Isnin, 14 Mac 2011

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


'Tertuduh harus diarah beri sampel DNA'

Posted:

'Tertuduh harus diarah beri sampel DNA'

'Tertuduh harus diarah beri sampel DNA'

Oleh AMIRUDDIN HARUN dan SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my


Anwar Ibrahim mengelak ditemu bual oleh wartawan ketika diajukan soalan berkenaan desakan agar beliau memberikan sampel DNA, di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, semalam.


KUALA LUMPUR 14 Mac - Demi kebenaran dan keadilan, pihak pendakwaan hari ini menggesa Mahkamah Tinggi di sini menggunakan kuasanya untuk mengarahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) sebagai perbandingan dengan profil DNA yang ditemui di dubur Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pihak pendakwaan menegaskan bahawa mahkamah harus melaksanakan kuasa dan tanggungjawabnya mengikut Seksyen 73 dan 165 Akta Keterangan 1950 dalam mengarahkan Ketua Pembangkang itu berbuat demikian.

''Demi kepentingan keadilan kedua-dua pihak, tertuduh seharusnya diarahkan untuk memberi sampel (DNA) agar kebenaran dapat ditegakkan,'' katanya.

Beliau berhujah demikian ketika mengemukakan permohonan buat pertama kali dalam sejarah perundangan negara supaya mahkamah berkenaan menggunakan kuasanya untuk memerintahkan Anwar memberikan sampel bagi tujuan ujian profil DNA.

Permohonan itu dikemukakan pada Jumaat lalu selepas saksi pendakwa ke-26 dan terakhir, Supritendan Ahmad Taufek Abdullah selesai memberi keterangan.

Selain itu, Mohd. Yusof memohon Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menyemak semula keputusannya pada 8 Mac lalu yang tidak menerima masuk tiga bahan bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan setelah diadakan prosiding bicara dalam perbicaraan (TWT).

Tiga bahan bukti yang tidak diterima masuk itu ialah sehelai tuala kecil Good Morning, sebatang berus gigi dan satu botol minuman plastik yang diambil dari lokap Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada 17 Julai 2008 yang menempatkan Anwar semalaman.

Hakim terbabit memutuskan demikian selepas mendapati barang-barang kes berkenaan yang diambil bagi tujuan mendapatkan profil DNA, diperoleh dengan cara yang tidak sah.

Prosiding TWT diadakan ekoran bantahan barisan pembelaan terhadap barang-barang kes itu semasa ahli kimia, Nor Aidora Saedon dalam keterangannya menyatakan bahawa ujian analisis DNA terhadap ketiga-tiga barang itu menunjukkan kehadiran profil DNA Lelaki Y.

Dalam hujahnya, Mohd. Yusof menegaskan, selain daripada keterangan secara lisan daripada Mohd. Saiful Bukhari, terdapat bukti yang menunjukkan kehadiran air mani (semen) pada calitan putik kapas yang diambil daripada bahagian atas rektal pengadu tersebut.

''Ini adalah sampel tempat kejadian. (Maka) Mahkamah ini berhak untuk mengarahkan tertuduh membekalkan sampel untuk dipadankan dengan sampel di tempat kejadian,'' katanya,

Jelas beliau lagi, permohonan itu bukan sahaja logik tetapi sememangnya wajar untuk seorang tertuduh yang menghadapi tuduhan liwat, bagi tujuan membebaskan dirinya, dengan sukarela menawarkan sampel DNA untuk dibandingkan dengan sampel tempat kejadian.

Mohd. Yusof juga menghujahkan, dalam keadaan Hakim Mohamad Zabidin tidak boleh meminta Anwar menyerahkan sampel DNA, hakim tersebut boleh mengarahkan pihak lain untuk mendapatkan sampel tersebut daripada tertuduh.

Ini kerana, menurut beliau, apa yang relevan adalah sama ada DNA yang diperoleh daripada dubur Mohd. Saiful Bukhari boleh dipadankan dengan tertuduh.

Memetik kandungan 'Undang-Undang Bahan Bukti Sarkar', katanya:

''Fungsi utama seorang hakim adalah untuk melihat keadilan dilaksanakan antara pihak-pihak yang terlibat, dan terlampau berpendirian teguh kepada sesuatu peraturan, kadang-kala boleh memalukan hakim dalam menjalankan tugasnya dan melumpuhkan keadilan,'' katanya.

Tegas beliau juga, memang benar permohonan sedemikian tidak pernah dikemukakan sebelum ini tetapi tidak bermakna ia tidak boleh dilakukan apatah lagi dalam kes ini, pihaknya mempunyai bahan bukti tetapi disebabkan alasan teknikal, bahan bukti itu tidak diterima masuk sebagai keterangan.

Justeru, katanya, beliau memohon mahkamah menggunakan Seksyen 73 dan 165 akta tersebut, sama ada secara bersama atau berasingan, bagi membolehkan mahkamah membuat kesimpulan sama ada kehadiran air mani pada sampel tempat kejadian sepadan dengan tertuduh.

Sementara itu, bagi permohonan semakan semula perintah mahkamah pada TWT, Mohd. Yusof berkata, penangkapan dan penahanan Anwar telah dilakukan mengikut undang-undang menyebabkan semua bahan bukti terbabit sebenarnya telah diperoleh secara betul dan sah.

''Bahan-bahan bukti yang diambil dari lokap tersebut dan keputusan ujian DNA bahan-bahan itu seharusnya diterima masuk. Ia adalah satu-satunya perkara yang betul dan sah dilakukan,'' kata Timbalan Kanan Pendakwa Raya itu.

Jelas beliau, berikutan timbulnya keterangan-keterangan baharu yang tidak dicabar membuktikan bahawa penangkapan Anwar adalah mematuhi undang-undang selain ahli politik itu telah dimaklumkan alasan penangkapan tersebut.

Berdasarkan keterangan, menurutnya, waran tangkap telah diserahkan dan diterima oleh Anwar malahan tandatangannya yang telah diturunkan pada dokumen terbabit tidak pernah dipertikaikan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Menurut beliau lagi, keterangan pegawai penyiasat, Supritendan Judy Blacious Pereira menyatakan bahawa beliau telah menghantar surat melalui faksimile kepada peguam Anwar, Sankara Nair pada 15 Julai 2008 yang mengarahkannya menyerah diri pada keesokan harinya dan waran tangkap telah dimohon dari mahkamah.

Saksi itu juga, katanya, menyatakan telah menyerahkan waran tangkap kepada Ahmad Taufek yang menangkap Anwar dan sebelum percakapan Anwar dirakamkan, Judy telah memberitahu tertuduh mengenai laporan liwat yang telah dibuat oleh Mohd. Saiful Bukhari.

Oleh itu, ujar Mohd. Yusof, dalam menentukan sama ada terdapat asas untuk melaksanakan budi bicara menolak sesuatu keterangan, mahkamah boleh melihat keterangan yang dikemukakan semasa prosiding TWT dan juga perbicaraan penuh.

Anwar, 64, dibicarakan atas dakwaan meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Peguam bela utama Anwar, Karpal Singh akan mengemukakan hujah balas esok.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Anwar mohon hina mahkamah ke atas NST, Utusan

Posted:

Anwar mohon hina mahkamah ke atas NST, Utusan

Anwar mohon hina mahkamah ke atas NST, Utusan

KUALA LUMPUR 14 Mac - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sekali lagi mengemukakan permohonan menghina mahkamah di Mahkamah Tinggi di sini ke atas dua media tempatan iaitu akhbar New Straits Times (NST) dan Utusan Malaysia.

Ia berikutan laporan berita mengenai demonstrasi yang berlaku di seluruh negara yang mendesak Ketua Pembangkang itu memberikan sampel asid deoksiribonukleik (DNA).

Ia juga ekoran penerbitan laporan berita mengenai hujahan pihak pendakwaan hari ini berhubung permohonan untuk mendapatkan sampel DNA terbabit.

Permohonan menghina mahkamah itu merupakan kali kedua dibuat ke atas akhbar tempatan walaupun terdapat portal media yang turut membuat laporan yang sama.

Kali pertama permohonan menghina mahkamah ke atas media dibuat ialah pada 4 Februari tahun lalu iaitu ke atas Utusan Malaysia berkaitan dengan gambar yang dipetik dari agensi Bernama.

Permohonan tersebut bagaimanapun ditolak oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.

Terdahulu, peguam bela utama, Karpal Singh mencelah sebaik sahaja Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden memaklumkan mahkamah mengenai permohonan yang akan dikemukakan oleh pihak pendakwaan hari ini.

Beliau menyatakan, akhbar NST dan Utusan Malaysia sejak semalam telah menyiarkan laporan berita mengenai anak guamnya dan perbicaraan kes liwat tersebut yang 'nakal, berunsur skandal dan penuh dengan kebencian'.

Karpal juga mempertikaikan mengenai laporan akhbar berbahasa Inggeris itu mengenai penerbitan hujahan yang akan dibuat oleh Mohd. Yusof hari ini tetapi sudah diterbitkan di akhbar berkenaan.

Selain mendakwa kebocoran di Pejabat Peguam Negara, peguam itu turut menyatakan bahawa Mohd. Yusof telah merelakan dirinya dimanipulasi dan seluruh ahli pasukan pendakwaan berada di tangan ahli politik.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut memohon agar mereka yang terlibat dalam demonstrasi berkaitan DNA itu dikenakan tindakan menghina mahkamah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan