Rabu, 23 Mac 2011

Malaysiakini :: Berita

Malaysiakini :: Berita


Liwat II: Dua saksi dipanggil semula

Posted: 23 Mar 2011 07:11 PM PDT

[IKUTI LAPORAN LANGSUNG]

Berikutan tamparan hebat yang diterima oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam memutuskan tangkapan ke atasnya adalah sah, perbicaraan bersambung hari ini dengan memanggil semula dua saksi.

Ini bagi membolehkan tiga barangan yang sebelum ini dipertikaikan diterima sebagai bukti.

Barangan berkenaan - sebuah botol air minuman berjenama Cactus, tuala 'Good Morning' dan sebatang berus gigi berwarna putih. Semua barangan ini diperolehi daripada sel Anwar selepas beliau ditahan semalaman oleh polis pada 16 Julai, 2008.

Dua saksi berkenaan - ahli kimia Nor Aidora Saedon dan bekas ketua Penyiasat Lokasi Jenayah, Supt (Rtd) Amidon Anan -terbabit mengendalikan barangan berkenaan.

Nor Aidora sebelum ini pada keterangannya berkata DNA yang diperolehi daripada barangan tersebut adalah daripada 'Lelaki Y".

Berikutan perbicaraan hari ini, pihak pendakwaan dijangka selesai membentangkan kes mereka dan mahkamah akan menetapkan tarikh bagi mendengar hujahan pula.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, hakim kemudiannya akan menentukan sama ada pihak pendakwaan mempunyai kes prima facie dan sehubungan itu memerintahkan Anwar supaya membela diri.

[Berita penuh menyusul]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nazri: Jangan kaitkan Datuk T degan Umo

Posted: 23 Mar 2011 07:51 AM PDT

Kumpulan Datuk T, yang memiliki video seks yang didakwa membabitkan pemimpin pembangkang, tidak ada kaitan dengan Umno, kata ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Beliau berkata ini kerana tiga individu berkenaan bertindak atas kapasiti mereka sendiri dan langsung tiada kaitan dengan Umno.

"Sebagai sebuah parti yang mempunyai tiga juta keahlian, jika ada salah seorang yang mempunyai niat dan motif tertentu, tiada apa yang boleh kita lakukan.

"Perlu faham (bahawa) mereka buat semua itu atas (kapasiti) individu, jadi jangan kaitkan mereka ini dengan Umno," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Parlimen hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Eskay Shazryl Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim yang mengakui bahawa mereka adalah Datuk T atau "trio".

- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan