Selasa, 1 Mac 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


Operasi TBS-BTS lancar, semua bas pindah

Posted:

Operasi TBS-BTS lancar, semua bas pindah

Operasi TBS-BTS lancar, semua bas pindah

01/03/2011 8:49pm

KUALA LUMPUR — Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) hari ini beroperasi sepenuhnya tanpa sebarang masalah berikutan kesemua 56 pengusaha bas sudah berpindah ke terminal berkenaan dari terminal sementara Bukit Jalil.

Pengurus Komunikasi Korporat Kumpulan Maju Holdings, Badrul Izhan Yeop Abdullah berkata berdasarkan maklumat daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), operasi bas berjalan lancar dan mengikut jadual.

"Setakat 5 petang hari ini, sebanyak 182 bas telah berlepas dari terminal ini menghala ke selatan tanah air manakala 110 bas tiba dari selatan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Semalam, Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan berkata semua perkhidmatan bas ekspres bagi laluan selatan kecuali Seremban, Negeri Sembilan akan beroperasi dari TBS-BTS dan operasi bas di terminal sementara di Bukit Jalil dihentikan.

Sebelum ini pengusaha bas ekspres termasuk Konsortium Transnasional Berhad dan Plusliner enggan berpindah ke TBS-BTS kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan caj dan kaedah penjualan tiket yang disyaratkan oleh pengurusan hab pengangkutan awam itu.

Terminal enam tingkat dengan kos RM570 juta itu yang dibuka awal bulan lepas, dilengkapi dengan 55 platform bas untuk 1,000 bas keluar dan masuk setiap hari, 150 perhentian teksi, 1,000 tempat letak kereta termasuk kawasan letak kereta khas untuk wanita. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

1.5j saman selesai dalam seminggu

Posted:

1.5j saman selesai dalam seminggu

1.5j saman selesai dalam seminggu

01/03/2011 8:47pm

KUALA LUMPUR — Sebanyak 1.5 juta saman diselesaikan pesalah trafik dalam tempoh seminggu sehingga tengah malam tadi, iaitu tarikh akhir diskaun yang ditawarkan polis.

Bagaimanapun, Ketua Trafik Pasukan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, masih ada 17.3 juta saman belum dibayar.

"Jadi untuk pemandu yang belum menyelesaikan saman, mereka telah disenarai hitam berkuat kuasa hari ini," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata, daripada 49.4 juta saman dikeluarkan bagi tempoh tahun 2000 hingga sekarang, hanya 65 peratus atau 31.9 juta saman dijelaskan.

Sebanyak 5.5 juta saman dibayar sepanjang tempoh diskaun iaitu bermula 12 Ogos lepas sehingga tengah malam tadi, katanya. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cubaan seludup 200 ekor tupai tumpas

Posted:

Cubaan seludup 200 ekor tupai tumpas

Cubaan seludup 200 ekor tupai tumpas

01/03/2011 7:20pm

JOHOR BAHARU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan menggagalkan cubaan menyeludup masuk 200 ekor tupai "Sugar Glider" bernilai RM64,200 selepas menahan sebuah bot penumpang di perairan Pengerang, dekat Kota Tinggi, hari ini.

Ketua Penguatkuasa Maritim Malaysia Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Zulkifili Abu Bakar berkata bot penumpang dari Batam, Indonesia itu ditahan pada pukul 7.30 pagi di kedudukan empat batu nautika timur Tanjung Penyusup, Pengerang.

"Lima pegawai dan anggota APMM yang sedang melakukan rondaan di perairan Pengerang terserempak dengan bot penumpang itu yang dilihat mencurigakan.

"Semasa dihampiri, bot tersebut terus memecut laju untuk meloloskan diri ke perairan Indonesia namun berjaya dipintas oleh bot APMM," katanya menerusi kenyataan, di sini hari ini.

Zulkifli berkata pemeriksaan di dalam bot itu menemui kesemua tupai berkenaan yang disimpan di dalam sembilan sangkar dan berbalut dengan guni.

Beliau berkata pihaknya menahan tekong bot itu yang berumur 44 tahun dan seorang awak-awak berumur 36 tahun, kedua-duanya merupakan rakyat Indonesia.

Katanya siasatan mendapati kedua-dua lelaki itu dalam perjalanan ke satu destinasi di perairan Pengerang bagi menjual haiwan eksotik tersebut sebelum dieksport semula keluar negara.

Zulkifli berkata tupai yang boleh mencapai harga RM200 hingga RM350 seekor itu diserahkan kepada Jabatan Veterinar Johor untuk tindakan lanjut dan kes itu disiasat mengikut Peraturan Kawalan Import dan Eksport di bawah Akta Haiwan 1953 (Pindaan 2006). - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan