Selasa, 1 Mac 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Dituduh tipu bekas PM

Posted: 28 Feb 2011 01:58 PM PST

MukaDepan

BEKAS Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy diiringi anggota polis keluar dari bilik Mahkamah Sesyen Putrajaya, hari ini selepas didakwa atas tiga pertuduhan menipu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). - Foto Afendi Mohamed

BEKAS Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy diiringi anggota polis keluar dari bilik Mahkamah Sesyen Putrajaya, hari ini selepas didakwa atas tiga pertuduhan menipu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). - Foto Afendi Mohamed

Kong Choy didakwa sengaja dorong Pak Lah beri kelulusan kepada Kuala Dimensi majukan Zon Bebas Pelabuhan Klang

PUTRAJAYA: Bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy, mengaku tidak bersalah terhadap tiga tuduhan menipu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di Selangor, di Mahkamah Sesyen, di sini semalam.

Beliau yang mengulas mengenai tuduhan itu kemudian berkata: "Saya terperanjat (dengan tuduhan), tetapi yakin dengan sistem perundangan negara... saya akan melalui semua ini dan membersihkan nama saya."

Kong Choy adalah bekas Menteri Pengangkutan kedua didakwa berhubung skandal PKFZ selepas Tun Dr Ling Liong Sik pada tahun lalu. Beliau yang tidak bergari, tiba di pekarangan mahkamah jam 2.05 petang diiringi sepasukan polis. Turut sama, isterinya, Puan Sri Ann Chan dan anak perempuan, Chan Kai Xuan. Tertuduh yang memakai kemeja panjang biru muda dan berseluar kelabu, tenang ketika pertuduhan dibacakan. Beliau menghadapi tiga tuduhan berasingan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan kerana menipu Abdullah berhubung projek itu yang didakwa dilakukan antara Februari 2004 hingga Mac 2006 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di sini.

Seksyen itu memperuntukkan penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.

Bagi tuduhan pertama, Kong Choy didakwa memperdayakan Abdullah untuk memberikan kelulusan kepada Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) selaku 'turnkey developer' untuk memajukan projek pembangunan Transshipment Hub di Pulau Indah Free Zone meliputi keluasan 1,000 ekar (404.68 hektar) secara fasa tunggal dengan kos pembangunan dianggarkan RM1 billion pada 24 Februari 2004 dan 25 Februari 2004.

Tertuduh didakwa secara curang menyembunyikan fakta pembiayaan kos pembangunan itu akan dibiayai melalui terbitan bon oleh KDSB menerusi Transshipment Megahub Berhad dengan sokongan kerajaan melalui Menteri Pengangkutan.
Tuduhan kedua ialah pada 11 Oktober 2005 dan 28 Oktober 2005, Kong Choy didakwa memperdayakan Abdullah supaya kelulusan diberi kepada KDSB melaksanakan kerja pembangunan tambahan di PKFZ, iaitu menaik taraf simpang masuk ke PKFZ berjumlah RM285.38 juta, kerja infrastruktur elektrik berjumlah RM135 juta dan pembinaan hotel kelas perniagaan berjumlah RM90 juta.

Dia dituduh secara curang menyembunyikan fakta pembiayaan kos pembangunan itu dibiayai melalui terbitan bon oleh KDSB menerusi Valid Ventures Sdn Bhd dengan sokongan kerajaan melalui Menteri Pengangkutan.

Kong Choy juga dituduh memperdayakan Abdullah untuk memberikan persetujuan supaya kelulusan diberi kepada KDSB melaksanakan kerja pembangunan tambahan di PKFZ iaitu kerja membina 'Concrete Trenching' kabel elektrik (RM140.2 juta), kerja elektrikal untuk bekalan 33kv ke Presint 2 dan 8 (RM80 juta), kerja infrastruktur PMU untuk PKFZ (RM30 juta), pembinaan jalan PKFZ ke Pelabuhan Barat (RM28.1 juta) dan pembinaan jalan masuk utama ke PKFZ dan CT4 Pelabuhan Barat (RM57.5 juta) dengan curang menyembunyikan fakta pembiayaan kos pembangunan. dibiayai melalui terbitan bon KDSB melalui Free Zone Capitol Berhad dengan sokongan kerajaan melalui Menteri Pengangkutan.

Bagi semua pertuduhan, beliau didakwa dengan sengaja mendorong bekas Perdana Menteri memberi persetujuan kepada kelulusan itu yang mana Abdullah tidak akan memberikan persetujuan jika fakta itu dimaklumkan kepada beliau.

Pendakwaan diketuai Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPP), Dzulkifli Ahmad dan TPP Manoj Kurup, manakala Kong Choy diwakili peguam Arthur Wang, Badrul Munir Bukhari dan Azad Bashir.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh menetapkan 31 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan Kong Choy dibebaskan dengan jaminan RM1 juta.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

firdaus

rasuah juga boleh berlaku dengan berleluasa di peringkat sekolah. contohnya pemberian kontrak bahagian keselamatan, pembersihan dan kantin sekolah. pihak berkenaan harus memantau keadaan ini.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

‘Ada niat sebabkan kematian Aminulrasyid’

Posted: 28 Feb 2011 01:57 PM PST

MukaDepan

Koperal Jenain Subi

Koperal Jenain Subi

SHAH ALAM: Koperal Jenain Subi yang diperintahkan membela diri oleh Mahkamah Sesyen semalam dikatakan mempunyai niat menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, ketika melepaskan tembakan ke arah kereta yang dipandu remaja berusia 15 tahun itu pada April tahun lalu.

Dalam penghakimannya, Hakim Latifah Mohd Tahar berkata, tertuduh mempunyai niat menyebabkan kematian apabila melepaskan tembakan di Jalan Tarian 11/2 ketika kereta Proton Iswara bernombor pendaftaran BET 5023 yang dipandu Aminulrasyid sudah tidak lagi agresif dan tidak membahayakan pengguna jalan raya lain.

Katanya, tiada tindakan oleh kereta dipandu Aminulrasyid membahayakan kereta peronda MPV polis yang mengejarnya, apatah lagi kereta itu memasuki kawasan perumahan dan dalam keadaan terhuyung-hayang dengan kelajuan di antara 60 dan 70 kilometer sejam. "Sebagai anggota polis, wajar untuk tertuduh tahu bila tembakan dilepaskan dan (apabila) terkena pada sasaran, ia boleh menyebabkan kematian. Apatah lagi dalam keadaan kes ini, tembakan dilepaskan oleh senjata sub mesingan.

"Selepas mengambil kira keseluruhan kes dan penilaian maksimum, mahkamah mendapati pendakwaan berjaya buktikan kes prima facie terhadap tertuduh mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan dan tertuduh diperintah membela diri," katanya.

Latifah turut menetapkan dua hari bermula 14 April depan untuk perbicaraan dan tertuduh memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah di kandang saksi.

Jenain, 48, yang memakai kemeja lengan pendek berwarna merah dan berkopiah kelihatan tenang selepas keputusan dibacakan, manakala ibu Aminulrasyid, Norsiah Mohamad, 62, yang duduk di galeri awam dilihat mengesat air mata.
Tertuduh yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, dituduh menyebabkan kematian Aminulrasyid, di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini, jam 1.10 pagi 26 April tahun lalu.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

amir

setuju dengan bujang, plus adil ikut taqwa, bukan fatwa semata.

mohd rosly b mohd saupi

koperal banyak2 bersabar lah ada hikmah lah tu,keluarga amirulpun d harapkan redha dengan pemergianya mana yang baik jadikan tauladan n yg buruk jadikan sempadan

luqman

kesian anggota polis, jalankan tugas tapi jadi kes lain pulak, yang emak bapak konon anaknya baik macam mana pulak, ibu bapak cuai. sapatutnya kesalahan ini ditanggung sama oleh ibu bapak si mati, bukan main tuduh-tuduh saja.

Teruna Melayu

Siapa bersalah sebenarnya?..rakyat Malaysia semestinya mahukan penghakiman yang adil bagi kedua-dua belah pihak. Semestinya kejadian ini menjadi tauladan dan panduan semua ibubapa dan anggota pengguatkuasa melaksanakan tanggungjawap dengan lebih teliti. Sebagai seorang anggota polis semestinya berjaga-jaga dan bertindak dengan sepatutnya apabila keadaan mencurigakan demi menjaga keamanan awam. Bertindak sebelum parah. Siapa yang bersalah membenarkan remaja berumur 15 thn berkereta di malam buta tanpa manusia dewasa? dan walaupun telah nyata remaja ini telah melakukan kesalahan lalulintas yang sepatutnya dipantau oleh keluarga..tetapi tidak seharusnya ditembak mati. Pengajaran ini kita renungkan bersama. kenapa keadaan ini terjadi...mungkinkah ada kebocoran institusi kekeluargaan dan kemasyarakatan di Malaysia yang melihatkan keterencatan amalan kekeluargaan yang di amalkan oleh nenek moyang kita. Kita harap tiada lagi tragedi sebegini berlaku pada masa akan datang dan seharusnya semua pihak sama-sama bertanggungjawap.. bukan menunding jari kepada yang berkenaan sahaja...tragedi ini bukan melibatkan anggota pengguatkuasa dan keluarga mangsa tetapi masyarakat umumnya.

bujang

Lakukanlah penghakiman seadil-adilnya, kerana di akhirat kita juga akan diadili


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen