Sabtu, 5 Mac 2011

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Gajah betina naik minyak

Posted:

Gajah betina naik minyak

Gajah betina naik minyak

Oleh KHAIRI MOHAMAD


MAYAT Lee dibawa dengan kenderaan pacuan empat roda ke Hospital Gua Musang untuk dibedah siasat.


GUA MUSANG – Tindakan seorang penoreh getah yang cuba menghalau sekumpulan gajah menggunakan mercun bola mengundang padah apabila seekor gajah betina daripada kumpulan tersebut naik minyak dan menyerangnya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang kelmarin, Lee Che Hassan, 46, maut di kebun getahnya di Kampung Serian, Batu 11, dekat sini. Haiwan itu dipercayai menyerang Lee kerana terkejut dengan tindakan lelaki itu membakar mercun bola.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supritendan Saiful Bahri Abdullah berkata, akibat letupan itu, seekor gajah betina yang mengiringi dua ekor anak gajah naik minyak lalu mengangkat mangsa dengan belalai sebelum menghumbannya ke sebatang pokok.

"Lee mati di tempat kejadian dalam keadaan terduduk dengan beberapa kesan lebam di kepala manakala mukanya ditutup dengan tangan dipercayai menahan sakit," katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut beliau, mangsa dipercayai telah membakar mercun itu untuk menghalau sekumpulan enam ekor gajah yang memasuki kebun getahnya.

Menurut maklumat Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), gajah yang menyerang mangsa dipercayai gajah betina jenis Asian yang dianggarkan seberat dua tan, berusia di antara 30 hingga 40 tahun berdasarkan kesan tapak kaki yang ditemui.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Produk guna kapsul gelatin babi diumum

Posted:

Produk guna kapsul gelatin babi diumum

Produk guna kapsul gelatin babi diumum


JAKIM akan membuat semakan terhadap produk farmaseutikal yang dibungkus dengan kapsul gelatin positif babi. - Gambar hiasan


GURUN - Produk farmaseutikal yang didapati dibungkus dengan kapsul gelatin positif asid deoksiribonukleik (DNA) babi akan diumumkan bagi memastikan umat Islam tidak terbeli atau terguna produk itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar kecil).

Beliau berkata, produk tersebut turut tidak dibenarkan dijual di kaunter terbuka di semua premis seluruh negara.

Katanya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan mesyuarat khas untuk membuat semakan terhadap produk farmaseutikal berkenaan untuk disenaraikan.

"Senarai produk ini juga akan diumumkan sebagai produk haram kepada umat Islam," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Keputusan pukul 8 malam ini

Posted:

Keputusan pukul 8 malam ini

Keputusan pukul 8 malam ini

JASIN - Keputusan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau dan DUN Pahang kawasan Kerdau dijangka diketahui pada pukul 8 malam ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pusat pengundian di dua DUN itu akan mula dibuka pada pukul 8 pagi dan ditutup pukul 5 petang.

"Esok ramalan cuaca di Merlimau hujan pada sebelah petang jadi saya nasihatkan pengundi keluar awal," katanya selepas melawat Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Platinum Politeknik Merlimau di sini semalam.

Abdul Aziz berkata, SPR menjangkakan 80 peratus daripada 10,697 pengundi berdaftar DUN Merlimau akan keluar mengundi.

Beliau menasihati mereka agar menyemak terlebih dahulu pusat pengundian, membawa kad pengenalan dan tidak memakai barang larangan seperti pakaian serta lencana tertera logo parti.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan