa mangsa manakala seorang lagi suspek berumur 18 tahun adalah kawan kepada abang mangsa.

"Mangsa mendakwa dicabul suspek beberapa kali sebelum ini dan dalam kes terbaru di bilik air rumah warga emas terbabit kira-kira pukul 5 petang pada Khamis lalu," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan, di sini hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan