Sabtu, 5 Mac 2011

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Minta polis tunjuk kad kuasa – Tun Hisan

Posted:

Minta polis tunjuk kad kuasa – Tun Hisan

Minta polis tunjuk kad kuasa – Tun Hisan

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 5 Mac – Ketua Polis negeri, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah menasihatkan orang ramai agar meminta anggota polis menunjukkan kad kuasa mereka sekiranya ditahan oleh mana-mana individu yang mengaku sebagai anggota pasukan keselamatan itu.

Beliau berkata, berdasarkan peruntukan undang-undang, orang ramai boleh berbuat demikian sekali gus dapat mengelak menjadi mangsa perbuatan jenayah oleh mereka yang menyamar sebagai anggota polis.

"Penjenayah pada masa ini menggunakan pelbagai taktik untuk melakukan jenayah termasuk mengaburi mata orang ramai dengan mengaku sebagai anggota polis.

"Untuk mengelakkan menjadi mangsa, orang ramai boleh meminta mana-mana anggota polis menunjukkan kad kuasa mereka sekiranya merasa ragu-ragu atau mengesyaki sesuatu yang tidak kena," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat bersama Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) negeri dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) negeri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Rela negeri, Brigedier Jeneral Khairi Mohd. Alwee Said, manakala JPAM negeri diwakili pegawainya, Mejar Mohd. Saiful Azam Ismail.

Akhbar hari ini melaporkan polis menahan empat suspek termasuk dua daripadanya didakwa terlibat dalam kes menyamar sebagai pegawai polis sebelum menyamun dan merogol seorang wanita berusia 29 tahun di Klang.

Salah seorang daripada empat ditahan itu merupakan anggota Rela yang dipercayai telah meminjamkan garinya kepada dua suspek yang terlibat dalam kejadian itu.

Tun Hisan menjelaskan, orang ramai boleh mengenal pasti identiti seorang anggota polis berdasarkan personaliti mereka yang sentiasa berpakaian kemas dan bersih berbanding individu yang menyamar sebagai anggota pasukan keselamatan itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Peluang buat kajian, terbit buku sejarah

Posted:

Peluang buat kajian, terbit buku sejarah

Peluang buat kajian, terbit buku sejarah


BEBERAPA orang anak sukarelawan asing mencuba mengkukur kelapa dalam acara tradisional di Muzium Negara, semalam.


KUALA LUMPUR 5 Mac – Skop kerja para sukarelawan di Muzium Negara akan diperluaskan bagi memanfaatkan sepenuhnya kemahiran mereka dalam usaha memperkasakan budaya dan warisan Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.

Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Ibrahim Ismail berkata, pihaknya berharap sukarelawan yang dipilih dapat terlibat sama dengan beberapa kajian dan penerbitan buku yang sedang dijalankan.

"Ada beberapa sukarelawan di sini yang mahir dalam bidang kajian sejarah dan penerbitan.

"Jika boleh, saya mahu sukarelawan ini yang terdiri daripada rakyat pelbagai negara menerbitkan buku mengenai sejarah Malaysia dalam bahasa mereka sendiri," katanya ketika ditemui sempena Majlis Graduasi Sukarelawan Muzium di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 45 sukarelawan menerima sijil masing-masing setelah mengikuti latihan selama enam bulan.

Selain penduduk tempatan, sukarelawan ini turut terdiri daripada rakyat Britain, Jepun, Perancis, Belanda dan Iran.

Sebelum ini, sukarelawan muzium hanya bertindak sebagai pemandu pelancong bagi menyampaikan maklumat kepada pelancong dari negara asal mereka.

Mengulas lanjut perkara itu, Ibrahim bagaimanapun memberitahu, kerja tersebut juga bergantung kepada kepakaran dan kemahiran individu itu sendiri.

"Sekiranya sukarelawan itu tidak boleh menerbitkan buku, kita masih memberi peluang kepada mereka untuk mengisi kekosongan sebagai pemandu pelancong di muzium lain dalam negara ini," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Taja 5,000 naskhah Utusan kepada SK Jalan U3

Posted:

Taja 5,000 naskhah Utusan kepada SK Jalan U3

Taja 5,000 naskhah Utusan kepada SK Jalan U3


TENGKU Shaiffuliazan (kanan) menyerahkan replika tajaan akhbar Utusan Malaysia kepada Abdullah Sa'adon sambil diperhatikan oleh Zukifli Nordin (dua dari kanan) di Sekolah Kebangsaan Jalan U3, Taman Subang Perdana, Selangor, semalam.


SHAH ALAM 5 Mac – Konsortium Pengusaha Melayu Selangor (KPMS) menaja 5,000 naskhah Utusan Malaysia untuk diagihkan kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan U3, Taman Subang Perdana di sini.

Replika cek tajaan itu disampaikan oleh Pengerusi KPMS, Datuk Tengku Shaiffuliazan Tengku Zainal Abidin kepada Guru Besar sekolah itu, Abdullah Sa'adon sambil disaksikan oleh Pengurus Pemasaran Wilayah Tengah Utusan Melayu (M) Berhad, Rosman Zulkifli sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah itu hari ini.

Turut hadir Bendahari KPMS, Datuk Zukifli Nordin. Tajaan akhbar itu adalah untuk akhbar keluaran hari Isnin, Selasa dan Rabu sepanjang tahun ini.

Tengku Shaiffuliazan berkata, tajaan akhbar berkenaan adalah antara usaha pihaknya bagi memastikan murid-murid sekolah itu khususnya di tahun enam mendapat maklumat dan pembelajaran yang terbaik untuk kecemerlangan pendidikan dan masa depan mereka.

Ini kerana katanya, Utusan Malaysia dilihat mampu membantu meningkatkan pemahaman murid dalam setiap mata pelajaran menerusi sisipan Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP).

"Pihak konsortium berharap dengan penajaan akhbar ini, murid-murid dapat memanfaatkan sebaik mungkin kemudahan ini untuk terus mencapai kecemerlangan pendidikan," katanya.

Beliau seterusnya menyeru murid-murid supaya tekun dalam pelajaran dan berusaha menjadi murid cemerlang sehingga ke peringkat pengajian tinggi selain tidak lupa menghormati jasa dan sumbangan para guru," ujarnya.

Selain penyampaian replika cek tajaan itu, sebuah syarikat korporat, Hanson Building Materials (M) Sdn. Bhd. turut menyampaikan sumbangan RM2,000 kepada Biro Kebajikan sekolah itu khususnya untuk pendidikan khas sekolah berkenaan pada majlis tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan