Khamis, 24 Mac 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Pencapaian SPM catat peningkatan

Posted:

Pencapaian SPM catat peningkatan

Pencapaian SPM catat peningkatan

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my


Pelajar terbaik SPM peringkat negeri Melaka bergembira selepas mengambil keputusan mereka di SBP Integrasi Selandar, Melaka, semalam.


MELAKA 23 Mac – Seramai 318 daripada 15,420 calon daripada sekolah kerajaan, sekolah agama bantuan kerajaan, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan persendirian mendapat A bagi semua mata pelajaran dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu yang diumumkan hari ini.

Pengarah Pelajaran negeri, Juliah Leman berkata, daripada jumlah tersebut, hanya 21 pelajar mendapat keputusan gred cemerlang (A+) dalam semua mata pelajaran SPM tahun lalu berbanding 12 pelajar pada 2009.

Menurutnya, berdasarkan sistem penggredan baru SPM itu menunjukkan bilangan pelajar yang memperoleh gred A meningkat seramai sembilan orang (0.05 peratus) berbanding 309 (2.34 peratus) pada 2009.

''Sebanyak 21 buah sekolah mencapai keputusan 100 peratus berbanding 19 pada 2009, manakala 39 buah sekolah melahirkan pelajar yang mencapai gred cemerlang A dalam semua mata pelajaran berbanding 31 sekolah tahun sebelumnya," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan SPM peringkat negeri, di sini hari ini.

Juliah berkata, sebanyak 73 buah sekolah mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) kurang daripada 6.75 peratus, dua buah sekolah dalam kategori cemerlang, 18 dalam kategori baik dan 54 bagi kategori memuaskan.

Katanya, berdasarkan keputusan SPM tahun lalu, tidak ada sekolah di negeri ini yang diletakan dalam kategori berpotensi.

Beliau berkata, terdapat tujuh mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik dan Sains mencatat peratus lulus melebihi 77 peratus, mengatasi peringkat nasional sebanyak 0.4 peratus hingga 2.9 peratus.

Ujarnya, bagi lima mata pelajaran teras tidak termasuk Bahasa Melayu dan Sains ia mengatasi peringkat nasional dengan keputusan gred cemerlang (A+, A dan A-) sebanyak 0.36 peratus hingga 12.49 peratus.

''Secara keseluruhannya keputusan SPM bagi peringkat negeri tahun lalu telah menunjukkan peningkatan dari segi kualiti kecemerlangan dari 2006 hingga 2010," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

NS catat keputusan membanggakan

Posted:

NS catat keputusan membanggakan

NS catat keputusan membanggakan

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my


barisan pelajar cemerlang dengan bangga menunjukkan keputusan cemerlang 10A+ dalam peperiksaan SPM di SMSTM, Seremban, semalam.


SEREMBAN 23 Mac - Pencapaian calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 bagi negeri ini secara keseluruhannya menunjukkan peningkatan apabila memperoleh Gred Purata Negeri (GPN) pada kadar 5.00 berbanding 5.22 peratus pada tahun lalu.

Secara keseluruhannya, seramai 15,997 iaitu 91 peratus daripada 17,587 calon yang menduduki peperiksaan berkenaan pada tahun lalu layak mendapat sijil.

Lebih membanggakan, negeri ini turut menyaksikan peningkatan terhadap bilangan pelajar cemerlang selepas 620 calon diumumkan memperoleh pangkat A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran yang diambil berbanding 590 calon pada SPM 2009.

Pengarah Pelajaran negeri, Abdul Halim Abdul Razak berkata, penurunan kadar GPN negeri itu dipengaruhi oleh peningkatan dari segi peratusan bilangan calon berjaya memperoleh sijil, cemerlang dengan pangkat A dan lulus dalam semua mata pelajaran yang diduduki.

''Ini merupakan satu perkembangan yang baik bagi negeri ini di mana nilai GPN menurun sebanyak 0.22 berbanding 2009 pada kadar 5.22.

''Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua calon yang telah berjaya memperoleh keputusan cemerlang dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memainkan peranan serta komitmen khususnya warga pendidik, pihak pengurusan sekolah, guru-guru termasuk ibu bapa," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Jelas Abdul Halim, seramai 44 calon sekolah kerajaan di negeri ini berjaya mendapat keputusan cemerlang dengan memperoleh pangkat A+ dalam semua mata pelajaran berbanding 15 calon pada 2009.

''Selain itu, pencapaian calon mengikut lokasi di negeri ini antara sekolah bandar, sekolah luar bandar dan sekolah Felda turut menunjukkan peningkatan prestasi berdasarkan nilai Gred Purata Sekolah (GPS) yang menurun berbanding tahun lalu.

''Bagi sekolah bandar, GPS yang dicatatkan bagi SPM 2010 ialah 4.57 manakala sekolah luar bandar pula mencatatkan 5.35 sekali gus menjadikan jurang peratusan GPS menurun sebanyak 0.78 peratus," ujarnya.

Tambahnya, sekolah Felda pula menunjukkan penurunan GPS iaitu dari 6.07 pada 2009 menjadi 5.72 untuk 2010, manakala sekolah Agama Bantuan Kerajaan turut mencatatkan penurunan dari 6.03 kepada 5.20 peratus.

Jelasnya, kesemua 17,587 calon sekolah Kementerian Pelajaran telah menduduki SPM pada 23 November hingga 20 Disember tahun lalu di 139 pusat peperiksaan di seluruh negeri ini.

Sementara itu, Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (SMSTM) yang dahulunya dikenali dengan Sekolah Menengah Sains Seremban (Saser) di sini pula telah diumumkan sebagai salah sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) yang mencatatkan keputusan cemerlang di peringkat kebangsaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MB ucap tahniah

Posted:

MB ucap tahniah

MB ucap tahniah

SEREMBAN 23 Mac – Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengucapkan tahniah kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia 2010 bagi negeri ini yang berjaya mencatatkan keputusan cemerlang.

Katanya, kejayaan itu merupakan hasil kerja keras para pendidik dan pelajar yang mahu memastikan kecemerlangan dalam semua peperiksaan peringkat kebangsaan dikuasai negeri ini.

''Kejayaan ini telah mengharumkan nama negeri lebih-lebih lagi dalam usaha kerajaan negeri mahu menjadikan ia sebagai lembah ilmu yang melahirkan modal insan keperluan negara pada masa hadapan," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia, hari ini.

Beliau yang kini berada di Mekah berkata, dasar tanpa kompromi dalam menjana pendidikan di negeri ini serta hubungan baik antara kerajaan negeri dengan Jabatan Pelajaran negeri, guru, ibu bapa dan pelajar menjadikan suasana baik itu diterjemahkan dengan keputusan cemerlang pada peperiksaan peringkat kebangsaan.

''Memang kita menetapkan satu Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada Jabatan Pelajaran negeri supaya dalam semua peperiksaan peringkat kebangsaan, negeri ini hendaklah berada pada kedudukan terbaik.

''Itu telah mereka lakukan dan dibuktikan dalam keputusan peperiksaan SPM kali ini, ia terbukti amat membanggakan," katanya.

Jelas Mohamad, kejayaan Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir yang dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Seremban (Saser) muncul sekolah terbaik peringkat kebangsaan dan terbaik Sekolah Berasrama Penuh (SBP), juga membanggakan semua pihak.

''Saya berharap kejayaan ini tidak terhenti di sini, sebaliknya mereka yang terlibat terus berusaha untuk mempertahankan rekod paling cemerlang ini," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan