Jumaat, 25 Mac 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Berjaya teruskan tradisi keluarga

Posted:

Berjaya teruskan tradisi keluarga

Berjaya teruskan tradisi keluarga

Oleh ADNAN MOHAMAD
utsuanterengganu@utusan.com.my


Fatin Fazzrimi menunjukkan keputusan SPM kepada Marzuki Sulong dan ibunya, Syarifah Nor Salma Abdullah di SMK Lembah Bidong, Setiu, kelmarin.


SETIU 24 Mac - Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lembah Bidong di sini, Fatin Fazzrimi Marzuki, 18, meneruskan pencapaian cemerlang keluarganya apabila mendapat 10A+ dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010.

Anak kepada seorang usahawan, Marzuki Sulong, 49, itu mengikut jejak dua abang serta seorang kakaknya yang sebelum ini turut memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan itu.

Keputusan itu juga membolehkan Fatin Fazzrimi muncul sebagai pelajar terbaik SPM 2010 di peringkat daerah dan turut disenaraikan bersama 16 pelajar lain dalam kumpulan pelajar cemerlang bagi peringkat negeri.

Abangnya, Mohd. Amir Afiq, 22, yang mendapat 10A dalam SPM 2006 kini melanjutkan pengajian di Universiti Melbourne, Australia dalam jurusan kejuruteraan.

Mohd. Amir Hafiq, 20, pula kini menuntut di Universiti Wellington, New Zealand juga dalam jurusan kejuruteraan selepas berjaya memperoleh 10A dalam SPM 2008 dan kakaknya, Fatin Sharmimi, 19, sedang menuntut dalam kursus perubatan di Universiti Dublin, Ireland.

Ketika ditemui semalam, Fatin Fazzrimi yang bercita-cita menjadi seorang doktor berkata, kejayaan abang serta kakaknya yang belajar di seberang laut telah mendorong dirinya lebih bersemangat untuk belajar.

Menurutnya, dia sentiasa memberi perhatian semasa guru mengajar di sekolah selain tidak malu bertanya tentang sesuatu perkara atau soalan yang kurang difahami dengan guru kelas.

''Ketika di rumah saya lebih suka mengulang kaji mata pelajaran dengan adik-beradik sejak dulu lagi kerana melalui amalan seperti ini, kita akan menjadi lebih mesra," ujarnya.

Sementara itu, ibunya, Syarifah Nor Salma Abdullah, 47, memberitahu, dia serta suaminya tidak pernah mengongkong anak-anak.

"Sebagai ibu saya sering mengingati anak-anak agar tidak mengabaikan solat agar segala usaha diberkati," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jambatan Tok Din kini dibina

Posted:

Jambatan Tok Din kini dibina

Jambatan Tok Din kini dibina


kerja-kerja membina Jambatan Tok Din giat dijalankan di Kampung Puyu, Pasir Puteh, semalam.


PASIR PUTEH 24 Mac - Keresahan penduduk di Kampung Puyu di sini bakal berakhir apabila projek pembinaan jambatan baru yang menghubungkan laluan Pasir Puteh-Semerak kini telah dimulakan.

Pembinaan Jambatan Tok Din itu penting bagi menggantikan jambatan kayu sedia ada yang semakin usang dan mengundang risiko kepada orang ramai yang menggunakannya.

Seorang penduduk, Zamawi Isa, 49, berkata, pembinaan jambatan baru itu wajar disegerakan kerana struktur binaan jambatan kayu sedia ada sudah rosak teruk dengan beberapa keping lantai pada gelegar telah tercabut.

"Pembinaan jambatan baru ini akan memberi keselesaan kepada semua pengguna, selain membantu melancarkan aliran trafik terutama pada waktu puncak seperti musim perayaan dan cuti sekolah.

"Tambahan pula, jambatan kayu sedia ada hanya berfungsi untuk satu lorong. Jadi, saya percaya seluruh penduduk serta pengguna pasti menyambut baik pembinaan jambatan baru ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati, projek pembinaan jambatan itu sedang giat dijalankan membabitkan kerja-kerja menambak dan memasang cerucuk.

Pada pertengahan Februari lalu, akhbar ini menyiarkan keresahan penduduk kampung berkenaan yang meminta kerajaan negeri menyegerakan pembinaan jambatan baru bagi menggantikan jambatan kayu yang semakin usang.

Penduduk bimbang, jambatan yang dibina bagi menggantikan jambatan lama yang runtuh kira-kira enam tahun lalu, tidak lagi sesuai digunakan dan tidak berupaya menampung aliran semasa trafik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penduduk hargai tindakan TNB

Posted:

Penduduk hargai tindakan TNB

Penduduk hargai tindakan TNB

Oleh ADNAN MOHAMAD
utusanterengganu@utusan.com.my

SETIU 24 Mac - Penduduk Kampung Saujana di sini mengalu-alukan langkah proaktif Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan memindahkan tiga batang 'tiang maut' semalam bagi mengelakkan kemalangan jalan raya yang sering berlaku akibat tiang elektrik berkenaan.

Tiga batang tiang itu dipindahkan pada jarak lebih dua meter dari lokasi sedia ada dan ia sebagai langkah bagi mengatasi masalah tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Saujana, Razali Alias berkata, sebelum itu, tiang elektrik terletak di bahu jalan, berdekatan selekoh di kampung itu.

Menurutnya, usaha memindahkan tiang lampu itu diharap akan menghindarkan kemalangan daripada terus berlaku di situ.

"Kebanyakan kemalangan jalan raya yang berlaku di situ dipercayai berpunca dari tiang yang terletak di tepi jalan dan dakwaan ini berdasarkan rungutan orang ramai serta pengguna jalan raya yang terselamat selepas terbabit kemalangan di lokasi berkenaan.

"Jadi, dengan tindakan sedemikian, JKKK kampung ini mengucapkan setinggi terima kasih kepada TNB yang prihatin dengan aduan kami," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Pada 12 Mac lalu, Utusan Malaysia melaporkan penduduk kampung terbabit menggesa pihak berkenaan supaya segera memindahkan tiga batang tiang elektrik yang dikatakan menjadi punca kepada lebih 10 kes kemalangan di kawasan itu termasuk tiga kematian.

Mereka mendakwa, kemalangan berlaku apabila kenderaan yang dipandu dikatakan terbabas ke longkang setelah gagal mengelak dari melanggar tiang tersebut.

Seorang penduduk, Azami Md. Zain, 38, memberitahu, ada pemandu serta penumpang yang cedera setelah terbabas apabila cuba mengelak daripada merempuh tiang berkenaan.

"Setelah tiga tiang ini dipindahkan, mungkin segala masalah (kemalangan jalan raya) yang berlaku selama ini dapat dicegah," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen